08/10/2015
Islam mensyariatkan perkahwinan dan menggalakkannya, ia juga mengharamkan perkahwinan dengan sebahagian perempuan.
Pengharaman itu berpunca daripada pelbagai sebab:
1. Mewajibkan penghormatan dan penghargaan kepada seseorang seperti ibu kandung.
2. Tabiat yang sempurna tidak merelakannya, seperti anak perempuan dan saudara perempuan.
3. Menjaga maruah diri sebagai tujuan perkahwinan yang tidak tercapai apabila mengahwini perempuan yang mempunyai hubungan kerabat yang terlalu hampir. Contohnya, anak saudara dan cucu. Hal ini adalah kerana pergaulan mereka amat kerap dan rapat.
4. Membina keluarga teratur dan tersusun, seperti megharamkan perkahwinan saudara susuan dan anak saudara susuan. Bagi tujuan dan hikmah seperti inilah, Islam mengharamkan perkahwinan sesetengah lelaki dengan sesetengah perempuan dan sebaliknya.