Khidmat Rundingcara Peguam Syarie

Khidmat Rundingcara Peguam Syarie Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Khidmat Rundingcara Peguam Syarie, Business service, Jitra.

Anda ada Masalah Harta Pusaka?Jangan risau kami boleh bantu memudahkan urusan anda‼️‼️.Hubungi kami segera di 👇👇👇𝐀𝐍𝐃𝐀 ...
05/08/2023

Anda ada Masalah Harta Pusaka?Jangan risau kami boleh bantu memudahkan urusan anda‼️‼️.Hubungi kami segera di 👇👇👇

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐔??𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀!!!
𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝑎𝑝𝑝 / 𝐶𝑎𝑙𝑙𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 :
Wasap.my/013-419 4743/Khidmatpeguam

11/04/2023
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚? - 𝐇𝐚𝐤 𝐇𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧𝐚𝐡 Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk mengurusk...
22/03/2023

𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚? - 𝐇𝐚𝐤 𝐇𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧𝐚𝐡

Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adlah yang paling berhak bagi menjaga anak- anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa. Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

CERAI FASAKH : ALASAN-ALASAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH UNDANG-UNDANGCerai fasakh bermaksud membatalkan atau memutuskan ika...
15/03/2023

CERAI FASAKH : ALASAN-ALASAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH UNDANG-UNDANG

Cerai fasakh bermaksud membatalkan atau memutuskan ikatan yang wujud antara suami isteri, atau membatalkan akad perkahwinan dengan sebab kerosakan yang berlaku semasa akad perkahwinan itu atau dengan sebab-sebab mendatang yang menghalang perkahwinan itu daripada berkekalan.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, memperuntukkan bahawa seorang perempuan berhak mendapat perintah untuk membubarkan perkahwinan (fasakh) atas satu alasan atau lebih daripada alasan berikut:

1. Tempat di mana suami berada telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada SATU TAHUN.

2. Suami telah cuai atau telah tidak memberi nafkah selama tempoh TIGA BULAN.

3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh TIGA TAHUN ATAU LEBIH.

4. Suami tidak memberikan nafkah batin (tanpa alasan yang munasabah) selama tempoh SATU TAHUN.

5. Suami telah MATI PUCUK pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.

6. Suami telah gila selama tempoh 2 TAHUN atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.

7. Isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum mencapai umur 16 tahun, menolak pwrkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya.

8.Suami MENGANIAYA ISTERI. Contohnya dalam keadaan berikut;

✅ Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya tersebut.

✅ Berkawan dengan perempuan2 jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan syarak.

✅ Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.

✅ Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada meggunakan hak-haknya di sisi undang2 terhadap harta tersebut.

✅ Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agama.

✅ Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak.

✅ Walaupun empat bulan telah berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi atau oleh sebab suami sengaja enggan menyetubuhinya.

✅ Isteri tidak mengizinkan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada kerana paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain2 hal yang diakui oleh hukun syarak.

✅ Pada masa perkahwinan iti walaupun isteri berkebolehan memberi izin yang sah tetapi dia seorang yang sakit otak sama ada sekali-sekala atau berterusan dan sakit otaknya itu menjadikannya tidak layak untuk berkahwin.

✅ Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.

Sebarkan untuk pengetahuan bersama..

sekiranya pihak tuan/puan memerlukan khidmat nasihat mahupun guaman syarie bagi sebarang urusan yang disenaraikan, hubungi kami di talian berikut :

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐔??𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀!!!
𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝑎𝑝𝑝 / 𝐶𝑎𝑙𝑙𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 :
Wasap.my/60195582148/PeguamSyarieAnda

20/02/2023

Ali,

Ali kena faham,

Bila arwah abang meninggal dunia hari tu,

Dan arwah ada isteri DAN anak lelaki,

Orang yang paling berhak untuk uruskan harta si mati ialah isteri dan anaknya,

Cumanya dalam situasi ni,

Ali pun tahu,

Anak lelaki arwah abang masih dibawah umur,

Mengikut undang² kita ada mesti lantik Pemegang Amanah untuk menguruskan harta bagi pihak si anak tu,

Dalam situasi ni,

Ali kena tahu pada kebiasaannya anak yang belum cukup umur untuk uruskan hartanya sendiri kita akan lantik ibunya sebagai Pemegang Amanah untuk uruskan harta bagi pihak anak tu sehingga mencapai usia yang membolehkannya urus hartanya sendiri,

Ali juga kena tahu,

Walaupun urusan faraid masih belum selesai,

Ali kena bagi laluan kepada balu si mati dan anaknya untuk tinggal di rumah tu sehingga urusan faraid selesai,

Sebab apa? Sebab mereka berdua waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta si mati,

Habis tu bahagian mak macam mana mana?

