27/06/2025
Bismillah, Tempahan Katering yang pertama selepas tiada nya Suamiku di dunia ini lagi 🥹 Alhamdulillah MasyaAllah Tabarakallah 🤲 Ambil berkat sempena Awal Muharam atau Maal Hijrah dimana hari yg penting bagi umat Islam di seluruh dunia sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Semoga penghijrahan daku kali ini lebih diberkati..Allahumma Aameen✨