Tenaga Cable Industries Sdn Bhd

Tenaga Cable Industries Sdn Bhd Tenaga Cable Industries Sdn Bhd (TCI), a subsidiary of Tenaga Nasional Berhad (TNB)

27/07/2026
TCI TOWN HALL 2026: SHAPING SUCCESS, BUILDING THE FUTUREILSAS || 27 Julai 2026Tenaga Cale Industries Sdn Bhd menganjurka...
27/07/2026

TCI TOWN HALL 2026: SHAPING SUCCESS, BUILDING THE FUTURE

ILSAS || 27 Julai 2026
Tenaga Cale Industries Sdn Bhd menganjurkan satu sesi Town Hall 2026 bertempat di Auditorium Abu Zarim, ILSAS, dengan tema β€œShaping Success, Building the Future”. Program ini menghimpunkan barisan pengurusan tertinggi serta warga kerja TCI dalam satu platform strategik bagi memperkukuh halatuju syarikat, menyelaras prestasi semasa serta merangka pelan tindakan ke hadapan.

Pengarah Urusan Ir Hairil Azli Bin Abdul Satar dalam ucapan pembukaan telah memaklumkan pencapaian TCI pada separuh masa Tahun 2026 yang memperlihatkan pencapaiaan penghantaran kabel TCI ke seluruh Malaysia sebanyak 94%. TCI juga memberi penekanan kepada aspek lain seperti peningkatan OEE, penurunan DFT pada XLPE dan Aluminum Plant.

Pengarah Urusan juga menyasarkan Fokus Area bermula Julai 2026, untuk di capai melalui Revenue Catch Up, OPEX Control, TCI Academy Roll-Out dan Tender & Audit Readiness.

Sesi utama town hall juga memberi fokus kepada pembentangan prestasi KPI TCI yang telah dicapai pada separuh pertama tahun 2026 serta pelan tindakan bagi tempoh enam bulan akan datang.
Town Hall 2026 ini menjadi platform komunikasi dua hala yang berkesan antara pihak pengurusan dan warga kerja.

ini dapat memperkukuh kefahaman terhadap prestasi dan hala tuju syarikat, dan menyuntik semangat kebersamaan dalam kalangan warga TCI untuk terus melakar kejayaan dan membina masa depan yang lebih gemilang.

β€œShaping Success, Building the Future” adalah komitmen bersama seluruh warga TCI dalam merealisasikan aspirasi syarikat.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Ir. Azmi Bin Md Yusof atas pelantikan sebagai Presiden PKPI Kebangsaan.Semog...
14/07/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Ir. Azmi Bin Md Yusof atas pelantikan sebagai Presiden PKPI Kebangsaan.

Semoga segala usaha dan kepimpinan terus menyumbang kepada kemajuan syiar Islam serta memberi manfaat yang berkekalan.

Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Warga Kerja Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd.

𝐉𝐀𝐔𝐋𝐀𝐇 πˆπ’π‹π€πŒπˆπ€π‡ 𝟐.𝟎 : πŒπ„ππ†π”πŠπ”π‡πŠπ€π π”πŠπ‡π”π–π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π„πŒπ€πˆ ππˆπ‹π€πˆ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ„π‘π„ππ“π€π’πˆ π’π„πŒππ€πƒπ€πProgram Trip Jaulah Islamiah 2....
19/06/2026

𝐉𝐀𝐔𝐋𝐀𝐇 πˆπ’π‹π€πŒπˆπ€π‡ 𝟐.𝟎 : πŒπ„ππ†π”πŠπ”π‡πŠπ€π π”πŠπ‡π”π–π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π„πŒπ€πˆ ππˆπ‹π€πˆ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ„π‘π„ππ“π€π’πˆ π’π„πŒππ€πƒπ€π

Program Trip Jaulah Islamiah 2.0 anjuran Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 12 hingga 14 Jun 2026 di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia.

Majlis penyerahan sumbangan ke Masjid Raya Sumatera Barat dilakukan secara ringkas tetapi penuh signifikasi ini telah diterima dengan rasmi oleh Pengerusi Masjid, Pak Herius Nasir. Sumbangan ini merupakan salah satu pengisian program yang menzahirkan komitmen PKPI dalam melaksanakan aktiviti kebajikan dan memperkukuhkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

Ini adalah susulan Program Jaulah Islamiah 1.0 yang pertama telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2025 di Hatyai, Thailand dengan sumbangan diberikan ke Kompleks Islam Darul Faizin bertempat di Bandar Baharu, Kedah dan pada tahun ini, program diteruskan ke Padang, Indonesia dengan pelbagai pengisian yang merangkumi aktiviti ziarah, kebajikan, penghayatan nilai-nilai Islam serta pengukuhan ukhuwah dalam kalangan peserta.