Ali jangan risau,

Bahagian mak tetap ada dalam harta arwah abang tu,

Cuma bahagian mak ni tak banyak,

Cuma 1/6 saja daripada baki harta yang tinggal tu,

Bakinya semua akan pergi kepada anak lelaki arwah abang,

Sebab apa?

Sebab anak lelaki ni dia akan menjadi penghalang kepada waris² selain dari:

1. Mak
2. Ayah
3. Suami
4. Isteri
5. Anak perempuan
6. Anak lelaki

Untuk terima bahagian faraid si mati,

Ali jangan buat susah camni,

Kita faham je dalam bahagian mak yang 1/6 tu ada bahagian ali jugak tapi bahagian tu sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan hak anak dan isteri si mati terima,

Ibarat kata kalau rumah tu dinilaikan berjumlah RM1 juta,

Bahagian mak cuma RM166K+- shj dan balance tu semua ada lagi RM834K+- akan pergi kepada isteri dan anak si mati,

👆🏻ni cuma contoh kiraan je Ali jangan ambil serius p**ak,

Nak tentukan nilaian terkini harga rumah tu kena guna khidmat penilai hartanah bertauliah ye,

Jangan kita memandai p**ak buat nilaian sendiri,

Cuma nak pesan kat Ali,

Walaupun urusan faraid masih belum selesai,

Rumah tu tetap ada hak si balu dan anak arwah abang untuk tinggal sehingga selesai urusan di Mahkamah,

Sebab apa?

Sebab Allah dah bagitahu dalam surah Al-Baqarah:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ

Maksudnya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari.

(Al-Baqarah: 234)

Dalam menempuh bilangan ‘iddah serta berkabung bagi kematian suami, seseorang perempuan itu tidak boleh keluar dari rumahnya sepanjang tempoh ber’iddah tersebut melainkan darurat atau keperluan hajat.

Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk p**ang ke pangkuan ahli keluargnaya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW:

امْكُثِي فِي بَيْتِكِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ

Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan.

Riwayat Abu Daud (2300) & Al-Tirmizi (1204)

Ali baca tak hadis nabi ni?

Kesian balu dan anaknya sampai nak kena keluar dari rumah arwah sedangkan mereka berhak untuk tinggal disitu,

Berkenaan arahan Mahkamah mengarahkan Ali untuk bayar RM60K tu itu kes lain, dan Ali kena selesaikan segera sebab perintah dah keluar ye,

Jangan tangguh² takut nanti kena contempt of court p**ak.

Senang cerita macam ni la Ali,

Kita semua faham je Ali nak uruskan bahagian mak dalam harta yang ditinggalkan arwah abang tu,

Cumanya dalam situasi macam ni ada baiknya Ali cuba kendurkan sikit ego tu dan harmonikan kembali silaturahim yang dah keruh disebabkan isu perebutan harta ni,

Nak cerita bab harta ni Ali,

Kalau bagi setinggi gunung everest pun takkan pernah puas Manusia ni,

Tapi silaturahim ni kalau kita jaga dengan baik InsyaaAllah akan membawa kita sampai ke syurga.

Toksah nak panjang bicara sangat,

Jumpa semula kak ipar tu minta maaf kemudian mulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid si mati,

Selesai masalah.

Kredit: Muhammad Syarafi

Nasihat Arwah Pak Su MidBuat Rumahtangga bermasalah
17/02/2023

Nasihat Arwah Pak Su Mid
Buat Rumahtangga bermasalah

Seorang suami dapat gaji RM 3500 sebulan.Tibanya hari gaji, terus dibuka ‘online banking’ untuk dilihat baki akaun yang ...
14/02/2023

Seorang suami dapat gaji RM 3500 sebulan.

