11/06/2026
๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ง ๐ ๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐จ๐๐๐ง
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) bersama Masjid Bandar Saujana Putra dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran program Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan berlangsung seperti berikut :
๐ 17 Jun 2026 (Rabu)
๐ 3.00 Petang โ 10.30 Malam
๐ Masjid Bandar Saujana Putra
Malam Berselawat Menjunjung Daulat bukan sekadar sebuah program memupuk kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ, tapi turut mengajak masyarakat memahami peranan Institusi Kesultanan sebagai tiang seri negara dalam menjaga kedaulatan negara, agama Islam, keluhuran perlembagaan, keseimbangan politik dan perpaduan rakyat jelata.
Menjunjung daulat bukan sekadar suatu tradisi, tetapi sebahagian daripada usaha memelihara keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negara untuk generasi akan datang.
Sesungguhnya, apabila rakyat dipertautkan dengan kasih kepada Rasulullah ๏ทบ, diperkukuhkan dengan adab dan dipersatukan dalam semangat muafakat, maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang lebih harmoni, sejahtera dan berperadaban.
Justeru, kesatuan dan muafakat rakyat jelata dengan Institusi Kesultanan dapat diperkukuhkan demi mengekalkan negara bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti bagi memeriahkan program ini.
Berselawat Menyatu Ummah.
Muafakat Memperkukuh Bangsa.
Menjunjung Daulat Memperkasa Negara.