11/04/2018
“REZEKI PERLU DIJEMPUT”
Allah, Tuhan yang Maha Sempurna adalah pencipta makhluk yang ulung. Dia telah menciptakan kita untuk mengabdikan diri kita kepadaNya di muka bumi ini. Justeru untuk memudahkan kita untuk lebih fokus dalam tugasan utama kita sebagai khalifah di muka bumi ini, Dia telah mempersiapkan REZEKI untuk kita sejak kita di Luth Mahfuz lagi. Rezeki dalam pelbagai bentuk...wang ringgit, kebahagiaan, kedukaan,keluarga, sahabat, jodoh, kerjaya, makanan, asset, liabiliti, tenaga, kesihatan dan sebagainya.
Rezeki kita, andai boleh diibaratkan, adalah seperti himpunan atau susunan barangan/kotak-kotak di suatu gudang yang sangat besar & luas..mungkin sebesar IKEA, atau lebih besar dari IKEA. Semuanya telah tersusun rapi serta berlabel. Ini bermakna, sebenarnya, kita manusia hanya perlu JEMPUT sahaja REZEKI tersebut. Makanya, ILMU MENJEMPUT REZEKI ITU YANG PERLU KITA TAHU DAN KUASAI. Allah
terlampau baik! Dia sangat-sangat pengasih dan penyayang. Sesaat pun Dia tidak ingin menyusahkan hambaNya. Namun, kejahilan serta kecetekan ilmu menjadikan kita acapkali memudahkan yang susah dan menyusahkan yang mudah. Rezeki akan datang pada masa dan keadaan yang ALLAH NAK, bukan ikut apa yang kita nak. Kita saja yang sering merasa Allah memberi ikut kehendak kita. Hakikatnya, segalanya Allah telah aturkan pada masa yang sesuai mengikut keperluan kita yang Allah lebih tahu bila dan bagaimana caranya. Dalamilah ilmu MENJEMPUT REZEKI. Kita hendak Allah kurniakan rezeki dalam suasana yang Dia redhoi bukan dalam gerak sebagai satu istidraj yang merugikan diri. Rezeki jika sudah tiba masanya, tidak akan mungkin tertukar milik, akan turun selebat-lebatnya. TERUSKAN ISTIQAMAH MELAKUKAN AKTIVITI-AKTIVITI MENJEMPUT REZEKI.
Lagi tentang REZEKI daripada RIZQ PROMINENT:
-rengekSokmoDenganAllah