Jheains Daerah Sook

Jheains Daerah Sook FACEBOOK RASMI JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH DAERAH SOOK

Gotong Royong Perdana Pejabat Daerah Sook3 Julai 2026Turut serta dalam program tersebut staf Jheains Daerah Sook dalam m...
03/07/2026

Gotong Royong Perdana Pejabat Daerah Sook
3 Julai 2026

Turut serta dalam program tersebut staf Jheains Daerah Sook dalam menjayakan program yang dianjurkan.

Penerima Anugerah sempena Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026MAnugerah Masjid Cemerlang-...
29/06/2026

Penerima Anugerah sempena Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M

Anugerah Masjid Cemerlang
-Masjid Darul Atiq, Kg. Kuit Lanas

Anugerah Surau Cemerlang
-Surau Al-Mukminun, Kg. Karamatoi

Pelajar Cemerlang Sekolah Rendah Ugama ( SRU ) Tahun 2025
-Muhammad Hafizi Marzuki bin Mohd Rizwan ( Lelaki )
-Awfiyah Nawwarah bin Ajirin ( Perempuan )

Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA Tahun 2025
-Ahmad Syazani bin Ahmad Danial Lee ( Lelaki )
( KAFA Kg. Johan Jaya )
-Irza Badriah binti Abdul Rahman ( Perempuan )
( KAFA Kg. Malima )

Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Daerah Sook Sempena Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026MUsta...
29/06/2026

Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Daerah Sook Sempena Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M

Ustaz Mislan bin Mistah

Sumbangan beliau dalam Agama Islam sekitar Daerah Sook amat besar melalui pendidikan dan aktiviti sosial yang dijalankannya, antara sumbangan beliau dalam pendidikan ialah beliau sempat mengajar sebagai guru agama di SMK Batu Lunguyan ( sekarang sudah digantikan dengan SMK Tulid ), SMK Tulid, SMK Sook dan SMK Sepulut, Nabawan sebelum bersara di Pejabat Pendidikan Daerah Nabawan.

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, antaranya beliau sedang mempengerusikan Masjid An-Najihin, Kg. Johan Jaya, Pengerusi KAFA, Kg. Johan Jaya, YDP Persatuan Mualaf Parlimen Pensiangan dan banyak lagi.

Oleh itu, marilah kita doakan segala kebaikan yang beliau kerjakan dan kita doakan agar urusan beliau akan dipermudahkan dunia dan akhirat.

" Madani Dihayati, Ummah Diberkati "

Sekian, terima kasih.

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026MTelah berlangsung Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Perin...
29/06/2026

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M

Telah berlangsung Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M yang bertempat di Dewan Terbuka, Kg. Binuwou Tengah, Sook pada 27 Jun 2026 bersamaan hari sabtu yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan selesai tepat jam 12 tengah hari.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Timbalan Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah selaku jemputan utama dan perasmi Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Tuan Hasinin bin Kinsim, ( Pegawai Daerah Sook ) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook, Superitenden Yampil Anak Garai ( Ketua Polis Daerah Keningau ), Encik Sakim bin Ibrahim ( Wakil kepada YB. Dato Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia merangkap Adun N.45 Sook ), Encik Jehan Osman Ongkomog ( Wakil kepada YB. Tuan Jordan Jude Ellron, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Merangkap Adun N.44 Tulid ), Al-Fadhil Dr. Ustaz Yusof Jasmin ( Ketua Penterjemah Al-Quran Dalam Bahasa Dusun ) Merangkap Penceramah Khas serta Ustaz Haslee bin Harimin, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sook dan merangkap Setiausaha Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M.

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun ini menyaksikan penyampaian Tokoh Ma'al Hijrah yang di anugerahkan kepada Ustaz Mislan bin Mistah dan disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun.

Dalam majlis tersebut juga menyaksikan anugerah pelajar cemerlang Sekolah Rendah Ugama dan Ujian Penilaian Kelas KAFA serta Anugerah Surau Cemerlang yang di anugerahkan kepada Surau Al-Mukminun, Kg. Karamatoi dan Anugerah Masjid Cemerlang yang dianugerahkan kepada Masjid Darul Atiq, Kg. Kuit Lanas.

Jawatankuasa majlis sambutan Ma'al Hijrah tahun ini menambahkan kelainan aktiviti dengan menjemput Pusat Transfusi Darah Hosital Keningau dengan mengadakan kempen Derma Darah dan hasilnya sebanyak 15 pint darah berjaya dikumpulkan dengan keterlibatan sebanyak 25 orang yang mendaftar.

Dalam menyerikan majlis sambutan Ma'al Hijrah, Jawatankuasa Induk telahpun menjemput Imam Syahidin bin Naili selaku Juara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sook Tahun lalu untuk menyampaikan Alunan Bacaan Al-Quran serta menjemput Kumpulan Nasyid Belia Kg. Binuwou Tengah untuk memberikan persembahan.

Secara ringkasnya, dianggarkan sekitar 600 orang lebih menghadiri dan membanjiri venue sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini, datang dari sekitar Daerah Sook dan Kg. Binuwou dan sekitarnya dan kehadiran tersebut memberikan impak kejayaan yang besar melalui penganjuran Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Tahun ini, jawatankuasa induk mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada sambutan Ma'al Hijrah tahun ini, serta syabas dan tahniah diucapkan juga kepada Tuan Rumah iaitu Kg. Binuwou Tengah atas segala komitmen yang diberikan.

