Program Dropship Nur-Iman

Program Dropship Nur-Iman Tempat untuk komuniti dropshipper berkongsi idea, tips, cara, dan strategi terbaik melakukan perniagaan berkonsepkan dropship bersama-sama. InshaAllah.

Tips Perniagaan Internet:Dapatkan Pengguna Baru Setiap BulanDalam setiap perniagaan, 'business development' adalah sanga...
22/12/2014

Tips Perniagaan Internet:
Dapatkan Pengguna Baru Setiap Bulan

Dalam setiap perniagaan, 'business development' adalah sangat penting. Sebagai contoh, di dalam blueprint perniagaan anda, fasa pertama ada perlu mendapatkan 100 orang pengguna tetap. Berdasarkan komitmen masa dan komitmen kewangan, anda menetapkan setiap bulan anda memerlukan 10 pengguna baru setiap bulan. Oleh itu, pada bulan ke 10, anda berjaya menyelesaikan fasa pertama perniagaan anda.

❣ Kelas Teknik Pemasaran FB Ads ❣Alhamdulillah. Selesai sudah satu lagi kelas pemasaran FB Ads yang dijalankan di Shah A...
18/12/2014

❣ Kelas Teknik Pemasaran FB Ads ❣

Alhamdulillah. Selesai sudah satu lagi kelas pemasaran FB Ads yang dijalankan di Shah Alam. Semoga semua peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diajarkan dan semoga bermanfaat. InshaAllah.

Assalamualaikum :)
03/12/2014

Assalamualaikum :)

☪ Tersentak..sebak..Ya Allah..alpanya aku... ☪Dulu... orang tua kita pergi kerja selepas matahari terbit dan kembali ke ...
28/11/2014

☪ Tersentak..sebak..Ya Allah..alpanya aku... ☪

Dulu... orang tua kita pergi kerja selepas matahari terbit dan kembali ke rumah sebelum matahari terbenam.

Walaupun memiliki anak yang banyak... rumah dan halaman pun tetap luas, bahkan tidak sedikit ada yang memiliki kebun... dan semua anak-anaknya bersekolah...

Sekarang... banyak yang berangkat kerja subuh dan sampai rumah selepas isya, tetapi rumah dan tanah yang dimiliki tidak seluas rumah orang tua kita, dan bahkan banyak yang takut memiliki anak ramai kerana takut kekurangan...

"Dan sungguh akan Allah berikan cubaan kepada manusia dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta..."
(Al Baqarah (2) ayat 155)

Apakah ada yang salah dengan cara hidup orang moden??? Orang tua kita hidup tanpa banyak alat bantu... tapi mereka tenang menjalani hidupnya... Sementara kita yang dilengkapi dengan pampers, mesin basuh, dapur gas, HP, kereta, TV, email, FB, Twitter, i pad, ruangan ber air cond dll...

Seharusnya mempermudah hidup ini... tapi ternyata tidak, sampai2 tidak sempat kita menikmati hidup kerana semuanya dilakukan tergesa gesa!!..pergi kerja, tergesa gesa.....pulang kerja, juga tergesa gesa.....makan t.hari, tergesa gesa.....dilampu merah, tergesa gesa.....berdo'a pun, tergesa gesa.....bahkan solat pun, tergesa gesa...

Sifat diatas bukti dari Al-Qur'an surah Al Isra' (17) ayat 11
"Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa"

Hanya mati.......... yang tidak seorang pun mau dipercepat...

Kerana takutnya akan kurangnya harta untuk keluarga sampai sampai kita berkira dalam BERSEDEKAH, sementara Allah tidak pernah berkira dalam memberi rezeki kepada kita.

"Syaitan menakut-nakuti kamu dengan kemiskinan dan menyuruh berbuat kejahatan...."
(Al Baqarah (2) ayat 268)

Bahkan kerana takutnya kita kehilangan pekerjaan hingga berani melewatkan solat subuh, solat maghrib dsb...

Sampai dimanakah hidup kita hari ini...???

