22/06/2020
Assalamualaikum
Ramai yang tertanya tanya apa beza HIBAH dan WASIAT?
Insyaallah, kami akan musnahkan semua persoalan anda berkaitan hibah dan wasiat.
Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam.
Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta.
Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
Pemberian secara hibah bukan bertujuan untuk mengharapkan pahala dan bukan bertujuan untuk memuliakannya, tetapi hibah adalah lebih kepada pemberian yang berbentuk kasih sayang
Sangat besar ‘impact’ bagi yang buat WASIAT sebelum meninggal dunia. Hanya dengan anda melakukan satu tindakan perancangan yang memberi kesan besar kepada waris anda.
WASIAT adalah terdiri dari 3 perkara
1. Melantik WASI ( pentadbir )
2. Mewakafkan 1/3 harta kepada bukan waris
3. Membuat pesanan akhir
Mengapakah harta umat islam terbeku tidak dituntut sehingga melebihi 70 Billion ?
Adakah kita mahu angka ini terus meningkat setiap tahun dan membiarkan waris dalam kerugian kerana tidak dapat manfaat dari harta pusaka tersebut?
dan yang paling ditakuti waris makan harta batil tanpa disedari
bertindaklah buat perancangan
buat WASIAT serta HIBAH
Faraid
Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.
Apabila sahaja kita meninggal dunia semua harta harta kita secara automatik akan menjadi harta pusaka, menjadi hak waris waris dibawah hukum faraid. Namun begitu pembahagian faraid tadi tidak berlaku secara automatik, ianya perlu ditadbir mengikut undang undang dan hukum.
Oleh sebab tidak ada tindakan dari waris waris kerana tidak faham dan tidak tahu hukum serta cara mentadbir maka semakin banyak harta pusaka yang terus beku
Maka perlulah kita membuat wasiat melantik pentadbir bagi harta harta kita
AHF Resources sedia berkhidmat untuk anda!
Hubungi kami di talian:
https://wa.me/01164687520
Sekian perkongsian harini, semoga membantu
Terima Kasih