03/04/2022
PESAN ABAH
(tentang bisness dan rumahtangga)
95% customers abah adalah Chinese.
Selama ini, saya tak pernah ikut abah jumpa supplier/customers. Kalau yg Melayu,
selalu juga lah ikut serta..
Tapi kali ni.
Watak dan gaya cakap abah
Sungguh berbeza..
Husna : Abah.. Kenapa kalau dengan Melayu, abah soo humble? Orang cerita anak anak nya graduate 3 orang.. Abah senyap saja. Orang cerita dia pakai kereta Merc, abah senyap saja.
Tapi.. Kenapa hari ni abah lain macam sungguh 🤔
Pasal solat sampai dekat 10x cerita.
Pasal pilih restoran pun sampai berkali kali tukar
Pasal anak anak uishhhhh tak pernah lah abah cerita sebanyak tu..
Abah :
Setiap orang yg abah jumpa
Ada 2 benda yg abah nak sampaikan.
Satu pasal marketing.
Satu pasal dakwah.
Husna : tapi tadi tu, abah sebagai customer.
Mereka lah nak buat marketing utk abah.
Dan pelik sungguh..
Abah beli 1 barang saja.
Tapi mereka layan macam abah
Beli 1000 barang
Abah : diorang bukan fokus 1 barang yg abah beli tu saja. Tapi diorang tahu, melalui abah
Boleh supply pada lebih banyak bisness.
Melalui bisness abah..
Bila kita jumpa sesiapa pun.
3 benda kita kena tunjuk.
1- jaga solat
2- jaga makan
Bila customer nak datang jumpa abah..
Abah akan tanya..
"sekarang pukul 12. Kita makan dulu lah. Baru bincang."
Atau..
"sekarang pukul 1.15ptg. Saya mahu solat dulu. U makan macam mana?"
" sekarang pukul 3ptg. Jom minum petang.
Nanti pukul 4.15ptg, saya mahu solat asar dulu"
(TIPS PENTING : nak jumpa pasal apa pun, cakap pasal waktu solat dan pasal MAKAN)
Husna : tapi kan abah.. Dato' Y tadi tu.. Dia sudah kaya. Bisnes sangat sukses. Tapi dia tanya abah mcm mcm dan sangat humble nak menuntut..
Abah : sebab masa meeting yg pertama.. Abah dah beritahu kat dia, bisness abah ni besar mana. Anak 10 orang semua graduate,...
Husna : ya... Dan pelbagai kehebatan anak anak..uish mana pergi dah humble abah ni. Berlagak kuasa 10 pun ada 😅. Habis cerita. Walaupun semuanya benar belaka..
Bukan ke abah prefer utk simpan bab kekayaan,
Kejayaan anak anak... Ni siap share segala strategy bisness. Uish na pun baru tahu..
Abah : tu penting. Dengan orang islam Kita humble. Dengan orang bukan islam, kita kena tunjuk kehebatan orang islam..siapa lagi nak tunjuk? Kalau bukan orang yg proven hebat.
(ketika ini nada abah bukan berlagak.
Tetapi terserlah nada dakwah nya)
Husna : apa kaitan dengan solat? Bukan mereka faham pun..
Abah : faham ke tak faham.. Itu urusan Allah. Tapi kita kena cakap. Allah Maha Hebat. PASAL Allah Hebat, umat islam hebat. Abah ni tak de apa apa pun. PASAL Allah pinjamkan kehebatan tu, orang nampak abah hebat.
Husna : tu lah.. Tadi abah highlight pasal nak pergi sembahyang Jumaat dekat 10x. Padahal baru pukul 11 pagi 😅😅
Abah : Dato' tu tanya abah. Macam mana jaga 10 anak? Semua graduate. Abah cakap lah.. Semua anak semua perangai berbeza. Tahap bijak berbeza.
kalau Chinese ajak pergi pergi disko, abah berdalih. Sebab abah nak doa pada Allah waktu malam.
Ajak pergi pukul 11 malam, abah cakap sudah mahu tidur. Pukul 2 pagi mahu solat jumpa Allah.
Ajak pergi disko dengan amoi pukul 4 pagi, abah cakap mahu solat subuh pukul 6 pagi.
Abah tak tolak pelawaan pergi disko.
Abah tak tolak pelawaan perempuan seksi amoi.
Abah cuma cakap mahu solat.
Orang akan nampak..
Ini orang baik. Lain kali tak boleh offer disko /amoi /arak
Dato tu tanya macam mana bisnes besar. Tapi tak ada pakai loan bank. Abah cakap lah.
Saya solat minta pada Allah.
Allah punya idea bagi strategi bagus.
Dapat project banyak. Duit banyak. Bina masjid. Perjuangan agama. Semua kerana Allah.
Husna : ohhh.. Dalam marketing bisnes ada dakwah.. Tadi abah cakap Bila kita jumpa sesiapa pun. 3 benda kita kena tunjuk. 1 pasal solat. 2 pasal makan. Yg ke 3 apa?
Abah ; pasal perempuan.
Husna : maksud abah?
Abah : orang lelaki kalau sudah kaya. Next ialah perempuan. Di offer perempuan seksi. Perempuan simpanan. Orang nak bayar duit tapi yang hantar duit cash ;perempuan pakaian terdedah..
Ada yg Offer isteri kedua..macam macam usia
Husna : ermm abah tak pernah tergoda ke? Takkan tak minat kalau dah ada perempuan muda, seksi, cantik dll..
Abah : tak normal lah kalau lelaki tak s**a.
Mestilah s**a. Tapi ingat Allah. Ingat ma.
Takkan lah kerana keseronokan sekejap, nak musnahkan segala yg di bina.
Usahkan kahwin dua.
Perempuan seksi datang office..
Terus abah panggil dia duduk kat sebelah abah
Jarak 1 meter. Ajak staff staf perempuan duduk Kat depan abah. Jadi abah bercakap tak perlu pandang dia.
Kena fikir Mcm ni..
Kejayaan abah ni.
Bukan kerana abah.
Tapi Allah bagi.
Sebab ada banyak amanah.
Ma banyak berkorban utk abah.
Ma terlalu istimewa utk abah sakiti.
Anak anak abah 10 orang semua akan benci abah
Kalau abah ada affair dengan mana mana perempuan.
Bisness abah semua akan hancur
Abah tak tolak poligami.
Tapi banyak perkahwinan poligami
Biasanya bisnes jatuh selepas tu.
Tak semua poligami sukses.
Banyaknya gagal perkahwinan,
Gagal juga kerjaya/bisness.
Jaga bab perempuan.
Susah nak jaga kalau tak jaga solat.
Pasal solat, kita nak jaga hubungan dengan Allah.
Allah pinjamkan kita kekuatan utk tolak dengan mudah apa pun godaan perempuan.
✅✅✅✅✅
Banyak tips abah hari ni.
Alhamdulillah
Apa tips yg paling anda s**a?
Nak tanya apa apa pun boleh.
Ma dan abah ada kat rumah kami ni, ♥️