Perunding Hartanah JOHOR

Perunding Hartanah JOHOR TIP MUDAH MILIKI HARTANAH

PANDUAN ASAS BELI RUMAH PERTAMA?oleh Tuan Azizul Azli Ahmad. Panduan ini asas sahaja. Moga membantu yang nak beli rumah ...
29/11/2020

PANDUAN ASAS BELI RUMAH PERTAMA?

oleh Tuan Azizul Azli Ahmad.

Panduan ini asas sahaja. Moga membantu yang nak beli rumah pertama bertambah kacak jelita.

1. Modal membeli rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang nak dibeli

(10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian)

2. Asasnya 90% pinjaman untuk rumah pertama tetapi ada bank yang tawarkan hingga 95%, 100% dan 105% bergantung pakej yang mereka tawarkan.

(ada skim rumah pertama yang BSN dan BR tawarkan)

3. Deposit 10% boleh datangnya dari KWSP anda, boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu.

4. Bawa 'pay slip' ke mana-mana bank berhampiran minta dia hitung kelayakan gaji kita. Berapa harga rumah yang kita layak beli.

5. Buat sedikit kajian, pastikan hartanah yang kita beli ada potensi seperti dekat kemudahan awam dan fasaliti yang baik.

6. Buat lawatan dua waktu, sekali siang sekali malam. Jika padat dengan orang, ada potensi untuk disewakan jika kita nak sedikit keuntungan.

(Jangan padat dengan Nepal atau Bangla, nanti s**ar kita nak tinggalkan)

7. Cari rumah yang sesuai dengan margin gaji kita, jangan beli yang terlampau mahal.

(Gaji Tahunan x 6.5 = Harga Rumah Kita)

8. Jangan mudah jatuh cinta dengan satu hartanah, lihat 100 hartanah, lawat 10 dan belinya 1.

Berusahalah Anak Muda. Kita bukan kerabat diraja. Kita rakyat jelata yang kena usaha untuk dapat rumah pertama.

Skim Rumah Pertama (SRP)Apa tujuan utama kita menggunakan (SRP) untuk membeli rumah?Tujuan utama kita menggunakan SRP ad...
03/10/2020

Skim Rumah Pertama (SRP)

Apa tujuan utama kita menggunakan (SRP) untuk membeli rumah?

Tujuan utama kita menggunakan SRP adalah untuk mendapatkan pembiayaan 100%.

Sekiranya tak menggunakan SRP, pembiayaan hanya layak 90% sahaja dan pembeli perlu menyediakan 10% daripada harga rumah yang nak dibeli.

Apa dia syarat kelayakan untuk SRP?
Syarat kelayakan untuk SRP ialah :-

- Pembeli mestilah membeli rumah pertama
- Pendapatan pembeli tidak melebihi RM5,000
- Harga rumah tidak melebihi RM500,000


Sekiranya pendapatan pembeli melebihi RM5,000, tapi masih nak dapatkan pembiayaan 100%.

CircleEmas sedia untuk membantu. Dengan syarat, pembeli membeli rumah pertama dan harga rumah tidak melebihi RM500,000.

DM Kami utk khidmat nasihat PERCUMA.

Selamat Pagi! Alhamdulillah masih di beri nafas untuk menikmati hidup ni๐Ÿ˜Š
16/09/2020

Selamat Pagi! Alhamdulillah masih di beri nafas untuk menikmati hidup ni๐Ÿ˜Š

12/09/2020

Margin of finance (M*F) untuk semua bank adalah sama untuk housing loan.
M*F ditetapkan oleh bank negara & semua bank diwajibkan untuk follow M*F ni.
Rumah pertama - 100%, 90% Rumah kedua - 90%
Rumah ketiga - 70%
Rumah seterusnya - 70%

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
31/08/2020

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Rumah pertama boleh 100% loan. Maka rebut lah peluang utk miliki rumah tampa modal.Ini yang di panggil Skim Rumah Pertam...
25/08/2020

Rumah pertama boleh 100% loan. Maka rebut lah peluang utk miliki rumah tampa modal.

Ini yang di panggil Skim Rumah Pertamaku. SRP ni ada syarat bukan utk semua.

