Koperasi Al-Maa'uun

Koperasi Al-Maa'uun Koperasi Al-Maa'uun Kelantan Berhad

Bila kita uruskan sesuatu program, banyak benda perlu difikirkan.Tempat. Makanan. Kerusi meja. Tetamu. Pengangkutan. Dan...
19/08/2026

Bila kita uruskan sesuatu program, banyak benda perlu difikirkan.

Tempat. Makanan. Kerusi meja. Tetamu. Pengangkutan. Dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang air minuman nampak macam perkara kecil… sampailah kita sedar jumlah yang diperlukan bukan 10 atau 20 botol, tapi ratusan. πŸ˜…

Sebab itu lebih baik buat persediaan awal.

Tak kisahlah untuk seminar, kenduri, program komuniti, kejohanan, mesyuarat atau majlis rasmi β€” bila jumlah tempahan banyak, jangan jadikan air mineral sebagai urusan saat akhir.

Serahkan satu perkara kepada kami, supaya anda boleh fokus kepada perkara lain yang lebih penting.

πŸ’§ Air Mineral Al-Maa’uun
πŸ“² WhatsApp : 019-333 5983 (En. Aqif) link - https://wa.link/rt4in0

Rancang awal. Kurang kelam-kabut.

08/07/2026
08/07/2026
π’πˆπ€π‘π€π πŒπ„πƒπˆπ€πŠπŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐀𝐋 πŒπ€π€β€™π”π”π ππ„π‘πŠπ€π’π€ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πˆππ€π‘ π‹π„π’π“π€π‘πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€ππ„πˆπŒPASIR PUTEH, 3 Mei 2026 – Kopera...
04/05/2026

π’πˆπ€π‘π€π πŒπ„πƒπˆπ€
πŠπŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐀𝐋 πŒπ€π€β€™π”π”π ππ„π‘πŠπ€π’π€ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πˆππ€π‘ π‹π„π’π“π€π‘πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€ππ„πˆπŒ

PASIR PUTEH, 3 Mei 2026 – Koperasi Al Maa’uun terus memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dalam pelaksanaan Program Sinar Lestari, yang memfokuskan kepada pembinaan dan baik pulih kediaman golongan memerlukan.

Majlis perasmian bagi projek ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, sebagai tanda sokongan berterusan kerajaan terhadap inisiatif kebajikan yang memberi impak langsung kepada rakyat.

Setiausaha Koperasi Al Maa’uun, Ustaz Faisal Abdullah, berkata penglibatan koperasi sebagai pelaksana di lapangan memastikan setiap projek dilaksanakan secara efisien, telus dan menepati keperluan sebenar penerima manfaat.

β€œKerjasama strategik ini membolehkan bantuan disampaikan dengan lebih tersusun dan berkesan, sekaligus memberi impak jangka panjang dalam meningkatkan kualiti hidup golongan sasaran,” katanya.

Dalam majlis sama, seorang penerima manfaat, Puan Siti Khadijah binti Zulkifli, 38, yang merupakan penerima kategori eKasih Kelantan, telah menerima bantuan bina baharu kediaman berjumlah RM80,000 di bawah program berkenaan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, Program Sinar Lestari oleh YaPEIM telah membelanjakan kira-kira RM17.02 juta, melibatkan pembinaan dan baik pulih sebanyak 374 kediaman di seluruh negara.

Koperasi Al Maa’uun komited untuk terus memperluaskan pelaksanaan program ini bersama YAPEIM bagi memastikan lebih ramai golongan asnaf dan berpendapatan rendah mendapat manfaat, selaras dengan usaha memperkasa kesejahteraan dan pembangunan sosial masyarakat.

Address

Aras 1, Bangunan Masjid Al-Hikmah, Kompleks Da’awah ABIM Tanjung Mas
Kelantan
15400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Al-Maa'uun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share