07/10/2024
USAHAWAN SEBAGAI KERJAYA
Kerjaya sebagai usahawan juga dulu dilihat sebagai jalan terbaik untuk kebebasan dan peluang jana pendapatan lumayan. Ramai yang tertarik dengan idea jadi ‘boss sendiri’, tak terikat dengan masa pejabat atau arahan bos.
Awal-awal dulu, perniagaan nampak lancar. Untung masuk, semangat tinggi. Bebas bergerak, boleh tentukan masa sendiri. Lebih seronok lagi bila nampak hasil dari usaha sendiri. Setiap sen yang masuk adalah hasil titik peluh sendiri.
Tapi, untuk memastikan perniagaan berjaya dalam jangka masa panjang, anda perlu lebih daripada sekadar kebebasan dan usaha keras. Strategi perniagaan yang jelas dan terancang sangat penting. Anda perlu ada roadmap dan milestones sebagai panduan perjalanan perniagaan. Roadmap membantu anda menentukan hala tuju perniagaan, manakala milestones menjadi kayu pengukur sejauh mana kemajuan yang telah dicapai. Ini membolehkan anda sentiasa berada di landasan yang betul dan membuat penyesuaian bila perlu.
Tambah p**a, persaingan dalam perniagaan semakin sengit. Setiap hari kena cari strategi baru untuk kekal relevan dalam pasaran. Pelanggan semakin cerewet, kos operasi makin tinggi, dan margin keuntungan makin mengecil.
Selain itu, Business Model Canvas (BMC) juga penting untuk merangka model perniagaan yang berdaya maju. BMC membantu anda memahami dan merancang elemen-elemen penting seperti nilai yang ditawarkan kepada pelanggan, sumber pendapatan, struktur kos, saluran pemasaran, dan hubungan dengan pelanggan. Dengan menggunakan BMC, anda boleh mengenal pasti kelebihan dan kelemahan perniagaan, seterusnya membina strategi yang lebih mantap untuk mengatasi cabaran yang ada.
Kalau anda bergantung sepenuhnya kepada perniagaan tanpa simpanan atau pelan kecemasan, anda boleh terdedah kepada risiko yang besar. Bila perniagaan kurang maju, pendapatan boleh merosot. Komitmen bulanan pun susah nak dipenuhi.
Usahawan juga tak ada kelebihan seperti KWSP atau SOCSO. Kalau anda jatuh sakit atau perniagaan terpaksa ditutup sementara, pendapatan boleh terhenti sekelip mata.
Risiko kerugian sentiasa ada. Kalau produk tak laku atau perkhidmatan kurang sambutan, duit modal boleh hangus begitu saja. Perniagaan mungkin nampak bebas dan menarik, tapi ia juga membawa risiko yang perlu difikirkan untuk jangka masa panjang.
Jadi, jika anda seorang usahawan sekarang, teruskan usaha, tapi rancang dengan teliti. Usahawan boleh menjana pendapatan yang baik, tapi jangan letakkan semua telur dalam satu bakul.
Usahakan perniagaan yang lebih stabil dengan strategi yang jelas, roadmap yang teratur, dan penggunaan BMC untuk memperhalusi model perniagaan. Sentiasa ada milestones yang perlu dicapai, dan cari peluang untuk tambah nilai dan kemahiran. Bina rangkaian yang kuat, dan jangan takut untuk melabur dalam pengetahuan baru.
Fikir untuk masa depan. Usahawan bukan sekadar soal kebebasan sementara, tapi bagaimana kita boleh bina kerjaya yang kukuh dan terjamin.
Mulakan langkah sekarang untuk masa depan yang lebih stabil, dan jangan terlalu bergantung kepada kebebasan yang kelihatan indah pada awalnya. Strategi yang baik, pelan perjalanan yang jelas, dan pemahaman mendalam tentang model perniagaan adalah kunci untuk kejayaan jangka panjang.