Syarat pertama sekali misti lah rumah pertama. Jika korang dah ada rumah, untuk kali kedua bank hanya benarkan 90% pembiayaan dan rumah ke tiga 70% sahaja.

Kedua gaji tidak boleh melebihi 5k bagi pembeli yang bersatus bujang, bagi yang join loan suami istri pulak tidak melebihi 10k.

Dan ketiga dokumen haruslah strong utk dapat 100% loan, pastikan harga rumah yang korang nak beli lebih rendah dari kelayakan korang.

Cth :-
DSR 60% - 70%
gaji pokok RM3k
comitment bank
Kereta RM500
Credit card RM260

RM 3k x 60% DSR
RM 1800 - RM 500 - RM 260
RM 1040 x 200
= RM 208k aggaran kelayakan rumah

P/s: - ni contoh kiraan secara kasa. Hah lepas ni masing2 dah boleh try check kelayakan sendiri.

Untuk rujukan korang boleh refers pada agen hartanah, morgage consultant atau lawyer korang.

Sedikit perigatan kepada sahabat semua, rumah pertama sebaiknya rumah kos rendah atau sederhana rendah.

Ini kerana kalau rumah pertama korang RM 300k utk rumah kedua korang automatik tidak layak utk mohon rumah yang berharga bawah dari RM 300k.

So beli rumah ikut kelakayakan bukan ikut tekak sendiri. Bergitulah.. semoga bermanfaat dan semoga dipermudahkan urusan korang utk miliki rumah sendiri.

Yang benar, Mohd Aiman Mahadi

Siapa kata perniaga jalanan tak boleh beli rumah?? Rugi tak baca sampai habis!Ramai jee orang melayu kita berniaga tapi ...
23/08/2020

Siapa kata perniaga jalanan tak boleh beli rumah?? Rugi tak baca sampai habis!

Ramai jee orang melayu kita berniaga tapi tak nak beli rumah pasal takut loan reject. Betul tak?

Dah 10 tahun berniaga tapi masih menyewa bila tanya kenapa? company tak register dgn LHDN. Macam mana nak beli rumah? Oke biar saya share sikit.

Nak beli rumah boleh. Dokumen yang perlu cuma ic, Spa, SSM, Tapak niaga dan bank statemen. Paling penting bank statemen korang perlu kukuh.

Pastikan korang Komited sebab proses utk kukuhkan bank statemen boleh makan masa sehingga 12 bulan.

Kalau tak komited nak miliki rumah. walau pun bank statemen cantik tetap tak akn ada rumah sendiri!

Setuju?

Oke cara paling mudah saya nasihatkan korang perlu simpan minima 1000 setiap bulan tanpa ada pengeluaran selama 1 tahun.

Maknanya jika korang dah start simpan dari bulan January hari tu, means korang kena konsistan simpan sehingga bulan December dan baki terakhir dalam akaun korang wajib ada 12k.

Bank akan kira 1k yang korang simpan ni sebagai lebihan dari semua perbelanjaan korang. Kalau jumlah simpanan korang tak konsisten sbg contoh jan simpan RM200, feb RM400, mac RM500 bank akan auto reject loan anda.

Simpanan 1k utk rumah harga under 200k, kalau korang berangan-angan nak beli rumah yang lebih besar korang perlu buat simpanan konsisten yang lebih besar.

Contoh:-
1000 utk rumah under 200k
2000 utk rumah under 400k
3000 utk rumah under 600k

Bergitu la, tapi sebenarnya better korang register company dgn LHDN sebab lebih banyak benefit yang korang boleh dapat sbg perniaga.

Semoga bermanfaat๐Ÿ™๐Ÿป
Yang benar, Mohd Aiman Mahadi

Salam Maal Hijrah gais๐Ÿ™๐Ÿป
19/08/2020

Salam Maal Hijrah gais๐Ÿ™๐Ÿป

Selamat pagi. Siapa first time beli nak beli rumah? Hah korang try ni.Bantuan Prihatin Nasional, Cepat2lah Mohon. Especi...
17/08/2020

Selamat pagi. Siapa first time beli nak beli rumah? Hah korang try ni.

