Ariff Ibr

Call

Ariff Ibr Muhammad Arif Bin Ibrahim - 202603004647 (003810065-X)
Menyediakan perkhidmatan solusi digital dan panduan Affiliate menaikkan komisen.

05/10/2026

ROAS 2.0 nampak sedap + Meta rekod RM200 purchase value.
Spending cost RM100.
Tapi adakah kita untung RM100?

Belum tentu.
Sebab masih ada:
- kos produk.
- payment fee.
- platform fee.
- refund.
- delivery.
- kos operasi.

Untuk produk digital pun ada payment fee dan kos bisnes lain.

Jadi aku asingkan dua soalan:
Ads profitable tak? / Bisnes profitable tak?

ROAS bantu jawab yang pertama.
Margin sebenar bantu jawab yang kedua.

Jangan celebrate nombor dashboard sebelum tahu break-even ROAS sendiri.

02/10/2026

CPC bawah RM0.20 nampak sedap.
Tapi kalau 100 orang klik dan tak seorang pun beli…
murah tu belum tentu bagus. 😭

Baca Ads ikut perjalanan:
Creative → Click → Landing Page → Purchase.

Kalau CTR cantik dan CPC murah, creative mungkin berjaya tarik perhatian.

Lepas tu check:
- Orang sampai sales page?
- Sales page match tak dengan janji iklan?
- Checkout okay?
- Purchase masuk?

Jangan optimize hidup kita untuk klik murah kalau objektif sebenar nak jual.
Metric paling dekat dengan duit tetap kena diberi berat lebih besar.

19/09/2026

Aku pernah tengok dua Ads.
1. A ramai klik.
2. B klik kurang.
Terus aku fikir “A winner.”
Sekali purchase masuk dekat B.
Mesti korang pon pernah alamai cam ni kan...

Rupanya baru aku faham.
Klik banyak tak semestinya klik yang betul.
Macam kedai..
100 orang masuk sebab banner luar menarik.
Semua barang diorang tengok.Tapi tak beli pon

Kedai sebelah cuma 20 orang masuk…
5 orang bimbit beg.

Kalau objective aku Sales, aku tak boleh berhenti baca dekat CTR/CPC.

Aku ikut perjalanan Meta sampai hujung..
NAMPAK → KLIK → PAGE → CHECKOUT → PURCHASE

CTR boleh beritahu creative berjaya tarik perhatian.
Tapi purchase baru bawa kita lebih dekat kepada soalan “Traffic ni menghasilkan customer tak?”
So bila Ads CTR cantik… aku celebrate sikit je. 😂
Lepas tu scroll bawah.
Sale ada tak? Dan sale tu datang pada kos berapa..

14/09/2026

Aku dulu bila blank terus buka ChatGPT.
“Bagi 20 idea content.” —> Keluar 20.
Tapi satu pun aku tak rasa nak post. 😭
Sekarang sebelum tanya AI…

aku buka posting lama.
Cari satu yang orang:
- komen.
- share.
- save.
- atau view jauh lebih tinggi daripada biasa.

Then aku tanya:
Apa sebenarnya yang buat orang react?

Contoh post:
“RM30 dah spend Ads. 400 klik. Sale 0.”
Mungkin audience bukan minat “Meta Ads”.

Mereka react sebab ada:
- RM30 + 400 klik + zero sale.

Specific. Ada konflik. Ada curiosity.

Then aku bagi AI benda tu:
“Bina 5 situasi baru menggunakan DNA: nombor spesifik + masalah pelik + payoff.”

Terus idea lebih dekat dengan audience sebenar.

Aku panggil:
AUDIENCE DATA → PATTERN → AI → NEW ANGLE

Bukan:
- AI → teka audience s**a apa.

AI memang boleh cari idea.
Tapi audience kita sendiri dah tinggalkan clue setiap hari.
Korang punya post paling tinggi view bulan ni…
apa sebenarnya DNA dia?

📌 Ini framework content research praktikal.

Idea infografik:

POST LAMA 🔥 → CARI PATTERN → BAGI AI → 5 ANGLE BARU

Bawah kecil: “AI jangan teka. Bagi dia data audience.”

01/09/2026

Aku rasa dua button paling bahaya dalam Meta Ads bukan Publish dengan Delete.
Yang bahaya:
PANIC dan EXCITED. 😂

Pagi buka Ads Manager.
Nampak satu sale.
“WINNER NI!”
Terus naik budget.
Esok cost terbang.

Hari lain p**a spend sikit belum ada sale.
“Ads dah mati.”
Terus pause.

Sekarang aku cuba tengok pattern, bukan satu moment.

Aku check:
Adakah creative masih tarik klik?
Cost makin stabil atau makin naik?
Purchase datang sekali je atau dah berulang?
Landing page ada conversion?
Berapa banyak data sebenarnya dah terkumpul?