Tibanya hari gaji, terus dibuka ‘online banking’ untuk dilihat baki akaun yang tinggal.

Bila dah nampak ‘confirm’ duit gaji dah masuk, terus diurus dan selesaikan hutang-hutang yang telah sedia menanti setiap kali dapat gaji.

Kereta – RM 600
Minyak kereta – RM 400
Tol - RM 150
Rumah - RM 1450
Bil eletrik & air - RM 120
Bil telefon - RM 90
Bil internet – RM 80
Barang Dapur – RM 400

Balance yang tinggal hanyalah RM 210 untuk hidup selama sebulan.

Saya terfikir bagaiman si suami nak meneruskan kehidupan bekerja selama sebulan. Adakah di pejabat dia tak makan? Adakah di pejabat dia terpaksa menahan diri daripada apa-apa perbelanjaan yang muncul secara ad-hoc?

Bagaimana p**a kalau kereta tiba-tiba rosak? Bagaimana kalau tiba-tiba demam atau ada ahli keluarga yang sakit?

Sebagai isteri, kalau anda bekerja, maka tanya-tanyalah khabar kewangan suami anda bagaimana. Ambil lah tahu. Jangan sesedap hati berbelanja tanpa merujuk kepada suami anda.

Dalam program saya, saya s**a bertanya kepada peserta wanita. “Kenapa puan bekerja?”

Kebanyakan ada yang menjawab, kerana nak bantu keluarga. Soalan saya, bila suami susah, bantu suami tak?

Sama juga dengan kira-kira diatas, maka saranan saya bantu lah suami ringankan beban.

Walaupun dari segi agama nafkah adalah tanggungjawab lelaki, tetapi menjaga keharmonian rumahtangga adalah usaha bersama. Jadi bantulah agar para suami juga tenang dan terjaga rumahtangga.

Isteri pun sebenarnya dapat bekerja dengan keizinan suami, maka tanpa izin suami, maka dibimbangi kerja yang dilakukan selama ini dalam keadaan berdosa.

Suami p**a, bentangkanlah kewangan anda kepada isteri bukan atas dasar takut bini, tetapi untuk memberi kefahaman tentang keadaan kewangan anda agar isteri memahami situasi sebenar.

Usahlah bersifat ego. Jangan menanggung beban kewangan dan emosi secara berseorangan. Kerana sampai pada satu tahap, emosi anda akan ‘burn out’ kerana sudah tidak lagi mampu bertahan.

Apabila ini berlaku, maka semakin lama anda semakin pudar cinta, hilang selera, kurang bernafsu dan berhubungan dengan pasangan. Kurang komunikasi dan emosi. Apatah lagi apabila isteri asyik bertanya dan bersoal jawab.

“Awak ni baru dapat gaji je dah takde duit. Awak buat apa sebenarnya? Saya nak ajak balik kampung pun susah. Awak berkira sangat dengan saya kenapa? Awak ada perempuan lain ea?”

Sifirnya mudah, sayangkan pasangan dan rumah tangga? Maka susah senang berkongsi bersama. Biarlah perasaan cinta dan sayang dalam keluarga mengatasi ego dan maruah. Apa guna mempertahankan ego tetapi akhirnya meruntuhkan?

Sumber : fadzliaziz

11/02/2023

𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐊 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐂𝐄𝐑𝐀𝐈 ???

HAK PENJAGAAN ANAK 𝐇𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍𝐀𝐇

Hak penjagaan anak kecil juga dikenali sebagai hadhanah. Jika ibu bapa ingin tahu tentang hukum penjagaan anak diperolehi melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr ketika seorang wanita datang kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku.” Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah.”Maka, hadis riwayat Abu Daud ini telah dijadikan dasar kepada pemberian hak penjagaan anak kepada ibu jika berlakunya perceraian.

SYARAT PENJAGAAN BERIKUT:

· Seorang islam
· Sempurna akal
· Mampu memberi jagaan dan kasih sayang pada anak
· Berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah
· Mampu menyediakan tempat tinggal yang selamat

PERKARA YANG MENYEBABKAN IBU HILANG HAK PENJAGAAN ANAK

- Jika si ibu berkahwin lain dengan seseorang yang tiada pertalian darah dengan anaknya dan - jika hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan si anak
- Jika si ibu itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
- Jika si ibu berpindah ke tempat lain dengan tujuan untuk menjauhkan anak daripada ayahnya
- Jika si ibu itu murtad
- Jika si ibu mengabaikan atau menganiaya anaknya

SELAIN IBU, SIAPA YANG LAYAK JAGA ANAK DAN MENDAPAT HAK PENJAGAAN ANAK?

- Ibu
- Nenek sebelah ibu dan ke atas
- Bapa
- Nenek sebelah bapa dan ke atas
- Kakak atau adik perempuan seibu sebapa
- Kakak atau adik perempuan seibu
- Kakak atau adik perempuan sebapa
- Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa
- Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu
- Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa
- Mak saudara sebelah ibu
- Mak saudara sebelah bapa
- Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya

BENARKAH IBU HANYA DAPAT HAK JAGA ANAK PEREMPUAN

Hak terhadap penjagaan anak sering kali menjadi persoalan apabila perceraian timbul. Perlulah diingat bahawa dalam memberikan hak penjagaan ini, perkara yang paling penting ialah kepentingan dan kebajikan anak itu. Ini merupakan hak anak, bukannya hak ibubapa. Kami dapat rasakan bahawa puan keliru dengan apa yang diperkatakan oleh suami puan. Oleh itu, adalah penting di sini kita rujuk kepada apa yang diperkatakan dalam perundangan Islam. Rasulullah SAW selalu menekankan bahawa ibu lebih berhak mendapat hak penjagaan ke atas anaknya. Pengorbanan ibu itu amat mulia apabila dia mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi meneruskan zuriat kaumnya. Ini dapat dilihat melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar yang berbunyi seperti berikut: "Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah SAW, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaankulah rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku". Selepas mendengar aduan itu Rasulullah SAW bersabda, "Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain." (Riwayat Abu Dawud)

Berhubung persoalan tersebut, selagi mana anak itu masih kecil dan belum mencapai umur mumayyiz, sebagai ibu lebih berhak memelihara dan membesarkannya. Ini termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang menyebut: "ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan."Sebagai contoh kes di Pulau Pinang, Yang Arif Khadi Besar Pulau Pinang Haji Harussani bin Haji Zakaria memutuskan anak-anak yang belum mumayyiz diserah kepada ibunya berdasarkan hujah Kitab Kifayah Al-Akhyar Juzu' 2 halaman 93 yang berbunyi seperti berikut:"Apabila mencerai seorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur 7 tahun (mumayyiz)." Namun demikian, ada syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang untuk menentukan sama ada seseorang itu layak mendapat hak penjagaan. Syarat-syarat ini bertujuan supaya kebajikan dan kepentingan anak terjamin.

-SYARAT KELAYAKAN DISENARAIKAN DALAM ENAKMEN YANG SAMA, IAITU:

(a) Dia seorang islam.
(b) Dia sempurna akal.
(c) Dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak itu.
(d) Dia berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah.
(e) Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Seperti yang dapat kita lihat, undang-undang tidak menetapkan bahawa seorang ibu hanya boleh menjaga anak perempuannya sahaja. Jelaslah di sini si ibu tidak perlu risau dengan perkara tersebut sama ada si ibu bekerja atau tidak, itu tidak akan memberi kesan kepada hak ibu untuk memohon hak hadhanah. Perlulah ditekankan di sini bahawa, walaupun hak hadhanah diberikan kepada ibu, bapa masih lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepada anaknya.

Tempoh Penjagaan Kanak-Kanak Yang Ditetapkan Oleh Undang-Undang

Sekseyen 84(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak tamat apabila kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. (2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

HAK PENJAGAAN ANAK (HADANAH): DARI SEGI SIAPA YANG LEBIH BERHAK MENURUT SYARA’ 1.

