Saip Sdn Bhd Official

Saip Sdn Bhd Official Membangunkan industri Sabah agro melalui inovasi & kerjasama strategik

30/07/2026

Aktiviti menaik taraf lori SAIP melalui kerja-kerja mengecat semula bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik, kemas dan bersedia untuk menyokong operasi harian

30/07/2026

Made in SAIP Sdn Bhd ❤️
Tea Tree Essential Oil 🌿

30/07/2026

✨ Makan-Makan Santai di SAIP ✨ 29 | July | 2026

29/07/2026

Lawatan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) ke SAIP Sdn Bhd bagi mengadakan sesi perbincangan mengenai peluang kerjasama dalam menyokong usahawan di bawah ekosistem SAIP mendapatkan akses kepada pembiayaan dan dana bagi memperkembangkan perniagaan mereka.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada para usahawan serta memperkukuh pembangunan industri agro dan perusahaan di Sabah.

29/07/2026

Mesyuarat Bulanan SAIP Sdn Bhd | 27 Julai 2026

Mesyuarat bulanan SAIP Sdn Bhd bagi membincangkan perkembangan semasa, pencapaian, perancangan strategik serta penyelarasan operasi ke arah meningkatkan kecemerlangan organisasi.

Bersama-sama memperkukuh kerjasama demi merealisasikan visi dan misi SAIP.

Pengurus Besar SAIP, Annef Osyairi Osman, telah menyertai Program Lawatan ke Kebun Contoh Koperasi Arus Gemilang Sabah B...
28/07/2026

Pengurus Besar SAIP, Annef Osyairi Osman, telah menyertai Program Lawatan ke Kebun Contoh Koperasi Arus Gemilang Sabah Berhad (KAGSB) sempena Majlis Penanaman Pokok Paulownia Hibrid Sulung bagi Projek 10 Juta Pokok Paulownia Premium Sabah 2026–2030.

Program yang disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan sektor agro, kelestarian alam sekitar serta membuka peluang ekonomi baharu kepada rakyat Sabah.

Penyertaan SAIP dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong inisiatif pembangunan agroindustri dan bioekonomi yang mampan di Sabah.

28/07/2026
27/07/2026

Lawatan daripada Onsoi Tenom, pengeluar produk minuman kopi, ke SAIP SDN BHD bagi meninjau Processing Line Facilities sebagai persediaan untuk menyewa kemudahan pemprosesan yang disediakan.

Lawatan ini membuka ruang kerjasama dalam memperkukuh industri pemprosesan makanan dan minuman serta menyokong pertumbuhan usahawan tempatan melalui penggunaan fasiliti yang lengkap dan moden di SAIP.

27/07/2026

Filtering process of Lemongrass Essential Oil to ensure a cleaner, high-quality oil before the next stage of production.

Proudly made at SAIP Sdn Bhd.

24/07/2026

Aktiviti penuaian daun limau purut dan serai wangi di SAIP bagi tujuan pemprosesan menjadi ekstrak minyak pati (essential oil) berkualiti.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen SAIP dalam meningkatkan nilai tambah hasil pertanian melalui inovasi dan pemprosesan berasaskan agro, sekali gus membuka peluang kepada pembangunan produk bernilai tinggi.

🌱 Dari ladang ke produk berkualiti.

Address

Batu 30, Jalan River Benoni Diversion Pekan Lama Kimanis
Kimanis
89608

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saip Sdn Bhd Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share