Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu

Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu “Sustainable Forest Manager” of a long term forest concession in Terengganu

feel free to contact us for any question or complaint
(2)

Selamat Hari Gajah Sedunia. Lindungi gajah, pelihara hutan, dan jaga warisan alam untuk generasi akan datang.
12/08/2026

Selamat Hari Gajah Sedunia. Lindungi gajah, pelihara hutan, dan jaga warisan alam untuk generasi akan datang.

29 Julai 2026 - Golden Pharos Berhad hari ini telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Suruhanjaya Pencegahan Ras...
29/07/2026

29 Julai 2026 - Golden Pharos Berhad hari ini telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sesi perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam merancang pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat. Antara perkara yang turut dibincangkan termasuk usaha memperkasa kesedaran mengenai nilai integriti, etika serta pencegahan rasuah sebagai sebahagian daripada mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

Golden Pharos Berhad komited untuk terus menyokong pelaksanaan program yang memberi impak positif kepada komuniti melalui kerjasama strategik bersama pelbagai agensi. Nantikan perkembangan lanjut mengenai inisiatif ini dalam masa terdekat.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Mohd Radhi Chu Bin Abdullah atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah ...
14/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Mohd Radhi Chu Bin Abdullah atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), berkuat kuasa pada 15 Julai 2026.

09/07/2026

Program Ziarah Cakna

8 Julai 2026 - Sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan bekas warga kerja, Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) bersama Kelab Kesuka menziarahi bekas-bekas kakitangan yang mengalami keuzuran di kediaman masing-masing sekitar Kemaman dan Bukit Besi.

Melalui program ini, KPKKT berpeluang menyampaikan sumbangan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim bersama bekas kakitangan yang pernah mencurahkan bakti kepada organisasi. Kunjungan ini mencerminkan komitmen KPKKT dalam menyantuni serta menghargai jasa mereka yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan organisasi.

Semoga program seumpama ini terus menjadi wadah untuk menyemai nilai keprihatinan, kasih sayang dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga KPKKT, sekali gus memperkukuh hubungan yang terjalin meskipun telah menamatkan perkhidmatan.

07/07/2026

PROGRAM GOTONG ROYONG & MEMASAK BUBUR ASYURA SEMPENA HARI ASYURA 2026

6 Julai 2026 - Sempena Hari Asyura 1448H, Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd. (KPKKT) bersama GP Agroforestry Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Gotong-Royong & Memasak Bubur Asyura di perkarangan pejabat sebagai usaha menyemarakkan semangat kebersamaan dan menghidupkan tradisi yang penuh makna.

Program ini bukan sahaja menyaksikan penyediaan dua kawah Bubur Asyura, malah turut melibatkan aktiviti gotong-royong yang berjaya mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja.

Terima kasih kepada semua warga KPKKT dan GP Agroforestry Sdn. Bhd. yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan dan nilai murni yang disemai terus menjadi kekuatan dalam membina organisasi yang cemerlang.

Taklimat Kewangan “Bijak Mengurus Kewangan, Sejahtera Masa Hadapan” daripada Penceramah jemputan, En. Mohd Azizuddin bin...
22/06/2026

Taklimat Kewangan “Bijak Mengurus Kewangan, Sejahtera Masa Hadapan” daripada Penceramah jemputan, En. Mohd Azizuddin bin Abdullah, Ketua Cawangan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Terengganu

21 Jun 2026 - Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan yang teratur dan berhemah dalam kehidupan seharian.

Melalui perkongsian yang diberikan, para peserta didedahkan dengan panduan merancang perbelanjaan, mengurus komitmen kewangan serta membentuk tabiat kewangan yang sihat demi menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan.

Semoga ilmu dan manfaat yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar kesejahteraan kewangan dapat dicapai, seterusnya melahirkan individu yang lebih berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran kewangan pada masa hadapan.

Terima kasih Ayah, atas segala yang dicurahkan. Selamat Hari Bapa
20/06/2026

Terima kasih Ayah, atas segala yang dicurahkan. Selamat Hari Bapa

Salam Maal Hijrah 1448HSemoga tahun baharu ini membawa keberkatan, ketenangan dan kejayaan buat kita semua.             ...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, ketenangan dan kejayaan buat kita semua.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan. Selamat bersara dan selamat ...
15/06/2026

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan. Selamat bersara dan selamat menempuh fasa baharu.

Address

Jalan Kalsium Bandar Bukit Besi
Dungun
23200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098337245

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share