-- semoga bermanfa'at -- ASSALAM......TAZKIRAH JUMAAT --

❤ Shah Alam, Selangor ❤Alhamdulillah. Selesai sudah sesi ke 3 personal coaching untuk modul 'Teknik Pemasaran Online yan...
27/11/2014

❤ Shah Alam, Selangor ❤

Alhamdulillah. Selesai sudah sesi ke 3 personal coaching untuk modul 'Teknik Pemasaran Online yang Berkesan'. Tahniah kepada peserta-peserta yang hadir dari jauh untuk menuntut ilmu. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan sebaik mungkin untuk memajukan ekonomi keluarga dan ummah. In shaa Allah.

✍ Contoh Perniagaan Online:

☼ Informasi Program Dropship:
>>> https://a.pgtb.me/hRJh36 > https://a.pgtb.me/68d7gH

CARI KEUNIKAN PERNIAGAAN ANDA!Dalam dunia perniagaan yang semakin sengit persaingannya, kita harus memastikan kita mempu...
25/11/2014

CARI KEUNIKAN PERNIAGAAN ANDA!

Dalam dunia perniagaan yang semakin sengit persaingannya, kita harus memastikan kita mempunyai kelainan dari pesaing-pesaing kita. Kejayaan kita mencari kelainan dari pesaing-pesaing kita dapat menempatkan kita dalam industri yang sama, seterusnya memegang market share yang baik dalam industri tersebut. InshaAllah.

KEPENTINGAN MENGANALISA PRESTASI IKLANAdalah sesuatu yang sangat penting untuk kita menganalisa iklan kita terutama seka...
24/11/2014

KEPENTINGAN MENGANALISA PRESTASI IKLAN

Adalah sesuatu yang sangat penting untuk kita menganalisa iklan kita terutama sekali dalam 7 hari yang pertama supaya kita dapat:

1. Merendahkan kos iklan
2. Mengelakkan kerugian berterusan
3. Mengelakkan iklan kita tersasar kepada golongan yang kurang tepat

Salam Jumaat :)
21/11/2014

Salam Jumaat :)

20/11/2014

TIPS MEMBORONG DI LUAR NEGARA

Pastikan anda telah bersedia dari segi pilihan produk. Anda perlu mengenalpasti jenis produk dan sudah melakukan kajian dari segi harga jualan di Malaysia. Tetapkan margin anda dan buat penawaran yang terbaik ketika berada di sana. Oleh itu, anda dapat bersedia dari segi kewangan. Anda tidak perlu modal yang terlalu besar jika anda baru hendak bermula. Yang penting, pengalaman kali pertama memborong akan menjadi titik permulaan untuk buat borongan yang lebih besar pada kalai yang seterusnya. Anda boleh menghadiri kursus-kursus memborong untuk negara-negara seperti China, Indonesia dan Vietnam.

Adakah kita cukup positif untuk berkawan dengan orang yang positif?
19/11/2014

Adakah kita cukup positif untuk berkawan dengan orang yang positif?

Assalamualaikum. Selamat pagi :)
19/11/2014

Assalamualaikum. Selamat pagi :)

18/11/2014

MENCARI PRODUK TRENDING? TIRU JE!

Ramai peniaga yang menghabiskan banyak masa untuk memilih produk baru untuk perniagaan anda. Malah, ada yang 'stuck' dalam fasa ini. Sebenarnya, kita sebagai rakyat Malaysia ada kelebihan kerana 'trend' pasaran global sampai di Malaysia agak lambat. Sebagai contoh, tudung yang 'trending' bermula beberapa bulan awal di Indonesia sebelum ia meletop di Malaysia. Sama juga dengan produk tekstil di Vietnam atau produk gajet dari negara korea atau jepun. Begitu juga halnya dengan barang dapur, mainan, dan peralatan rumah dari China. Oleh itu, ada perlu sentiasa peka dan banyak melayari website-website dari luar negara supaya anda menjadi antara yang terawal! Saya rasa anda tahu website apa yang saya maksudkan bukan?

Address

NO11 Jalan 3/12
Jalan
42600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Dropship Nur-Iman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Program Dropship Nur-Iman:

Share