PENGERTIAN Dari sudut bahasa, hadanah bererti menjaga dan mengasuh anak kecil dengan menanggung nafkah dan mendidiknya. Perkataan hadanah diambil daripada perkataan al-hidn yang bererti rusuk atau dada. Ia dikaitkan dengan pengasuhan kerana pada kebiasaannya pengasuh meletakkan kanak-kanak yang diasuh di atas rusuknya atau pangkuannya (Al-Sayyid Sabiq. 1994). Dari sudut syara’, erti hadanah diberikan dengan berbagai definisi. Dalam mazhab al-Shafie ia disebut sebagai menjaga orang yang tidak boleh bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang menyakitkannya kerana ia tidak mumayyiz lagi seperti kanak-kanak dan orang besar yang gila. Juga dengan mendidiknya (mendidik orang yang dijaga) dengan perkara yang memberin maslahah kepadanya sama ada berkaitan pemeliharaan makanan, minuman dan sebagainya” (Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Buqha & Dr. Ali Al-Syarbaji. 2000). Mazhab Hanafi p**a mentakrifkan hadanah sebagai mendidik kanak-kanak yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menurut umur tertentu oleh orang yang berhak terhadapnya. Ada juga pendapat yang mengatakan hadanah itu adalah mengawal kanak-kanak kecil, orang lemah, orang gila atau orang yang kurang waras daripada apa-apa bahaya yang boleh merosakkannya, menurut kemampuan dengan cara mendidik dan menjaganya, seperti membersih tubuh badannya, memberi makanan dan apa-apa jua yang boleh mendatangkan kerehatan kepadanya.

HUKUM HADANAH

Hukum hadanah ke atas kanak-kanak adalah wajib, kerana mengabaikannya bererti membiarkannya kepada bahaya dan kebinasaan. Kewajipan hadanah ini lebih tertumpu kepada ibu, kerana ibu mempunyai cirri-ciri dan sifat yang lebih sesuai untuk tujuan pengasuhan jika dibandingkan dengan bapa, sekalipun bapa telah berkahwin lain. Lagipun seorang ibu tiri tidak akan dapat mengasuh seorang kanak-kanak dengan sebaik mungkin yang boleh dilakukan oleh ibu kandung. Berdasarkan kedudukan ini, Islam telah menetapkan hak hadanah kepada seorang ibu. Nabi Muhammad s.a.w pernah menetapkan hak hadanah kepada seorang ibu selama mana dia belum berkahwin lain. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum berkahwin.” (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Hak dan tanggungjawab ibu akan berterusan sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur mumayyiz, iaitu 7 tahun. Setelah itu, kanak-kanak tersebut boleh membuat pilihan samada ingin terus hidup bersama ibunya atau ingin hidup bersama bapanya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Wahai anak! Ini bapamu dan ini ibumu, peganglah tangan siapa yang kamu s**a antara mereka berdua. Lalu anak itu memegang tangan ibunya, lantas ibunya membawa ia pergi.” (Riwayat Imam Ahmad

UPAH HADANAH

Mengenai upah hadanah, jika pengasuh merupakan isteri yang diceraikan dan mendapat nafkah semasa idah, dia tidak berhak mendapat upah hadanah. Dua perkara tidak harus dikumpulkan dalam satu masa, iaitu upah dan nafkah. Manakala jika bekas isteri telah tamat iddah dan tidak lagi mendapat apa-apa nafkah daripada bekas suaminya. Dia berhak mendapat upah hadanah kerana dia telah menjalankan tugas bagi pihak bapa anaknya ataupun wali anaknya. Jika pengasuh selain ibu anak itu, dia berhak mendapat upah bagi pelbagai khidmatnya kepada kanak-kanak itu, seperti upah mengasuh, menyusu dan upah itu tidak termasuk dalam nafkah yang diberikan kepada kanak-kanak itu, kecuali dia rela mengasuh dengan percuma. Bayaran hadanah dikira bermula dari hari mula bertugas. Bayaran ini dikira hutang jika tidak dibayar, dan ia tidak akan gugur kecuali dengan membayarnya ataupun dihalalkannya. Pihak yang bertanggungjawab membayar upah hadanah ialah pihak yang bertanggungjawab menanggung nafkah kanak-kanak itu, kerana perbelanjaan upah hadanah dikira sebagai sebahagian nafkah dan ia merupakan satu perkara yang wajib ke atas bapa atau penjaganya.

