01/12/2024
WANITA, AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah .
Masih mencari walau ada segalanya . Apa yang tiada dalam syurga ? Namun Adam tetap rindukan Hawa .
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok . Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus , mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus .
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah , kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah .
Didiklah mereka dengan panduan darinya . Jangan coba menjinakkan mereka dengan harta , kerana nantinya mereka semakin liar .
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan...
kerana nantinya mereka akan semakin derita .
Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal . Di situlah puncak kekuatan dunia .
Akal senipis rambutnya...
Tebalkanlah ia dengan ilmu .
Hati serapuh kaca...
Kuatkanlah ia dengan iman .
Perasaan selembut sutera...
Hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya , mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab . Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan . Ia bukan diskriminasi Allah , sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah . Wanita yang lupa hakikat kejadiannya , pasti tidak akan terhibur , dan tidak akan menghiburkan .
Tanpa iman , ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus . Bahkan akan semakin membengkok . Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya . Bila wanita menjadi durhaka , pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara .
Lelaki p**a janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata . Tapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum wanita menuju ilahi , pimpinlah diri kepadaNya . Jinakkan diri kepada Allah . Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' , seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah .