10/07/2026
Jom ikut saya ke Chao Doc!
Tahukah anda, Chao Doc merupakan antara penempatan terbesar masyarakat Islam Cham di Vietnam.
Ia terletak kira-kira 250km dari Ho Chi Minh City atau sekitar 5 hingga 6 jam perjalanan.
Kali ini saya memilih sleeper bus, naik waktu malam dan bangun pagi terus sampai di Chao Doc.
Dianggarkan lebih 15,000 masyarakat Cham Muslim tinggal di kawasan ini.
Walaupun kawasannya tidak besar, terdapat lebih 12 masjid dan belasan surau yang menjadi pusat komuniti setempat.
Yang menarik, anda boleh melawat perkampungan Islam Cham, menikmati makanan halal dan melihat sendiri kehidupan masyarakat Muslim di Vietnam.
Bagi peniaga fesyen p**a, terdapat pengeluar telekung, tudung, kain dan baju kurung yang membekalkan produk ke pelbagai negara termasuk Malaysia.
Memang tak sangka, dalam Vietnam rupanya wujud sebuah komuniti Muslim yang cukup unik seperti ini.
Nak saya uat tudung, telekung dan baju raya jenama sendiri?
Komen Vietnam di bawah