13/01/2017
Banyak orang muda memulakan bisnes pertama mereka dengan sangkaan yang salah. Mereka sangka menjual barang berharga RM30 dengan margin RM10 lebih untung daripada menjual barang berharga RM3 dengan margin RM1.
Mereka sangka menjual barang mahal lebih bagus. Kerjanya tidak banyak. Jual sekali, sudah dapat untung besar. Kalau menjual barang murah, kena menjual banyak baru dapat untung yang sama. Leceh. Susah. Teruk.
Dalam bisnes, kita jangan main agak-agak sahaja. Nanti kita melanggar dinding.
Kita boleh buat survei dengan bertanya kepada peniaga-peniaga yang sudah menjalankan bisnes.
Dapatkan maklumat yang betul sebelum membuat keputusan mahu memulakan bisnes dengan menjual barang yang macam mana.
Jangan salah memilih produk pertama yang kita mahu jual bagi memulakan bisnes. Apabila barang itu sukar dijual, kita boleh patah semangat.
Menjual barang mahal adalah lebih sukar. Kita perlu belajar taktik-taktik dan skrip-skrip menjual yang sukar dipelajari. Kadar kegagalan menjual juga tinggi.
Setiap kali kita gagal menjual, semangat dan percaya-diri kita jatuh setakuk lebih rendah.
Bagi tujuan belajar memulakan bisnes pertama, pilih barang yang sangat mudah dijual. Orang bisu pun dapat menjualnya.
Pilih barang yang permintaannya memang sentiasa tinggi. Orang tengok barang itu, dia terus mahu membeli. Kita letakkan sahaja kad dengan tulisan harga.
Ingat! Setiap kali orang membeli barang kita, walaupun marginnya amat kecil, tetapi semangat juang kita naik. Kita semakin percaya kita mempunyai bakat bisnes. Kita semakin kuat tekad mahu meneruskan perjuangan.
Ingat! Dalam bisnes pertama, kita mahu belajar perkara-prkara yang paling asas dalam menjalankan bisnes. Bukan mahu untung besar. Bukan mahu kaya. Itu semua kemudian.
Banyak orang muda, belum apa-apa dia sudah menanggung rugi besar akibat memilih bisnes yang memerlukan modal besar, macam bisnes OEM dan bisnes francais.
KLIK >>> http://bit.ly/JOBESCAPE
KLIK >>> http://bit.ly/JOBESCAPE
KLIK >>> http://bit.ly/JOBESCAPE
Persediaan Berhenti Kerja Dan Memulakan Bisnes Sendiri. Jangan Berhenti Kerja Sebelum Hadir Seminar Ini !