06/07/2023
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) menyediakan peruntukan sehingga RM20 bilion bagi menjamin pinjaman perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Belanjawan 2023.
Ini adalah bagi sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan perubatan. Jaminan Kerajaan akan diberikan sehingga 90%.
Jaminan ini juga diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit serta koperasi supaya dapat memberi sokongan, khususnya kepada penjaja kecil.
Dapatkan maklumat lanjut di https://budget.mof.gov.my/manfaat/