26/05/2026
SALAM HORMAT, SALAM SEJAHTERA & SALAM MADANI
Untuk makluman semua, GLOBAL PROTECTION SECURITY & TRAINING SERVICES (M) SDN BHD (No. Syarikat: 1257780-D) atau ringkasnya GPSTS merupakan sebuah syarikat dan konsultan penyedia latihan yang berdaftar secara sah di bawah:
• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia – SSM)
• Kementerian Sumber Manusia (HRD Corp – SBL Khas Claimable Training Grant)
• Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) – Bidang Latihan / Fasilitator / Tenaga Pengajar bagi program, latihan dan kursus berkaitan kerajaan.
Assalamualaikum WBT kepada saudara Syed Ishak.
Pihak GPSTS ingin merakamkan ucapan terima kasih atas komen yang diberikan di halaman rasmi GPSTS.
Namun begitu, pihak pentadbiran GPSTS terpanggil untuk memberikan sedikit penjelasan bahawa kenyataan yang dibuat adalah TIDAK BENAR sama sekali. Pihak GPSTS tidak pernah mengenali saudara secara rasmi, apatah lagi melibatkan saudara sebagai sebahagian daripada tenaga pengajar, jurulatih atau barisan gerak kerja GPSTS.
Kenyataan sedemikian boleh mengundang salah faham, persepsi negatif serta menjejaskan reputasi dan nama baik GPSTS yang dibina melalui usaha, pengorbanan dan perjalanan yang panjang dalam industri latihan dan keselamatan.
Sebagai individu yang matang dan berfikiran waras, sebarang pandangan atau isu peribadi seharusnya dirujuk secara jelas kepada individu atau pihak yang berkaitan dan tidak dikaitkan dengan mana-mana organisasi yang tidak mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung.
Bak kata pepatah:
"Nila setitik, rosak susu sebelanga."
"Kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar."
"Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit."
Dan dalam bahasa mudah:
"Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Jangan kerana satu pengalaman atau satu cerita, habis seluruh tandan dinilai sama."
Sehubungan dengan itu, pihak GPSTS dengan rendah diri memohon agar kenyataan tersebut dapat dipadamkan tanpa sebarang syarat bagi membersihkan nama GPSTS serta pihak-pihak yang tidak terlibat.
Pihak GPSTS juga memohon maaf sekiranya kenyataan balas ini menyinggung mana-mana pihak Sama ada yang hidup atau pun telah mati. Tujuan kenyataan ini dibuat hanyalah untuk memberikan penjelasan serta membersihkan nama GPSTS dan mengelakkan salah faham berpanjangan
SALAM AIDILADHA
MAAF ZAHIR & BATIN
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
ADMIN GPSTS