Hans Legasi - Sg Buloh

Hans Legasi - Sg Buloh Hans Legasi Resources Sdn. Bhd. (1338627-W) merupakan sebuah syarikat perunding & perancang harta serta pengurusan pusaka yang beroperasi di Sitiawan, Perak.

Assalamualaikum
12/01/2022

Assalamualaikum

Yang terbaik pastinya di Hans Legasi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sempena ulangtahun HANS yang ke-2. Hubungi pe...
18/08/2021

Yang terbaik pastinya di Hans Legasi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sempena ulangtahun HANS yang ke-2. Hubungi perunding-perunding kami di seluruh Malaysia.


Alhamdulillah latihan bermodular siri 2 bersama Dato' Haji Aminuddin Baki untuk modul yang kedua akan diadakan pada 15/8...
14/08/2021

Alhamdulillah latihan bermodular siri 2 bersama Dato' Haji Aminuddin Baki untuk modul yang kedua akan diadakan pada 15/8/2021 Ahad, yang bertajuk Perancangan Pewarisan Harta-Pusaka. Kelas ini akan diadakan di talian webex meetings.

Kami juga membuka peluang kepada orang awam untuk turut serta mengikuti kelas bersama-sama HANS family secara percuma bagi memahami bagaimana perancangan pewarisan harta-pusaka dilakukan.

SINOPSIS MODUL 2 - PERANCANGAN PEWARISAN HARTA-PUSAKA

Di dalam modul 1 - pewarisan harta pusaka, ada dikongsikan secara ringkas mengenai perancangan pewarisan harta-pusaka.

Modul 2 ini menerangkan dengan lebih terperinci bagaimanakah perancangan pewarisan itu dilakukan.

Dalam Modul ini, peserta akan dikongsikan dengan 4 langkah utama yang digunakan dalam merancang pewarisan harta-pusaka kita. 4 langkah utama ini bersandarkan kepada Ilmu Faraidh dan juga perundangan sivil.

Secara ringkasnya, perkongsian modul ini melibatkan penerangan mengenai:-
✅ 4 langkah utama melakukan perancangan pewarisan.
✅ Pakej-pakej perancangan harta iaitu wasiat, hibah & dana pantas.
✅ Analisa situasi dalam perancangan pewarisan.
✅ Kaedah 5 jari dalam perancangan pewarisan.

Ringkasnya, modul ini mendedahkan peserta kepada cara perancangan pewarisan harta-pusaka dilakukan dan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam proses tersebut.

Jika anda berminat dengan Ilmu Faraidh, Perancangan Harta Islam, Pengurusan Pusaka, inilah peluang anda! Belajar dengan HANS secara percuma!

Sila hubungi 0182384560 Cik Syafikah Sazli, untuk maklumat lanjut.





Assalamualaikum, selamat tahun baru Hijrah..semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah SWT, diberikan rezeki yan...
09/08/2021

Assalamualaikum, selamat tahun baru Hijrah..semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah SWT, diberikan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan dan dipermudahkan segala apa yang kita buat..aamiin

01/08/2021

*PESANAN KPD SUAMI : 5 PERSEDIAAN UTK ISTERI & ANAK-ANAK SEBELUM SUAMI MENEMUI PENCIPTANYA*Banyak cerita yg telah kita d...
21/07/2021

*PESANAN KPD SUAMI : 5 PERSEDIAAN UTK ISTERI & ANAK-ANAK SEBELUM SUAMI MENEMUI PENCIPTANYA*

Banyak cerita yg telah kita dengar, bila suami meninggal dunia berlaku perebutan harta antara isteri & anak-anak dgn Keluarga Si-Suami. Tatkala isteri & anak-anak masih berduka dgn pemergian Si-Suami, tiba-tiba ditambah p**a satu lagi kesusahan dan derita apabila mereka diminta mengosongkan rumah oleh adik-beradik Si-Suami.

Supaya perkara begini tidak berlaku, maka disarankan para lelaki yg bergelar suami membuat persediaan di bawah ini selagi Hayat dikandung badan. Jika ditakdirkan anda pergi dulu, kebajikan isteri dan anak yang ditinggalkan insya Allah terjamin.

Lakukan 5 Perkara Mudah Ini Sebelum Anda DiPanggil Illahi 😗

1️⃣ *Sediakan Fail Faraid Peribadi* di mana di dalam ada senarai Harta termasuk geran rumah, geran Kenderaan, simpanan KWSP, TH & Lain-lain, serta hutang & senaraikan waris-waris berhak. Juga, senarai mereka yg perlu dihubungi apabila berlaku kematian. Ingat, Hutang-hutang perlu diselesaikan supaya Si-Mati tenang di Alam Barzakh.

