10/01/2024
Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Bumi thai, law thai, insurans thai/international. Insurans medikal msia bkn tak laku, cuma kena pay dahulu & claim kemudian, melainkan disebut sebaliknya didalam buku policy tersebut. Jadi, semak polisi insurans anda sebelum ke luar negara. Sebaiknya ambil insurans travel specific, namun masih perlu diingatkan penyakit sedia ada kebiasaannya tetap juga tidak dilindungi oleh travel insurans.
Travel Insurans dan Extention 101
Pastikan sesiapa yang memandu dan menunggang motosikal ke Thailand MEMILIKI LESEN MEMANDU YANG SAH. Jika tiada lesen memandu MEMUNGKINKAN anda tidak dapat CLAIM pampasan.
Extention 101 dari Malaysia hanya sah laku di negara Thai. Oleh itu jika anda ingin keluar dari negara Thai, sila semak insurans yang berkaitan, seperti World Normad.
Laporan Palsu Kemalangan
Jika anda membuat laporang palsu kemalangan, contohnya kemalangan di Thailand atau Laos, anda membuat laporan berlaku di Malaysia. Anda boleh dituduh melakukan kesalahan Laporan Palsu.
Oleh itu, siapkan bajet yang mengcukupi sebelum mengembara dengan kenderaan keluar negara.
JANGAN ABAIKAN KOS INSURANS.
Terbaru kes rakyat Malaysia yang kemalangan di Chiang Mai, kos rawatan di Hospital telah mencecah RM200,000.
Tak dinafikan melancong ke Thailand MURAH kepada mereka yang mengabaikan keperluan Insurans.
Oleh itu jangan abaikan Insurans walaupun anda memandu “ man-man “ seperti kata Atuk Brembo Brek. Selangkah kaki ke Thailand, anda tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara Thai.
Namun begitu Kemalangan Telah Berlaku, nasihat ini sudah tidak berguna lagi. Kepada yang pemurah bolehlah salurkan derma kepada mangsa kemalangan di Chiang Mai ini.
Semoga posting ini menjadi pedoman kepada kita semua. Semoga sedekah anda diberkati Allah.
aamiin