KESIMPULAN

Daripada penjelasan syarat-syarat yang telah lalu, maka jelaslah mejoriti ulama’ memberikan keutamaan orang yang memelihara kanak-kanak hasil penceraian kepada mereka yang mempunyai akhlak yang mulia. Ianya adalah bertujuan untuk memelihara kanak-kanak tersebut daripada sifat-sifat buruk yang boleh merosakkan akhlak kanak-kanak. Jika ditinjau dari segi hak hadanah p**a, orang yang diutamakan adalah terdiri daripada saudara-saudara perempuan iaitu ibu-ibu saudara kepada kanak-kanak itu, kerana hadis nabi s.a.w menyebut bahawa status ibu saudara (al-khalah) adalah sama seperti ibu. Walaupun ada mazhab fikah yang membolehkan orang kafir menjadi penjaga, tetapi mejoriti ulama’ mengatakan orang kafir tidak boleh menjadi penjaga kepada kanak-kanak itu, lebih-lebih lagi mazhab Syafi’i yang mensyaratkan orang fasik tidak boleh menjadi penjaga inikan lagi orang fasik. Oleh yang demikian, penjaga beragama Islam, berakhlak mulia serta mempunyai pertalian ibu atau ibu saudara adalah orang yang paling berhak dan yang lebih diutamakan untuk memelihara kanak-kanak hasil daripada penceraian. Meskipun syara’ telah menetapkan bahawa, ibu merupakan orang yang paling berhak terhadap hak dan tanggungjawab hadanah, hak dan tanggungjawab tersebut tidak akan diberikan kepada seorang ibu itu sehingga dia dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya seorang ibu itu tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka hak dan tanggungjawab hadanahi tersebut akan jatuh kepada orang yang seterusnya mengikut turutan yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam turutan hak dan tanggungjawab hadanah mengikut pendapat imam mazhab fikah, namun di Malaysia pendapat imam Syafi’i lebih diutamakan berbanding pendapat imam mazhab yang lain.

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐔??𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀!!!
𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝑎𝑝𝑝 / 𝐶𝑎𝑙𝑙𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 :
Wasap.my/⁨0134194743⁩/Khidmatpeguam


05/02/2023

𝗣𝗘𝗥𝗘𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔

KISAH perebutan harta pusaka berlaku di mana-mana dan ini satu kisah perebutan harta pusaka melibatkan enam orang waris yang tidak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan harta pusaka peninggalan arwah ayah dan ibu mereka.

Hubungan adik-beradik ketika si ibu dan ayah masih ada sangat baik. Hubungan rapat di antara anak-anak menyebabkan si ibu dan ayah berasa lega, jika suatu hari nanti ditakdirkan mereka menutup mata buat selama-lamanya, anak-anak mampu menyelesaikan dan membahagikan harta yang ditinggalkan secara baik.

Tetapi langit tidak selalu cerah dan panas disangkakan hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Hubungan yang rapat selama ini tercemar apabila ketidakpuasan hati dalam isu pembahagian harta yang diberikan oleh ibu dan ayah mereka kepada adik-beradik lain dipendam dalam diam.

Rupa-rupanya ada di antara mereka menyimpan rasa tidak puas hati terhadap adik-beradik lain tetapi perasaan itu disimpan kerana menghormati ayah dan ibu.

Ketidakpuasan hati dan per­telingkahan kecil merebak men­jadi besar dan perasaan dendam, kecil hati mula bersarang di hati. Dendam menjadi lebih parah apabila ibu bapa meninggal dunia.

Jenazah arwah belum lagi dikebumikan tetapi anak-anak sudah bergaduh di hadapan jenazah.

Walaupun si ibu sudah meninggal dunia 16 tahun lepas tetapi pertikaian yang terjadi tidak nampak sebarang penyelesaian.

Ini di antara kisah perebutan harta pusaka yang sering kita dengar dan perebutan ini tidak hanya melibatkan harta yang banyak tetapi harta sedikit pun menjadi isu perebutan keluarga.

“Dan ketahuilah bahawa harta dan anak-anak kamu ha­nyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jua pahala yang besar.” (Surah al-Anfal:28)

Pertikaian keluarga atau waris-waris berebut harta pusaka menyebabkan urusan pembahagian pusaka tergendala.