2️⃣ *Sediakan Wasiat* melantik Pentadbir menguruskan Pusaka & Juga Melantik Isteri Sebagai Pemegang Amanah Harta utk anak-anak bawah 18 tahun.

3️⃣ *Sediakan Satu Dana Segera seperti Takaful* Yg dihibahkan kpd Isteri utk tujuan kelangsungan hidup Isteri & anak-anak termasuk keperluan pendidikan. Cthnya : Bayaran serendah RM 30 sebulan (mengikut umur) utk takaful RM 50,000.

4️⃣ *Namakan sekurang-kurangnya isteri sebagai penama* bagi Akaun Tabung Haji, KWSP, Amanah Saham, dll. Jika Akaun tersebut boleh dihibahkan, eloklah dihibahkan.

5️⃣ *Ambil tahu tentang Faraid & Urus Pusaka, dan kongsikannya kepada Isteri & anak-anak* agar mereka tahu hak mereka & waris-waris lain, serta mengelakkan mereka memakan harta yg batil.

Wahai Sang Suami, ramai isteri yg hilang punca apabila suami dijemput pergi menemui Pencipta Yg Maha Agung. Ungkapan “Saya tak tahu nak buat apa apa” bukanlah sesuatu yg baru kita semua dengari.

Jangan harapkan ada insan berhati mulia yg akan membantu, agihkan pusaka kita, dan uruskan kehidupan keluarga kita. Soal duit ini menyebabkan ramai yg hilang pertimbangan ..... sanggup telan harta batil dan hina saudara kerananya. Demi Wang, keluarga pun sanggup dibuang.

Akhir kata, cuba tanya diri kita Wahai Sang Suami 2 soalan ini:

1️⃣ Adakah Kerana Kita Menyebabkan Keluarga tersayang kita sengsara?

2️⃣Adakah Kita Penyebab Orang Yg Ditingggalkan Memakan Harta Yg Batil?

Oleh itu, Sediakanlah 5 Perkara Tersebut sebelum terlambat.

Assalamualaikum wbt,Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertukaran akses link bagi Webina...
16/06/2021

Assalamualaikum wbt,

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertukaran akses link bagi Webinar Perancangan Wasiat & Hibah Harta (LINK : https://meet.google.com/mwx-tnud-exp). Justeru, dilampirkan akses link yang baru untuk tindakan pihak Tuan/ Puan.

Tarikh : 16hb Jun 2021
Masa : 10.00 AM – 12.00 PM
Medium : Google Meet - Link : https://meet.google.com/mwx-tnud-exp
Tajuk : PERANCANGAN WASIAT & HIBAH HARTA
Panel Speaker: Tuan Haji Mohd Azri bin Rosli

Mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat dihargai.
Sekian untuk makluman. Terima kasih

JOM SERTAI RAKAN KORPORAT HANS ! 🤩Panggilan khas buat agensi insurans, agensi takaful, agensi hartanah, agensi pelancong...
15/06/2021

JOM SERTAI RAKAN KORPORAT HANS ! 🤩
Panggilan khas buat agensi insurans, agensi takaful, agensi hartanah, agensi pelancongan, badan khairat, syarikat-syarikat, koperasi, dan lain-lain 😃
TINGKATKAN NILAI BERSAMA HANS
Agar anda dapat;
- Membantu dalam pengurusan pusaka milik ahli badan/agensi selepas kematian
- Membantu ahli badan/agensi dalam perancangan harta berpandukan syariah Islam
- Membantu menyediakan dokumen wasiat dan hibah untuk ahli badan/agensi
- Menyebarkan Ilmu Faraid & Urus Pusaka serta membantu masyarakat tentang kepentingan Perancangan Harta Islam
- Meningkatkan ekonomi masyarakat Islam
Sertai sekarang dengan yuran pendaftaran agensi termurah bermula serendah RM500! 😍
Daftar di sini 👇🏻
https://tinyurl.com/BorangRakanKorporatHans
Sebarang pertanyaan dan soalan sila hubungi
Mohd Azri : 0192340960
Terima kasih 😄




12/06/2021

*JIKA ANDA TERJATUH DLM KATEGORI DI BAWAH, ANDA PERLU BUAT HIBAH PUSAKA:*

1️⃣Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan)

2️⃣Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja

3️⃣Pasangan yang mempunyai anak angkat

4️⃣Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama

5️⃣golongan yang berpoligami

6️⃣Pasangan yang masih mempunyai ibu dah ayah

7️⃣Golongan yang sekian lama membujang

8️⃣Golongan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan

9️⃣Pasangan yang mempunyai anak OKU

🔟Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan

1️⃣1️⃣Individu yang akan menunaikan Ibadah Umrah dan Haji

1️⃣2️⃣Ahli perniagaan

Alhamdulillah kelas Faraidh Modul 9 yang akan diadakan malam ini di Webex bersama Perunding-Perunding HANS..  Kami juga ...
10/06/2021

Alhamdulillah kelas Faraidh Modul 9 yang akan diadakan malam ini di Webex bersama Perunding-Perunding HANS..

