18/06/2026
These are some of the reasons why your food premises could be shut down by the authorities.
Ramai orang ingat premis makanan hanya akan ditutup kalau ada tikus berlari, lipas merayap atau dapur terlalu jijik.
Sebenarnya, ada banyak punca lain yang nampak kecil pada mata pelanggan, tetapi sangat besar risikonya dari sudut keselamatan makanan.
Antaranya kawasan dapur yang kotor, pengendali makanan tiada suntikan tifoid, makanan mentah dan makanan siap dimakan bercampur, tanda kehadiran lipas atau tikus, serta suhu simpanan makanan yang tidak selamat.
Masalahnya, pelanggan hanya nampak bahagian depan kedai.
Nampak meja bersih.
Nampak pinggan cantik.
Nampak makanan sedap.
Nampak review pun tinggi.
Tetapi bahagian yang menentukan keselamatan makanan selalunya berlaku di belakang.
Di tempat makanan disimpan.
Di sinki tempat bahan mentah dibasuh.
Di peti sejuk yang suhunya tidak cukup rendah.
Di papan pemotong yang sama digunakan untuk ayam mentah dan sayur.
Di kain lap yang digunakan berulang kali untuk macam-macam permukaan.
Itulah sebabnya makanan yang nampak bersih belum tentu selamat.
Satu lagi perkara yang sering dipandang ringan ialah suntikan tifoid bagi pengendali makanan.
Ada yang anggap ia sekadar syarat kerja. Sekadar “dokumen untuk lepas pemeriksaan”.
Hakikatnya, pengendali makanan bekerja sangat dekat dengan makanan yang masuk ke mulut orang ramai. Jika aspek kebersihan diri, kesihatan dan pemantauan tidak diambil serius, risiko penyakit bawaan makanan boleh berlaku.
Begitu juga dengan suhu simpanan makanan.
Makanan tidak semestinya perlu berbau busuk untuk menjadi berbahaya. Ada makanan yang masih nampak elok, tetapi bakteria sudah membiak kerana disimpan pada suhu yang tidak sesuai terlalu lama.
Pencemaran silang p**a boleh berlaku dalam keadaan yang nampak biasa.
Ayam mentah diletakkan dekat sayur.
Pisau yang sama digunakan.
Papan pemotong tidak dibersihkan dengan betul.
Tangan pegang bahan mentah, kemudian pegang makanan siap dimakan.
Pelanggan tidak nampak proses ini, tetapi badan pelanggan yang akan menanggung kesannya.
Cirit-birit.
Muntah.
Demam.
Sakit perut.
Keracunan makanan.
Ada kes yang boleh jadi serius terutama kepada kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan individu yang lemah imuniti.
Penutupan premis makanan bukan sekadar hukuman kepada peniaga.
Ia adalah langkah kawalan segera untuk melindungi orang ramai sebelum lebih ramai menjadi mangsa.
Kepada peniaga makanan, kebersihan bukan kerja bila tahu ada pemeriksaan. Ia perlu jadi rutin harian.
Kepada pelanggan, jangan nilai premis makanan pada dekorasi, viral atau murah semata-mata. Lihat juga tanda-tanda kebersihan.
Meja melekit.
Lantai berminyak.
Pekerja pegang makanan tanpa amalan kebersihan yang baik.
Tong sampah melimpah.
Lipas kecil lalu di celah dinding.
Makanan dibiarkan lama pada suhu bilik.
Kalau nampak sesuatu yang meragukan, jangan diam. Tegur dengan baik atau buat aduan kepada pihak berkuasa kesihatan.
Makanan sedap memang boleh buat kita datang semula.
Tetapi makanan selamat yang memastikan kita p**ang tanpa sakit.
Public Health Malaysia