14/10/2018
Jika anda mempunyai simpanan RM10,000.00, ini cara-cara untuk kembangkannya:
Mulakan dengan pelaburan yang kurang berisiko.
Peruntukkan 30% daripada jumlah tersebut untuk mulakan pelaburan dalam dana berisiko rendah hingga sederhana seperti dana sukuk.
Bon sukuk ialah sekuriti pendapatan tetap yang disenarai dan didagang di pasaran saham. Ia dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta untuk mengumpul dana.
Semua produk pelaburan ini tersenarai di Bursa Malaysia dan sesuai untuk pelabur baru atau pelabur pasif yang tidak gemarkan risiko yang tinggi.
Selain produk pelaburan diatas, anda juga boleh pilih produk pelaburan dari syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang menawarkan dividen.
Contohnya, jika sesebuah syarikat menawarkan dividen 12 sen pada tahun tersebut, dan harga saham mereka adalah RM1.20 sewaktu anda membeli saham tersebut. Jadi, hasil dividen ialah 10% untuk tahun tersebut dan anda mendapat 10% daripada pelaburan anda.
Apabila anda sudah mempunyai ilmu yang mencukupi tentang pelaburan unit amanah, anda boleh menambah jumlah duit yang dilaburkan dalam dana yang memberikan pulangan yang lebih tinggi.
Di Malaysia, terdapat lebih kurang 500 saham tersenarai dalam Bursa Malaysia meliputi pelbagai industri.
Kami di PMB Investment akan memberikan bimbingan dalam pengurusan kewangan anda. PM kami atau tetapkan temujanji bersama penasihat pelaburan daripada PMB Investment