Kami juga buka peluang kepada anda sesiapa sahaja yang ingin mengikuti kelas Faraidh bersama sama HANS FAMILY pada malam ini tanpa dikenakan sebarang cas😃 Jika anda berminat, Sila hubungi 0182384560 Cik Syafikah Sazli, untuk dapatkan link.

Jika anda berminat dengan Ilmu Faraidh, Perancangan Harta Islam, Pengurusan Pusaka, inilah peluang anda! Belajar dengan HANS secara percuma!

SINOPSIS KELAS MODUL 9
Perkongsian Modul 9 ini adalah sambungan dari Kelas Modul 8. Ianya masih lagi membincangkan berkenaan Bagaimana ilmu Faraidh dipraktikkan di dalam Perancangan Pewarisan Harta-Pusaka.

Di dalam Perkongsian Modul ini, peserta akan didedahkan antaranya dengan perkara-perkara berikut:-
✳️ Sambungan 2 lagi Langkah/Proses @ Steps dalam merangka Perancangan Pewarisan Harta.
✳️ Mahjub @ Penghalang/Pendinding kepada Pewarisan Harta-Pusaka.
✳️ Nisbah-nisbah @ Pecahan-Pecahan Faraidh.
✳️ Teknik Bagaimana Untuk Ingat Pecahan-Pecahan tersebut.
✳️ Dalil-dalil Mengenai Pecahan-Pecahan Faraidh.
✳️ Situasi-Situasi berbeza yang menyebabkan Pecahan Faraidh yang berlainan.

Insya Allah peserta akan dikongsikan dengan teknik-teknik mudah faham bagi memudahkan peserta memahami, mengingati & mengamalkan Ilmu Faraidh dalam merancang pewarisan harta-pusaka.

Kehadiran : Semua Orang Islam Amat Perlu Menghadiri Kursus Ini bagi memahami Ilmu Faraidh & Pewarisan Harta-pusakanya apabila meninggal dunia. Bagi Perunding Pewarisan Harta-Pusaka, kehadiran utk Kursus Modul 9 ini adalah satu kemestian sekiranya Anda ingin menjadi Perunding Pewarisan Harta-Pusaka yg bertanggungajawab.




Apabila tiada perancangan harta dibuat sewaktu hidup, mungkin ada sebahagian harta beku yang tidak dituntut waris. Malah...
08/06/2021

Apabila tiada perancangan harta dibuat sewaktu hidup, mungkin ada sebahagian harta beku yang tidak dituntut waris. Malah ada kemungkinan 100% tidak dituntut kerana waris tidak tahu.

Penyediaan wasiat sewaktu hidup merupakan satu cara untuk elak perkara ini berlaku. Ianya sangat membantu para waris untuk membuat tuntutan selain ianya juga merupakan tuntutan syarak. Dibawah merupakan kelebihan bagi orang-orang yang sediakan wasiat;

- dapat menyenaraikan harta dan hutang yang bakal ditinggalkan dan perlu diuruskan waris.
- dapat melantik pentadbir yang dipercayai bagi menguruskan harta yang bakal ditinggalkan.
- dapat melantik penjaga harta bagi anak bawah umur atau kurang upaya.
- hutang dunia dan akhirat dapat dilangsaikan dengan baik.
- dapat meninggalkan sebahagian harta kepada yang bukan waris atau bukan waris utama seperti anak angkat, cucu, bukan Islam, sahabat baik dll dengan cara wasiat 1/3.
- dapat tinggalkan pesanan terakhir kepada waris yang ditinggalkan.

Wasiat itu mudah. Jadi buatlah perkara mudah ini bagi memudahkan waris anda. Hubungi kami di Hans Legasi Resources Sdn. Bhd. bagi mendapatkan penjelasan lanjut untuk menyediakan wasiat khas untuk anda. Klik pautan dibawah untuk whatsapp terus kepada kami.



Assalamualaikum..InshaAllah pada 16/6/2021 sy akan mengulas sedikit tentang Perancangan Wasiat & Hibah Harta..Jom Kita m...
06/06/2021

Assalamualaikum..

InshaAllah pada 16/6/2021 sy akan mengulas sedikit tentang Perancangan Wasiat & Hibah Harta..

Jom Kita mendaftar..


Address

Lot 2163, Lorong Setia 3, Batu 19
Batu

Telephone

+60192340960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hans Legasi - Sg Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hans Legasi - Sg Buloh:

Share