𝐄𝐓 π‚πŽππ…π„π‘π„ππ‚π„ πŸπŸŽπŸπŸ” : π“π‚πˆ π’π„π‘π‹π€π‡πŠπ€π πŠπ„π”ππ€π˜π€π€π πŒπ„ππ˜πŽπŠπŽππ† π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀Kuala Lumpur – TCI telah menyertai ET Conferen...
19/06/2026

𝐄𝐓 π‚πŽππ…π„π‘π„ππ‚π„ πŸπŸŽπŸπŸ” : π“π‚πˆ π’π„π‘π‹π€π‡πŠπ€π πŠπ„π”ππ€π˜π€π€π πŒπ„ππ˜πŽπŠπŽππ† π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀

Kuala Lumpur – TCI telah menyertai ET Conference 2026 yang berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di bawah booth Strategic Manufacturing Division (SMD). ET Conference 2026 ini menghimpunkan banyak rakan industri tenaga dan teknologi bagi membincangkan masa depan sektor tenaga yang semakin dipacu oleh kecerdasan buatan dan inovasi digital.

Dengan tema β€œAI for Energy, Energy for AI, ET for People”, platform ini menjadi medan strategik untuk TCI memperkukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian kabel dan penghantaran tenaga yang inovatif, cekap dan mampan.

TCI telah mengetengahkan dua pemeran produk utama yang mencerminkan komitmen syarikat terhadap kelestarian dan kecekapan operasi:

1) Light Steel Drum (L*D)
Penyelesaian pembungkusan kabel yang lebih ringan dan mesra alam ini berjaya menarik perhatian pengunjung. Dengan pengurangan penggunaan kayu serta jejak karbon, L*D menyokong inisiatif kelestarian industri sambil meningkatkan kecekapan logistik.

2) Aluminium Conductor Composite Core (ACCC)
Produk konduktor berkapasiti tinggi ini direka untuk meningkatkan keupayaan penghantaran tenaga tanpa memerlukan pembinaan laluan baharu. Teknologi ini memberi kelebihan besar kepada operator grid dalam menghadapi peningkatan permintaan tenaga serta menyokong pembangunan grid moden.

Penyertaan ini juga menjadi batu loncatan TCI memperkenalkan keupayaan menyeluruh syarikat dalam menyokong agenda transformasi tenaga nasional, khususnya dalam konteks pembangunan infrastruktur yang lebih pintar dan lestari. Ia juga dapat membuka peluang kolaborasi baharu bersama rakan industri lain serta rakan strategik yang berpotensi mempercepatkan inovasi dalam sektor tenaga.

"TCI komited dalam menyediakan penyelesaian kabel dan penghantaran tenaga yang inovatif, cekap serta mampan bagi menyokong masa depan industri tenaga negara."
- Azri Mohamed Ghulam (Pengurus Besar BDNV)

Sekalung Penghargaan dan Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada TS. ZUHRIZAD BIN ZULKIFLI di atas segala sumbangan dan jas...
18/06/2026

Sekalung Penghargaan dan Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada TS. ZUHRIZAD BIN ZULKIFLI di atas segala sumbangan dan jasa yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai CHIEF OPERATING OFFICER di Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd.
&
Pengurusan & Seluruh warga TCI mengucapkan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada TS. ZUHRIZAD BIN ZULKIFLI di atas pelantikan sebagai HEAD (GRID IBR & REGULATORY), berkuatkuasa pada 2 Jun 2026.

Semoga terus berjaya dalam setiap langkah yang diambil.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd.

Sekalung Penghargaan dan Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada PUAN FATISHA ADILA BINTI ROSLI di atas segala sumbangan da...
18/06/2026

Sekalung Penghargaan dan Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada PUAN FATISHA ADILA BINTI ROSLI di atas segala sumbangan dan jasa yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai PROJECT DIRECTOR TCI-X di Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd.
&
Pengurusan & Seluruh warga TCI mengucapkan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada PUAN FATISHA ADILA BINTI ROSLI di atas pelantikan sebagai SENIOR ANALYST (SPECIAL PROJECTS) PRESIDENT/CEO OFFICE, berkuatkuasa pada 6 Mei 2026.

Selamat maju jaya dalam segala cabaran dan peluang baharu yang bakal ditempuhi.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd.

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡Semoga Tahun Baharu Hijrah ini membawa limpahan rahmat dan keberkatan kepada kita semua serta men...
16/06/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

Semoga Tahun Baharu Hijrah ini membawa limpahan rahmat dan keberkatan kepada kita semua serta menguatkan semangat kebersamaan untuk terus maju, berintegriti dan mencapai kejayaan.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π“π‚πˆ 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 π”πŒπ€π“ πˆπ’π‹π€πŒ.Besar pengertian Aidiladha dan ibada...
26/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π“π‚πˆ 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 π”πŒπ€π“ πˆπ’π‹π€πŒ.

Besar pengertian Aidiladha dan ibadah korban itu sendiri yang menuntut kita untuk terus bertaqwa kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan merendah hati.

Jadikan hari yang mulia ini sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri, mempererat silaturrahim, dan mengukuhkan iman.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Shahannom Binti Izham atas pelantikan sebagai Chief Regulatory & Stakeholder ...
20/05/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Shahannom Binti Izham atas pelantikan sebagai Chief Regulatory & Stakeholder Management Officer, TNB berkuat kuasa 1 Jun 2026.

Selamat maju jaya dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab baharu dengan profesionalisme, dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Warga Kerja Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd.

Address

Lot 2, Jalan P/12, Seksyen 10, Kawasan Perusahaan Bangi
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Friday 08:00 - 16:45

Telephone

+60389222678

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tenaga Cable Industries Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tenaga Cable Industries Sdn Bhd:

Shortcuts

Share