Bantuan Prihatin Nasional,
Cepat2lah Mohon. Especially Orang2 Melayu.

Kerajaan akan bayarkan deposit max RM30,000. Free, tak payah bayar balik. Antara syaratnya, mesti rumah pertama & bukan rumah2 let say Prima, PPA1M ke.

Ramai da orang Cina mohon. Kebanyakan org melayu tak tau peruntukan ni.

Cer google MyDeposit (bawah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan)atau klik sini https://semakanonline.com/mydeposit/ .

Permohonan skim MyDeposit 2020 kini dibuka secara online sekarang. Semak syarat kelayakan dan mohon sekarang!

Officer bank tadi pesan kalau bayar bulanan lebihkan RM100 sebulan. Bayar pada prinsipal loan bukan bayar bulanan. Insya...
08/08/2020

Officer bank tadi pesan kalau bayar bulanan lebihkan RM100 sebulan. Bayar pada prinsipal loan bukan bayar bulanan.

Insyallah dari ikat selama 35 tahun boleh jimat 5 tahun. So 30 tahun dah habis bayar rumah tu.

Kalau loan kalian lulus di Cimb Bank.

Lagilah untung kalau rumah itu kita sewakan dan penyewa bayarkan setiap bulan pelaburan hartanah kita.

Bergitulah.

Korang lebih s**a duduk sendiri atau sewakan?



"Malas la nak beli rumah, submit loan je bank reject." Korang kena tahu sebab apa loan korang kena reject? Baru la senan...
07/08/2020

"Malas la nak beli rumah, submit loan je bank reject."

Korang kena tahu sebab apa loan korang kena reject? Baru la senang nak cari penyelesaian nya.
1. Kemampuan.
Check kelayakan pinjaman anda, dan jangan guna maksimum kelayakan. Contoh korang layak rumah 350k cari rumah under 300k senang bank nak approve.
2. CCRIS & CTOS.
Tak bayar/lewat bayar. Jika ada pinjaman kereta ke, kad kredit ke, jangan sekali kali lewat bayar atau tertangguh berbulan. Rekod tak cantik. Bank mana nak bagi pinjaman kalau peminjam nya jenis liat nak bayar hutang ๐Ÿ˜
3. Skor kredit.
This one adalah lebih kepada behaviour anda dalam transaksi kewangan. Contoh, tak pernah buat pinjaman. So macam mana bank nak tahu anda ni jenis yang boleh bayar pinjaman atau tak? Cari paling mudah boleh apply ASB atau kad credit.
4. Pekerjaan.
Orang yang kerja tetap lebih mudah lulus banding kontrak. Part time apatah lagi. So, sebaiknya cari lah kerja tetap secepat mungkin.
5. Debt service ratio.
Lain bank lain DSR mereka. This one berkait rapat dengan kemampuan anda. So kira DSR dan make sure baki gaji anda ada lebih 30% untuk kecemasan.
6. Dokumen tak lengkap.
Antara dokumen wajib ada dan kena ada sebaiknya 6 bulan: Slip gaji, penyata akaun bank, penyata KWSP, penyata income tax, penyata akaun akaun simpanan, penyata aset lain jika ada untuk support dokumen.
7. Personal profile.
Bank turut ambil kira faktor umur, pendidikan, pekerjaan dan tempat tinggal serta lain lain. Bank ni memilih macam cari menantu ๐Ÿ˜‚
8. Bankruptcy.
This is a no-no! Kalau dah bankrap, of course la macam mana nak buat loan lagi kan. So kena settelkan hutang yang ada.




Semalam terjadi sebuah letupan yang besar di kota Beirut menyebabkan ramai nyawa terkorban๐Ÿ˜žWahai sahabat mari kita berdo...
05/08/2020

Semalam terjadi sebuah letupan yang besar di kota Beirut menyebabkan ramai nyawa terkorban๐Ÿ˜ž
Wahai sahabat mari kita berdoa utk saudara islam kita disana, semoga urusan mereka di permudah kan.
Jika tak mampu bantu dengan nilai wang bantu lah dengan doa๐Ÿคฒ๐Ÿป

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Hartanah JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perunding Hartanah JOHOR:

Share