Co-Didik Pahang

Co-Didik Pahang Menyediakan perkhidmatan pembiayaan peribadi, sewaan bangunan kedai, penjualan tanah dan sewaan rumah kempadang.

Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi - tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-...
01/06/2026

Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi - tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda. Dirgahayu Tuanku! Semoga Allah S.W.T terus melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Sri Paduka Baginda.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh anggota Co-Didik yang dihormati.Semoga ibadah korban dan pengorbana...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh anggota Co-Didik yang dihormati.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan pada hari yang mulia ini membawa keberkatan, memperkukuhkan semangat ukhuwah, serta memupuk nilai keikhlasan dan kebersamaan dalam kalangan kita semua.

Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang berterusan dalam memajukan Co-Didik. Semoga Aidiladha ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan rahmat bersama insan tersayang.

Salam Aidiladha 1447H.
Maaf Zahir dan Batin

🌹 _Selamat Hari Guru 2026_ 🌹_“Guru Bitara Nadi Negara”__Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warg...
15/05/2026

🌹 _Selamat Hari Guru 2026_ 🌹
_“Guru Bitara Nadi Negara”_

_Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan tanpa jemu demi membentuk masa depan anak bangsa._

_Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi insan mulia yang membina akhlak, menyemai harapan dan menerangi jalan kehidupan._
_Bak lilin yang membakar diri, guru terus memberi cahaya agar anak didik mampu menggapai impian._

_Setiap nasihat, kesabaran dan tunjuk ajar cikgu menjadi bekalan berharga yang akan sentiasa terpahat dalam hati dan dikenang sepanjang hayat._

_Semoga semua guru terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat yang tinggi untuk mendidik dengan penuh hikmah serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berjaya._

✨ _Selamat Hari Guru 2026_✨

_*“Terima kasih cikgu… jasamu mendidik akan sentiasa mekar dalam ingatan.”*

Ikhlas daripada Anggota Lembaga Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (CO-DIDIK)

MAKLUMAN PENGESAHAN PENYATA ANGGOTA 2025Dimaklumkan bahawa semua anggota CO-DIDIK dimohon untuk membuat pengesahan Penya...
13/05/2026

MAKLUMAN PENGESAHAN PENYATA ANGGOTA 2025

Dimaklumkan bahawa semua anggota CO-DIDIK dimohon untuk membuat pengesahan Penyata Anggota Tahun 2025 melalui pautan berikut:

🔗 https://www.codidik.cloud/esemak

Tuan/puan juga disarankan agar mengemaskini maklumat penama serta alamat emel peribadi sebelum membuat pengesahan penyata.

📅 Tarikh akhir pengesahan: 21 Mei 2026

Sebarang kegagalan membuat pengesahan sehingga tarikh akhir tersebut akan dianggap sebagai persetujuan terhadap penyata yang telah dikemukakan.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Terima kasih.

Iklan Jawatan Kosong Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (Co-Didik).Jawatan yang dibuka:1. Pengurus Hotel (Kontrak)...
07/05/2026

Iklan Jawatan Kosong Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (Co-Didik).
Jawatan yang dibuka:
1. Pengurus Hotel (Kontrak)
Tarikh tutup iklan ialah pada 20 Mei 2026.
Permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 26 - 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Individu yang berkelayakan dialu - alukan mengisi kekosongan jawatan ini.

🔥 PROMOSI RAYA TERHAD! 🔥Sempena Aidilfitri ini, nikmati:✨ Kadar istimewa musim perayaan✨ Had umur pembiayaan sehingga um...
03/03/2026

🔥 PROMOSI RAYA TERHAD! 🔥

Sempena Aidilfitri ini, nikmati:
✨ Kadar istimewa musim perayaan
✨ Had umur pembiayaan sehingga umur 58 Tahun
✨ Potongan ansuran bulanan tetap sehingga tamat pembiayaan

Jangan tunggu saat akhir!
Rebut peluang sebelum promosi tamat.

📲 WhatsApp sekarang untuk semakan kelayakan PERCUMA!
Admin Co Didik 016- 924 6200

Iklan Jawatan Kosong Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (Co-Didik).Jawatan yang dibuka:1. Penolong Kewangan (Kontr...
26/01/2026

Iklan Jawatan Kosong Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (Co-Didik).
Jawatan yang dibuka:
1. Penolong Kewangan (Kontrak)

Tarikh tutup iklan ialah pada 31 Januari 2026.

Permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 26 - 31 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Anak Anggota Co - Didik yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

PENGESAHAN PENYATA ANGGOTA 2024Mohon perhatian semua anggota CO-DIDIK untuk membuat pengesahan penyata tahun 2024 melalu...
11/11/2025

PENGESAHAN PENYATA ANGGOTA 2024

Mohon perhatian semua anggota CO-DIDIK untuk membuat pengesahan penyata tahun 2024 melalui pautan berikut:
🔗 https://www.codidik.cloud/esemak

Tuan/puan disarankan untuk mengemaskini maklumat penama dan emel peribadi sebelum membuat pengesahan.
Tarikh akhir pengesahan: 14 November 2025.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASIAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kepada semua anggota koperasi yang dihorma...
12/09/2025

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua anggota koperasi yang dihormati,

Dengan segala hormatnya, Anggota Lembaga Koperasi ingin menjemput Tuan/Puan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-85 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
🕘 Masa: 7.00 pagi -9.30 ( Pendaftaran)
📍 Tempat: Dewan ATABARA, Indera Mahkota

Marilah bersama-sama kita jayakan Mesyuarat Agung ini demi masa depan koperasi kita yang lebih cemerlang!

Sekian, terima kasih.

Address

Kampong Kuantan
25100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Co-Didik Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Co-Didik Pahang:

Share