Pertelingkah­an dan pertikaian yang berlaku sebelum kematian lagi, berlanjutan menyebabkan ada waris-waris enggan bekerjasama, menyebabkan proses pembahagian tidak dapat dijalankan dan di­selesaikan dengan segera.

Kita sebagai umat Islam memandang remeh tentang keper­luan membuat perancangan awal harta Islam. Masih ramai yang kurang memahami ilmu mewariskan harta. Ini disebabkan oleh sikap kita yang merasakan pengurusan harta tidak penting.

Kita beranggapan waris boleh menguruskan harta yang kita tinggalkan dengan baik, lagipun faraid sudah ditetapkan. Apa yang perlu dirisaukan. Tetapi kita lupa bahawa apabila kita mening­gal dunia, semua harta kita akan dibekukan dan waris-waris faraid perlu melalui proses pentadbiran sebelum harta boleh diagihkan kepada yang berhak.

Kegagalan kita mengurus dan merancang harta Islam dengan baik semasa hidup boleh me­ngundang kepada:

1️⃣ 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮

Banyak kes pusaka tergantung dan tidak dapat diselesaikan apabila waris-waris tidak mencapai kata sepakat, siapa yang patut dilantik untuk meng­uruskan harta pusaka.

Pemilihan ini juga mengambil masa yang lama apabila ada waris­-waris tidak bersetuju dalam pemilihan siapa yang harus bertanggungjawab atau siapa yang amanah dalam menjalankan urus­an pengurusan pusaka si mati.

2️⃣ 𝗞𝗼𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮

Waris tidak mahu mengeluar­kan wang untuk pentadbiran pusaka. Semua menuntut harta pusaka peninggalan si mati tetapi untuk mengeluarkan wang bagi urusan pentadbiran, kos guaman dan sebagainya ma­sing-masing berdolak-dalik dan akhir­nya mengambil jalan mudah dengan membiarkan harta pusaka terbiar begitu sahaja.

3️⃣ 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮

Waris tidak mahu bekerjasama dan sengaja melengahkan pengurusan harta pusaka si mati. Harta si mati beku begitu lama disebabkan sikap tidak apa, tamak, pertikaian dan ti­dak mahu mengambil tahu.

Tiada persefahaman dan pertikaian yang berlarutan begitu lama maka banyak kes-kes pusaka mela­rat sehingga dua atau tiga generasi dan ada yang lebih daripada tiga generasi - pusaka berlapis.

4️⃣ 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴

Hubungan kekeluargaan da­lam kalangan waris-waris reng­gang dan berpecah belah gara-gara harta pusaka. Lebih menyedihkan hubungan keluar­ga putus, tidak boleh bertemu muka gara-gara pere­butan harta disebabkan pertikaian, tidak berpuas hati dan merasa ketidakadilan dalam pembahagian pusaka.

Kematian itu pasti...

“Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasa mati.” (Surah al-Anbiya:35).

Kewajipan merancang pengurusan harta seharusnya perlu dibuat dengan bijak dan te­liti kerana harta merupakan satu aspek penting dalam kehidupan.

Perancangan harta dan pe­ngagihannya penting dan harus diberi penekanan.

Amalan yang dinamakan sebagai perancangan pengurusan harta ini bukan sekadar mengumpul, mengurus, membangunkan dan melin­dungi harta, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi oleh waris-waris dengan sebaik­nya tanpa menimbulkan kesulit­an dan kesusahan kepada waris yang layak menerimanya.

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐔??𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀!!!
𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝑎𝑝𝑝 / 𝐶𝑎𝑙𝑙𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 :
Wasap.my/60134194743/Khidmatpeguam


𝑯𝒂𝒌-𝑯𝒂𝒌 𝑰𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑫𝒊 𝑻𝒖𝒏𝒕𝒖𝒕 𝑺𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝑩𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖 𝑷𝒆𝒏𝒓𝒄𝒆𝒓𝒂𝒊𝒂𝒏✅ Tuntutan Nafkah iddah✅ Mutaah✅Tuntutan Harta Sepencaria...
01/02/2023

