JEMS EVENT MANAGEMENT SDN BHD

JEMS EVENT MANAGEMENT SDN BHD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JEMS EVENT MANAGEMENT SDN BHD, Johor Bahru.

01/01/2023

Kisah ini jadikan tauladan.
Semalam saya singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Saya beratur utk memesan makanan. Queue agak panjang. Ketika itu isteri saya bersama dengan ibu saya di surau. Di poket saya tiada cash walau sesen pun ketika itu. Bila hampir tiba giliran saya, saya cuba hubungi isteri saya tapi panggilan saya tidak berjawab. Saya cuba call anak² perempuan saya yg ketika itu bersama ibu dan nenek mereka, pun tidak berjawab. Saya fikir mereka mungkin sedang solat atau menguruskan ibu saya di toilet.
Bila tiba giliran saya, saya bertanya kpd cashier samada menerima pembayaran melalui kad debit. Malangnya tidak. Saya beritahu cashier bahawa saya langsung tiada cash di tangan. Utk call isteri atau anak² ketika itu tidak begitu appropriate kerana org yg beratur agak ramai.
Anak muda cashier ini Firdaus Fitri bertanya kpd saya "Pakcik nak order banyak ke? Kalau utk seorang tak apa saya belanja". Saya beritahu dia saya nak order utk 9 orang. "OK Pakcik...Pakcik order dulu...lepas tu boleh ambil duit kat ATM". Saya tanya di mana letaknya mesin ATM terhampir. Dia beritahu ada di stesen Petronas. Jaraknya agak jauh utk berjalan kaki.
"Pakcik boleh bawa motor tak?" tanya Firdaus Fitri. Saya angguk. "Lepas order ni Pakcik jumpa saya di belakang ambil kunci motor...ya".
Selesai membuat pesanan, saya terus menuju ke pintu keluar utk ke arah belakang restoran. Masa itu saya bertemu dgn isteri dan anak² bersama ibu saya. Lega. Saya lalu meminta sedikit cash dan terus membuat pembayaran. Saya minta izin Firdaus Fitri utk merakam foto beliau. Anak muda dari Kelantan Darul Naim ini berjiwa besar, berhati mulia, baik hati dan yg penting dia ada skill pengurusan yg baik dlm menyelesaikan masalah. Kalau dilatih anak muda ini dia mampu menjadi seorang Pengurus yg baik. Tahniah A&W Hentian Rehat Ayer Keroh kerana memiliki seorang kakitangan yg berkualiti.

Kredit: Firdaus Fitri

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JEMS EVENT MANAGEMENT SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share