Sebab 1 sale bukan trend.
Dan beberapa jam tanpa sale pun belum semestinya trend.
Aku s**a bagi data peluang bercerita dulu.

Baru decide:
KEEP.
WATCH.
PAUSE.
atau SCALE.

Meta Ads ni kadang bukan susah sebab nombor terlalu banyak.
Susah sebab kita cepat sangat react pada nombor.
Siapa pernah scale sebab excited… esok terus menyesal..

30/08/2026

Aku pernah nampak satu barang tengah viral.
Buka Threads — barang tu.
TikTok — barang tu.
Facebook pun… barang tu lagi. 😭

Dulu aku terus fikir:
“Dah ramai promote. Cari produk lain.”

Sekarang aku buat benda lain dulu.
Aku cari ANGLE yang orang belum guna.
Contoh powerbank.
Orang lain cerita:
“20,000mAh. Fast charging.”

Aku cari situasi:
“Semalam bateri tinggal 8% masa tengah tunggu Grab kat luar…”

Produk sama.
Tapi cerita masuk dari pintu lain.
Sebab bila produk dah ramai promote, masalah kita kadang bukan produk saturated.

Yang saturated sebenarnya…
cara orang cerita pasal produk tu.

Cuba buat ni:
Buka 10 content produk sama.
Catat hook diorang.
Kalau 8 orang cakap benda sama…
jangan jadi orang ke-9.

Cari situasi buyer lain.

Korang pernah tak nampak satu produk sampai naik muak sebab semua creator guna ayat lebih kurang sama? 😂

28/08/2026

Aku baru perasan Shopee sekarang boleh bagitahu satu benda yang lagi penting daripada jumlah sale.

Sale tu datang sebab content kita power…
atau buyer memang dah nak beli dari awal? 👀

Shopee panggil:
Discovery Order — orang jumpa produk melalui content kita, lepas tu baru rasa nak beli.

Conversion Order — orang memang dah ada niat beli, kemudian terserempak content kita sebelum checkout.

Nak tengok?

Pergi:
Me → Shopee Affiliate → Your Performance
atau buka Conversions dan tengok Order Type.

Yang menarik, Shopee kata Discovery contribution turut digunakan dalam Influence Score untuk Creator Level L2.

So lepas ni jangan tengok:
“Bulan ni aku dapat berapa order?”

Tengok sekali:
“Berapa banyak order yang CONTENT aku sendiri berjaya cipta?”

Yang ni baru boleh nampak content kita betul-betul ada influence ke tak.

Korang dah ada data Discovery/Conversion ni kat account?

26/08/2026

AI lepas ni mungkin tak tunggu kita tanya soalan pun.

Selama ni flow kita:
Buka AI → taip arahan → dapat jawapan → tutup.

Meta sekarang dah mula bergerak ke arah lain.
Meta AI boleh bekerja dengan data Facebook, Instagram & Ads…
kemudian buat report, spreadsheet dan juga jalankan task/reminder berulang.

Contoh mudah saya bayangkan:
Setiap pagi:
“Check performance Ads semalam.”
“Cari campaign yang CPC naik.”
“Buat summary.”
Kita buka…
report dah ada.

Kalau benda ni berkembang macam yang dijangka, skill penting lepas ni mungkin bukan siapa paling rajin buat kerja repetitive.
Tapi siapa paling pandai tentukan:
“Kerja apa yang patut saya serahkan kepada AI?”

AI bukan sekadar alat tulis lagi.
Perlahan-lahan dia jadi assistant kerja.

Kalau boleh automate SATU kerja harian korang sekarang, kerja apa korang paling malas nak buat? 😂

25/08/2026

AI yang kita biasa guna sekarang:
“Buatkan saya caption.”

AI jawab.
Habis. 😂

Tapi next level AI dah mula masuk Malaysia.
Nama konsep dia Agentic AI.

Bahasa mudah:
Bukan AI yang cuma CAKAP apa perlu dibuat.
Tapi AI yang boleh BUAT KERJA untuk kita.

Contohnya sambungkan sistem, jalankan task dan automate proses bisnes.
CelcomDigi sendiri baru bawa teknologi macam ni kepada SME Malaysia selepas menggunakan lebih 400 automasi dalam operasi mereka.

Bayangkan satu hari nanti:
Customer masuk WhatsApp → AI jawab → check data → follow-up → update sistem.
Owner tak perlu buat semuanya manual.

Bagi saya, AI lepas ni bukan sekadar:
“Pembantu tulis content.”
Tapi perlahan-lahan menjadi:
“Digital worker.”

Kalau boleh serahkan SATU kerja bisnes kepada AI hari ni, korang nak bagi dia buat kerja apa? 😂

Address

Cheras

Telephone

+60129515357

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ariff Ibr posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share