Taska Anakku Khalifah

Taska Anakku Khalifah TRUSTED BRAND SINCE 2010

09/06/2026

Langsung tak kisah dengan "bau". Mereka senyum, melambai dn menghargai insan2 yang menjalankan tugas untuk jaga kebersihan persekitaran kita. Mgkin bagi kita orang dewasa, ini perkara biasa, tapi bagi kami inilah antara pendidikan yang paling bermakna. Didik anak-anak untuk menghormati setiap pekerjaan dan menghargai setiap insan tanpa diskriminasi.
Kerana setiap pekerjaan yang halal itu mulia dan setiap manusia berhak dihormati. Setiap pekerjaan yg memberi manfaat kepada masyarakat adalah pekerjaan yg mulia.

11/05/2026

Terima kasih kepada Mama Papa yang sudi meluangkan masa hadir ke Program Farmasi Taska. Kami sangat menghargai kehadiran semua kerana saya tahu, dalam kesibukan kerja dan urusan harian, Mama Papa tetap memilih untuk hadir demi menambah ilmu berkaitan kesihatan dan keselamatan anak-anak kita.

Program pagi ini diadakan khusus untuk memberi pendedahan tentang:
๐Ÿ’Š penggunaan ubat yang selamat untuk anak-anak,
๐Ÿ’Š cara penyimpanan dan pemberian ubat yang betul,
๐Ÿ’Š serta tindakan yang perlu diambil apabila anak demam atau mengalami sawan.

Kami percaya bahawa penjagaan dan pendidikan anak-anak bukan hanya tanggungjawab taska sahaja, tetapi memerlukan kerjasama yang baik antara pendidik dan ibu bapa. Bila kita sama-sama berkongsi ilmu dan kefahaman, in Sha ALLAAH anak-anak akan membesar dengan lebih sihat, selamat dan sejahtera.


Autisme bukan suatu kekurangan, sebaliknya satu bentuk keunikan yang memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga, m...
03/04/2026

Autisme bukan suatu kekurangan, sebaliknya satu bentuk keunikan yang memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga, masyarakat dan sistem kesihatan. Setiap individu berhak mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta peluang untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan berdikari.

Marilah kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih inklusif, penyayang dan prihatin.

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia! ๐Ÿซฐ๐Ÿป

Assalamualaikum MamaPapa TAK yg dihormati.Selamat Hari Raya AidilfitriMama Papa yang dikasihi..Untuk makluman, Taska dan...
16/03/2026

Assalamualaikum MamaPapa TAK yg dihormati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mama Papa yang dikasihi..

Untuk makluman, Taska dan Pejabat Pengurusan Taska Anakku Khalifah akan menutup operasi sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri pada *19 Mac 2026 sehingga 23 Mac 2026*. TAK akan mula beroperasi pada 24 Mac 2026 (Selasa).

Bagi pihak pengurusan dan pendidik-pendidik TAK, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin pada semua. Jaga diri, stay safe and have a safe long journey.

Pesanan khidmat masyarakat dari kami, jangan lupa update maklumat balik kampung di aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) PDRM. Isi maklumat kat option 'Balik Kampung'. Anggota PDRM akan buat rondaan di rumah mama papa nanti.

-hati_di_jalan_raya

Pemeriksaan persekitaran luar dan dalam taska oleh Pegawai Kesihatan harini (2 Mac 2026), alhamdulillah semua baik-baik,...
03/03/2026

Pemeriksaan persekitaran luar dan dalam taska oleh Pegawai Kesihatan harini (2 Mac 2026), alhamdulillah semua baik-baik, anak-anak didik dan pendidik-pendidik pn well behaved๐Ÿ˜

PERINGATAN MESRA BUAT MAMA & PAPA Assalamualaikum.Pihak pengurusan Taska Anakku Khalifah ingin memohon kerjasama mama pa...
01/03/2026

PERINGATAN MESRA BUAT MAMA & PAPA

Assalamualaikum.

Pihak pengurusan Taska Anakku Khalifah ingin memohon kerjasama mama papa supaya sentiasa peka dan memantau keadaan kesihatan anak-anak, terutamanya berkaitan simptom HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut).

Antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:
โ€ข Demam
โ€ข Ruam atau lepuh pada tangan, kaki atau kawasan mulut
โ€ข Ulser dalam mulut
โ€ข Anak kurang selera makan atau nampak lesu

Sekiranya anak menunjukkan mana-mana simptom di atas, mohon tidak menghantar anak ke taska dan dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

Langkah ini sangat penting bagi mengelakkan penularan jangkitan dalam kalangan anak-anak lain.

Kerjasama dan keprihatinan mama papa amat kami hargai. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Terima kasih atas sokongan berterusan.

FRIENDLY REMINDER BUAT MAMA PAPA / PENJAGAAssalamualaikum,Dimaklumkan bahawa sekarang ini terdapat peningkatan kes jangk...
21/02/2026

FRIENDLY REMINDER BUAT MAMA PAPA / PENJAGA

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa sekarang ini terdapat peningkatan kes jangkitan Tibi (TB). Sehubungan itu, pihak TAK memohon kerjasama mama papa agar mengelakkan membawa anak-anak ke tempat yang sesak dan kawasan tumpuan ramai seperti bazar Ramadan buat sementara waktu.

Anak-anak kecil lebih berisiko terdedah kepada jangkitan kerana sistem imun mereka masih belum matang sepenuhnya.

Langkah pencegahan awal amat penting demi menjaga kesihatan semua warga taska.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Kerjasama dan keprihatinan pihak mama papa amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA 2024 KINI DIBUKA๐Ÿ—“๏ธ Tarikh tutup: 19 Februari 2026Ibu bapa yang ber...
02/02/2026

PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA 2024 KINI DIBUKA

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh tutup: 19 Februari 2026

Ibu bapa yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan melalui pengusaha TASKA yang BERDAFTAR dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja.

Syarat kelayakan:
๐Ÿ‘ถ Kanak-kanak berusia 0โ€“4 tahun, warganegara Malaysia dan ditempatkan di TASKA BERDAFTAR JKM
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Pendapatan per kapita isi rumah:
โ€ข Bandar: RM800 ke bawah
โ€ข Luar bandar: RM500 ke bawah

๐Ÿ“Œ Cara kira pendapatan per kapita:
Jumlah pendapatan isi rumah รท jumlah ahli isi rumah
Contoh:
RM3500 รท (suami + isteri + 6 anak) =
RM3500 รท 8 = RM437.50 sebulan

๐Ÿ“ฃ Jangan lepaskan peluang ini ya mama papa ๐Ÿ’›
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak TASKA.


Rindu. Tq sayang, pernah jadi family TAK. Moga terus jd anak yang berjaya, cemerlang dn gemilang Ammar Zahrin
21/11/2025

Rindu. Tq sayang, pernah jadi family TAK. Moga terus jd anak yang berjaya, cemerlang dn gemilang Ammar Zahrin

APA ITU THE BUTTERFLY EFFECT?KLIA 1&2 memperkenalankan inisiatif butterfly effect untuk individu istimewa. Golongan sasa...
16/10/2025

APA ITU THE BUTTERFLY EFFECT?

KLIA 1&2 memperkenalankan inisiatif butterfly effect untuk individu istimewa. Golongan sasar yang dimaksudkan bagi inisiatif Butterfly Effect ini adalah individu-individu yang mempunyai keadaan khas seperti Autisme, Attention Deficit/ Hyperactivity Disorder (ADHD), Global Development Delay (GDD), Sensory Processing Disorder etc. Memahami kesukaran perjalanan mama papa, KLIA telah menyediakan pelbagai kemudahan dari balai ketibaan sehinggalah pintu pelepasan.

Untuk menggunakan service BE ni, mama papa boleh mendaftar 3 hari sebelum tarikh penerbangan di sini. Jangan lupa bawa Kad OKU atau surat daripada mana-mana hospital atau klinik mengesahkan keadaan istimewa tersebut.


Address

Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Sunday 07:00 - 18:00

Telephone

+60179643049

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Anakku Khalifah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share