𝑯𝒂𝒌-𝑯𝒂𝒌 𝑰𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑫𝒊 𝑻𝒖𝒏𝒕𝒖𝒕 𝑺𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝑩𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖 𝑷𝒆𝒏𝒓𝒄𝒆𝒓𝒂𝒊𝒂𝒏

✅ Tuntutan Nafkah iddah
✅ Mutaah
✅Tuntutan Harta Sepencarian
✅ Tuntutan Hak Jagaan Anak
✅ Tuntutan Nafkah Anak

Kami menawarkan perkhidmatan Guaman Syarie dalam permasalahan melibatkan Kes-kes di Mahkamah Syariah dan pencerahan serta Konsultansi bagi kes-kes Syariah.

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐔??𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀!!!
𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝑎𝑝𝑝 / 𝐶𝑎𝑙𝑙𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 :
Wasap.my/013-419 4743/Khidmatpeguam


Menjadi seorang suami adalah cita-cita saya dari kecil. Saya hidup menjadi manusia yang penuh rasa tu dalam hati.Saya me...
30/01/2023

Menjadi seorang suami adalah cita-cita saya dari kecil.

Saya hidup menjadi manusia yang penuh rasa tu dalam hati.

Saya melihat bagaimana ayah bangun awal pagi, bangun sebelum ibu dan adik-adik lain, ayah akan solat dan menangis dalam sujud dan doanya.

Ayah akan buka dompet, mengira duit yang kadang hanya ada syiling sahaja.

Ayah akan letak di atas meja untuk belanja dapur, dan atas TV untuk belanja sekolah. Sebelum subuh ayah dah keluar mencari rezeki.

Kadang ayah keluar bawa saya dan adik-adik lain bila ibu marah-marah kerana kepenatan, masa tu ayah akan tarik semua masuk dalam kereta, dan ayah bawa ke taman.

Ayah belikan burger dan ayah akan selalu cakap,

"Jangan buat umi penat. Kesian dengan umi. Umi tak salah. Ayahlah yang salah"

Balik rumah, tengok-tengok rumah dah kemas, umi dalam bilik menangis.

Ayah minta bawa adik-adik masuk bilik.

Ayah selalu pesan, jangan bising-bising. Nanti umi marah lagi. Umi penat tu.

Dan sepanjang hidup, apa pun salah umi, ayah selalu cakap salah ayah. Jangan buat umi penat. Sayang umi selalu. Doakan umi.

Saya memang tak faham masa tu, cuma di mata saya, ayah adalah hero yang selalu menenangkan keadaan.

Dan setiap hari, saya hidup dengan lelaki yang baik iaitu ayah saya sendiri.

Saya jatuh hati dengan kebaikan ayah.

Malah kalau di ofis dia, ayah selalu duduk dengan stafnya, ayah selalu belanja mereka makan, ayah selalu selesaikan masalah pekerja terutama pekerja wanita yang bermasalah dengan anak-anak dan suaminya.

Hari ini, saya menjadi seorang suami.

Saya juga menjadi seorang ayah.

Dan saya merasai segala apa yang ayah lalui membesarkan keluarganya sendiri.

Saya faham kenapa kadang isteri marah, isteri kadang tekanan, isteri kadang terasa dengan saya, dan pelbagai karenah dan ragamnya.

Saya tak pernah bertanya apa yang isteri mahu, kerana saya yang perlu lakukannya dulu.

Ayah selalu pesan,

"Selagi kita tidak habis airmata, maka itu tanda kasih sayang Allah tak pernah berhenti buat kita"

Suami, mungkin insan yang kurang berkata, namun mereka insan yang tak pernah kurang berusaha. Maaf kerana selalu lupa, dan selalu alpa.

Tidak pernah berharap semuanya berhenti, kerna hanya dengan sabar buat hati ini mengerti.

Dan malam tadi hingga pagi ini, rindu p**a padanya.

Rasa hormat dan kasih ini takkan pernah hilang dan pudar padanya.

Selamat berjuang ayah.


Address

Jitra
NO.4B,TINGKATATAS-A-,JALANHOSPITALJITRA(SEBARISTABUNGHAJI/POSLAJU)06000JITRAKEDA

Telephone

+60134194743

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Rundingcara Peguam Syarie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share