Marilah kita terus mengingatkan diri kita untuk terus bermuhasabah dengan peristiwa hijrah yang telah berlaku. Moga tahun baharu ini menjadi titik tolak untuk kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik dan diredhai oleh Allah S.W.T.

" Madani Dihayati, Ummah Diberkati "

Sekian, Terima Kasih.

Credit Photo :
Imam Hakim

===== HEBAHAN =====MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH PERINGKAT DAERAH SOOK TAHUN1448H/2026M📍Tarikh : 27 Jun 2026 ( Sabtu )📍Ma...
24/06/2026

===== HEBAHAN =====
MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH PERINGKAT DAERAH SOOK TAHUN1448H/2026M

📍Tarikh : 27 Jun 2026 ( Sabtu )
📍Masa : 8.00 Pagi
📍Tempat : Dewan Terbuka, Kg. Binuwou Tengah, Sook
🎖️Dirasmikan Oleh : YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun
( Timbalan Ketua Menteri II Merangkap Menteri Kewangan )

Pengisian Khas Program :
-Program Derma Darah
-Ceramah Khas Ma'al Hijrah
Disampaikan Oleh : Al Fadhil Doktor Yusof Jasmin
( Ketua Panel Penterjemah Al-Quran dalam Bahasa Dusun )

Assalammualaikum W.T.B dan Salam Sabah Maju Jaya

Dengan segala hormatnya, jemaah muslimin dan muslimat Daerah Sook dan kawasan sekitarnya dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H/2026M.

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan sambutan ini sebagai tanda kesyukuran serta menghayati semangat hijrah dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, berakhlak mulia dan progresif.

" Madani Dihayati, Ummah Diberkati "

Sekian dan Terima Kasih.

Mesyuarat Kali Kedua Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448HTarikh : 22 Jun 2026Tempat : Dewan Terbuka, ...
22/06/2026

Mesyuarat Kali Kedua Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H

Tarikh : 22 Jun 2026
Tempat : Dewan Terbuka, Kg. Binuwou Tengah

Telah berlangsung mesyuarat kali kedua sempena sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook Tahun 1448H yang bertempat di Kampung Binuwou Tengah, Sook.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah, Pegawai Daerah Sook Tuan Hasinin, Pegawai UPPM Daerah Sook Tuan Amzan bin Jahidin, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sook Tuan Haslee Harimin, serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan ahli jawatankuasa program sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Sook.

Mesyuarat kali ini membincangkan tahap persediaan program yang akan dilaksanakan pada hari yang telah ditetapkan dan juga persediaan perlaksanaan program daripada pihak penganjur serta pemakluman persediaan daripada pihak agensi kerajaan yang terlibat

"Madani dihayati, Ummah diberkati"

Sekian, Terima Kasih.

Credit Photo:
Imam Fazmi
Imam Hakim

Ceramah Ambang HijrahTempat : Masjid Ar-Raudah, Pekan SookTarikh : 16 Jun 2026Penceramah : Datu Mohd Sallehin bin Moksan...
18/06/2026

Ceramah Ambang Hijrah

Tempat : Masjid Ar-Raudah, Pekan Sook
Tarikh : 16 Jun 2026
Penceramah : Datu Mohd Sallehin bin Moksan ( Penolong Pengarah Kanan ( Takmir ) JHEAINS

Telah Berlangsung program Ceramah Ambang Hijrah anjuran bersama JHEAINS Daerah Sook serta Jawatankuasa Masjid Ar-Raudah, Pekan Sook dan dihadiri sekitar 70 orang jemaah yang bersama-sama menghayati program yang dijalankan.

Dalam majlis tersebut juga dianjurkan bacaan doa akhir dan awal tahun yang dipimpin oleh Imam Haji Baramsa bin Batarasa yang berlangsung sebelum maghrib dan selepas maghrib.

Program turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haslee Harimin, ( PTA Daerah Sook ), Tuan Sakim bin Ibrahim ( Mantan Pengerusi Badan Dakwah Daerah Sook ), pelajar Asrama SMK Sook bersama pengiring, Imam-Imam Kariah Daerah Sook serta para jemaah muslimin dan muslimat sekitar daerah Sook.

Semoga program seumpama ini terus menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, mempertingkat kefahaman agama dan menyemarakkan semangat penghayatan Islam dalam masyarakat.

"Madani dihayati, Ummah Diberkati"

Sekian, Terima Kasih

Credit Photo :-
Imam Hakim

SALAM MAAL HIJRAH 1448H== MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI =="Salam Maal Hijrah 1448H, Semoga kedatangan tahun baharu in...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H
== MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI ==

"Salam Maal Hijrah 1448H, Semoga kedatangan tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, meningkatkan amal ibadah, dan melangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang. Mari kita terus berusaha ke arah kebaikan dunia dan akhirat."

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Sook.

Sekian, Terima Kasih

Address

Pejabat Daerah Sook
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jheains Daerah Sook posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share