Ehsan Hadi

Ehsan Hadi Introvert yang suka hiking, suka kenal orang baru, dan suka motivasi dalam kehidupan & beragama.

Hidup ni perjalanan, saya cuma nak jadi lebih baik dari semalam.

20/05/2025

Sabar bukan bermaksud berdiam diri sahaja. Sabar itu dalam erti kata lain ialah menerima ujian yang diberikan, pada masa yang sama berusaha menyelesaikannya.

Jaga makan maka emosi juga terjaga...
19/05/2025

Jaga makan maka emosi juga terjaga...

Kadang-kadang badan bagi isyarat, tapi kita tak tahu itu jeritan dari jiwa yang sedang penat. Anxiety bukan sekadar rasa cemas. Ia boleh datang dalam bentuk sakit dada, perut memulas, susah tidur, atau jantung berdebar-debar dan ramai tak sedar.

Jika anda alami simptom sebegini, tarik nafas dalam-dalam. Beri ruang untuk diri berehat. Amalkan teknik grounding, senaman ringan, kurangkan kafein dan hadkan skrol media sosial. Berbual dengan orang yang dipercayai juga sangat membantu.

Jangan biar hati menanggung sendirian. Kadang, langkah kecil untuk jaga diri… adalah permulaan untuk pulih kembali.

Sayangi diri, satu nafas pada satu masa.

18/05/2025

Berhenti sebentar itu bukan kelemahan. Beri ruang untuk hati bernafas dan jiwa kembali tenang.

18/05/2025

Jadikan hari semalam sebagai panduan.
Jadikan hari esok untuk perancangan.
Paling penting jadikan hari ini untuk TINDAKAN.

17/05/2025

Ketenangan yang sebenarnya ada dalam diri,
Bukan pada tempat dan suasana



17/05/2025

Kita sering mencari kesempurnaan, tapi tahukah kita bahawa menerima ketidaksempurnaan juga sebahagian daripada kesempurnaan itu sendiri..

Send a message to learn more

17/05/2025

Tenang itu didapati..
Hanya bila kita dapat terima...
Apa yang kita ada..

Hiduplah dengan memberi manfaat,Biarpun hanya dengan sebaris ayat,Biarpun hanya dengan kudrat,Moga menjadi bekal kelak d...
13/05/2025

Hiduplah dengan memberi manfaat,
Biarpun hanya dengan sebaris ayat,
Biarpun hanya dengan kudrat,
Moga menjadi bekal kelak di akhirat.

Jangan main2 kalau sakit dada. Better check.
09/05/2025

Jangan main2 kalau sakit dada. Better check.

“Sakit dada ni biasa je kot… Mungkin angin.”

Tapi makin lama, makin kerap. Makin kuat.

Kadang tengah berehat pun rasa sempit, sesak, peluh sejuk keluar tanpa sebab.

‼️Itu bukan angin. Itu amaran.

Itu mungkin unstable angina sakit dada akibat saluran darah ke jantung semakin sempit dan hampir tersumbat.

Dan jika dibiarkan… ia boleh jadi serangan jantung yang meragut nyawa.

Jangan tunggu. Jangan abaikan. Jangan tangguh rawatan.

Segera ke hospital.

Lebih awal masalah dikesan, lebih tinggi peluang untuk pulih tanpa kerosakan jantung kekal

Rawatan untuk unstable angina bertujuan untuk memulihkan aliran darah ke jantung dan mencegah serangan jantung.

Address


Telephone

+60143525759

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ehsan Hadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ehsan Hadi:

  • Want your business to be the top-listed Business?

Share