Eco Shield Pest Control Selangor

Eco Shield Pest Control Selangor Dah cuba D.I.Y tapi masih kurang berkesan? Kami sedia membantu. Pest Control Anai-anai | Lipas | Semut | Kutu kucing | Pepijat
Kuala Lumpur & Selangor.

FREE Quotation.

04/04/2026

Kadang Jumpa Kadang Tak

Sebab badan kutu ni halus.
Dahla nipis, baru nak dekat dah melompat.

Nak check tu kena zoom betul-betul.
Sebab tu ramai tak perasan dalam rumah
dah merebak masalah kutu..






03/04/2026

Mungkin Dah Terlambat.

Jika anda tahu jiran anda panggil Pest Control untuk kawalan anai-anai, lebih baik berjaga-jaga.

Itu tandanya kawasan perumahan anda adalah 'lubuk' koloni anai-anai untuk membiak.

Mungkin tak semua tempat, tapi itu realitinya.
Koloni anai-anai sentiasa melebarkan kawasan jajahan walaupun satu koloni berjaya dibasmi.





02/04/2026

Lokasi 'Hotspot' Semut:

1. Sinki dapur.
2. Celah kabinet & laci dapur.
3. Retakan dinding & lantai.
4. Tong sampah.
5. Peti ais.
6. Sekeliling pintu & tingkap.
7. Bilik air.

Ada lagi tempat lain semut selalu ada?





27/03/2026

Rumah apartment.
Tak bela kucing.
Tapi tiba-tiba ada masalah kutu?

Punca?
Ada beberapa kemungkinan:
✅ Lokasi parkir kereta.
✅ Lobby apartment.
✅ Tangga kecemasan.
✅ Rumah jiran yang bela kucing.

😎




27/03/2026
Tanda-tanda Infestasi Kutu Kucing Dah Mula Merebak.Samada kita ada bela kucing atau tidak, akan ada tanda-tanda jelas at...
27/03/2026

Tanda-tanda Infestasi Kutu Kucing Dah Mula Merebak.

Samada kita ada bela kucing atau tidak, akan ada tanda-tanda jelas atau samar yang rumah kita dah mula ada masalah kutu kucing:

1. Haiwan Peliharaan Kerap Menggaru / menggigit badan.
Kucing atau anjing nampak tak selesa, gelisah atau stress.
Selalu gigit, jilat, atau menggaru kawasan tertentu (leher, belakang, pangkal ekor)

2. Manusia pun dah Mula Kena Gigitan Kutu.
Jika di rumah yang berkeluarga, selalunya yang paling cepat perasan kena gigitan kutu adalah dari pihak isteri atau anak perempuan.
Suami agak susah sikit nak kata itu dari kutu. Sebab mereka ingat macam digigit semut atau nyamuk sahaja.
Rasa gatal-gatal kecil akan terasa terutama di bahagian kaki seperti buku lali atau betis. Kemudian akan mula naik bintik-bintik seperti ruam merah di tempat gatal.

3. Nampak “Flea Dirt” (najis kutu).
Macam serbuk hitam halus. Selalu jumpa di lokasi tidur kucing, sofa atau karpet.
Bila kena air, kesan hitam tu akan berubah warna seakan merah darah.

4. Nampak KUTU MELOMPAT!
Kutu sangat kecil (lebih kurang size ±1–3 mm)
Warna coklat gelap, badan l***r. Susah nak ditangkap & cepat melompat.
Kalau dapat tangkap, cepat-cepat lenyek guna kuku.

5. Kawasan 'Hotspot'.
Biasanya infestasi akan fokus di tempat kucing selalu merayau atau berehat.
Contohnya kawasan karpet & permaidani, sofa & kusyen, tilam / katil, sudut lantai & celah papan.

6. Ada telur & larva (jarang nampak jelas)
Benda ni susah sikit nak nampak dengan mata kasar. Telur putih halus (macam habuk). Larva p**a s**a tempat: Gelap, lembap dan berhabuk.

🚨 Tanda infestasi dah mula serius.
Nampak jelas kutu melompat-lompat dengan mata kasar dan kesan gatal & ruam merah di badan semakin banyak.





26/03/2026

Apa fungsi penutup lubang septik?

✅ Keselamatan
✅ Kawalan Bau & Gas
✅ Akses penyelenggaraan (e.g. IWK)

Cuba sedaya upaya pastikan penutup lubang septik dalam keadaan elok. Kalau rosak sekalipun, boleh ganti & beli baru dari kedai hardware terdekat.

Jaga-jaga.
Banyak mata memerhati jika premis anda kedai makan.

Pastikan ketika buat service pest control berkala, minta technician pest control buat semburan sekali di dalam lubang septik.
Dalam tu lubuk lipas paling banyak..😎

26/03/2026

Apa fungsi penutup lubang septik?

✅ Keselamatan
✅ Kawalan Bau & Gas
✅ Akses penyelenggaraan (e.g. IWK)

Cuba sedaya upaya pastikan penutup lubang septik dalam keadaan elok. Kalau rosak sekalipun, boleh ganti & beli baru dari kedai hardware terdekat.

Jaga-jaga.
Banyak mata memerhati jika premis anda kedai makan.

Pastikan ketika buat service pest control berkala, minta technician pest control buat semburan sekali di dalam lubang septik.
Dalam tu lubuk lipas paling banyak..😎

25/03/2026

Urgent Request sehari sebelum Raya.

Semua partner dah balik Raya, admin je masih belum gerak sebab Raya 1 Syawal di Selangor dahulu.

Plan awal nak terus gerak lepas solat Jumaat, namun sehebat mana plan kita, kena ingat yang ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!

Awal pagi Jumaat 20 Mac 2026 (30 Ramadan 1447), ada WhatsApp masuk bertanya jika sempat request service sebelum Raya.
Based on experience, jika ada yang bertanya service sehari sebelum Raya, selalunya masalah pest dah tahap kritikal!

Setelah dapat green light dari wife 😊 & customer pun setuju dengan sebut harga, appointment service dibuat sebelah petang.

Alhamdulillah selesai.
Yang penting semua dapat beraya dengan selesa🤗

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
5 Syawal 1447H

Selamat Berbuka Puasa 😊
19/02/2026

Selamat Berbuka Puasa 😊

04/11/2025

Selain mop, boleh sekalikan dengan vacuum kawasan lantai & tempat² yang kucing s**a bermain atau bersantai.

Lepas dah vacuum, terus buang habuk ke luar rumah ye. Jangan simpan habuk🤗

Address

Batu Caves

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60192355996

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eco Shield Pest Control Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eco Shield Pest Control Selangor:

Share