PRO2SHIELD

PRO2SHIELD MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DI KEDIAMAN DAN PREMIS-PREMIS ANDA. TIADA KOS TERSE

22/03/2026
14/03/2025

Ni salah satu tanda mcm mane nak tahu koloni anai2 tu akan habis (mati) bila nisbah anai2 soldier (pengawal kepala coklat besar) lebih banyak dari anai2 worker (pekerja@pemakan). Bila anai2 worker da makin kurang kebarangkalian utk keseluruhan anai2 utk mendapat makanan akan berkurangan (anai2 pengawal hanya mengawal sahaja). Jadi dlm mase yg sama racun anai2 ni bukan sahaja merencat pertumbuhan anai2 kecil (nymph) tapi turut membunuh ratu anai2, worker dan soldier.

12/03/2024

Alhamdulillah kerjasama antara Pro2shield Pest Management dan Taman Srikandi, Jln Sukepi.

Penduduk Taman Srikandi buat gotong-royang dan mengambil inisiatif sendiri untuk membendung pembiakan dan penularan nyamuk aedes hersama-sama pihak kami.

Sekiranya ingin mengetahui tentang servis fogging ni boleh hubungi no 011-1158 0032

17/01/2024

Anda mempunyai masalah ANAI-ANAI, NYAMUK, LIPAS, SEMUT, TIKUS, PEPIJAT di RUMAH KEDIAMAN, KILANG, OFIS, JMB, KAWASAN PERUMAHAN, KLINIK, TASKA, RESTORAN, TAPAK PEMBINAAN dll.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ini boleh hubungi di talian 011-11580032.

-anai
besi
゚viralシ ゚

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi diberikan peluang hidup selama 33 tahun bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ...
08/01/2024

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi diberikan peluang hidup selama 33 tahun bagi menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, seorang suami, seorang bapa dan seorang anak. Tahun ni merupakan tahun pertama aku bekerja sendiri selepas aku bergraduasi pada tahun 2014.

Pada tahun 2016 aku membuat keputusan untuk mendaftar ssm dan membuat pest control secara underground sambil-sambil mencari dan menggali ilmu dalam dunia pest control.

Customer pertama aku pada masa itu adalah en Arzmi pada tahun 2016. Dalam masa aku membuat servis pest control di ofis en Arzmi, aku memberanikan diri untuk memberi kad bisness kepada en Arzmi

Aku: 'en Arzmi ni kad bisness saya, saya dah daftar ssm sekarang ni tengah cari-cari pelanggan.' (Sambil malu-malu)
En Arzmi: 'Bagus bulan depan kamu datang buat pest control dekat ofis saya. Orang Melayu kurang ceburi dan buat bisness pest control ni dari beri dekat bangsa lain lebih baik tolong bangsa sendiri.'

Akhirnya pada bulan seterusnya admin pest control yang aku kerja pada masa tu beritahu yg kontrak pest control ditamatkan serta merta. En Arzmi memang betul-betul mengotakan kata dan membuatkan aku lebih teruja pada dunia bisness yang mana tidak pernah terlintas untuk membuat bisness sendiri.

Alhamdulillah sekarang masih lagi membuat pest control di rumah en Arzmi. Semoga Allah mempermudahkan urusan dan memberi rezeki melimpah-ruah kepada en Arzmi sekeluarga aamiin 🤲🏻. Semoga Allah juga mengurniakan aku sekeluarga kesihatan tubuh badan, rezeki melimpah ruah dan dapat memperkukuhkan kewangan perniagaan aku serta membawa perniagaan aku lebih jauh ke hadapan aamiin 🤲🏻.

12/12/2023

Assalamualaikum

Rumah anda dalam pembinaan atau sedang renovation?
Sayang rumah dan perabot mahal- mahal diserang anai-anai.
Kos pencegahan atau rawatan lagi murah dari kos membaiki dan penyelenggaraan.
Jom tuan-tuan dan puan-puan mencegah dan merawat makhluk perosak ini

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ini boleh hubungi di talian 011-11580032.

-anai
besi
゚viralシ ゚

10/03/2022

Semburan asap bagi memcegah dan membunuh nyamuk di rumah kongsi Kapar, Klang. Jom bersama2 menghapuskan pembiakan nyamuk aedes demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

WhatsApps: 011-11580032

19/06/2021

Corrective treatment/slab injection di SS 2, Petaling Jaya bagi mengelak dan mencegah anai-anai memasuki kediaman dan premis perniagaan kita.

WhatsApp:
http://www.wasap.my/+601111580032

Address

2-12, Kompleks Pasar Dan Penjaja, Taman Dato Harun
Petaling Jaya
46000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00

Telephone

+601111580032

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PRO2SHIELD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PRO2SHIELD:

Share