Jurukur Tanah Klang

Call Website Contact the business

Jurukur Tanah Klang PERKHIDMATAN JURU UKUR TANAH DI DAERAH KLANG, NEGERI SELANGOR & KUALA LUMPUR ( LAND SURVEYOR )

ISU PERLANGGARAN GARISAN SEMPADAN TANAH : BAGAIMANAKAH CARA PENYELESAIAN YANG SEPATUTNYA DI BUAT( HINDARI SENGKETA DAN P...
21/09/2026

ISU PERLANGGARAN GARISAN SEMPADAN TANAH : BAGAIMANAKAH CARA PENYELESAIAN YANG SEPATUTNYA DI BUAT

( HINDARI SENGKETA DAN PERGADUHAN BERPANJANGAN AKIBAT DARI ISU SEMPADAN TANAH TANPA PERLU TINDAKAN UNDANG-UNDANG )

Isu garisan sempadan tanah bertindih ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang remeh. Tidak juga mudah untuk diselesaikan lebih-lebih lagi kalau di atas tanah sudah pun didirikan rumah kediaman atau pagar.

Bertambah rumit lagi kalau membabitkan lot tanah yang berkongsi hakmilik ( geran tanah ) tapi belum pernah disediakan satu pelan pecahan bahagian untuk rujukan kesemua pemilik tanah.

Sudah menjadi kebiasaan kepada jurukur tanah yang banyak terlibat dalam kerja penandaan sempadan berhadapan dengan pemilik tanah atau jiran yang tak berpuashati dan tak mahu terima keputusan hasil daripada ukuran yang telah dibuat.

Method kerja bagi kerja ukur demarkasi begini, apabila hendak menanda semula sempadan lot, jurukur tanah perlu membuat rujukan kepada ‘Pelan diperakui’ ( pelan PA ) bagi lot tersebut. Setiap lot tanah ada pelan PA sendiri yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan disahkan oleh kerajaan melalui pihak Pentadbir Tanah & Galian Daerah. Nombor rujukan pelan PA bagi setiap lot akan ditulis di dalam dokumen geran tanah. Jurukur tanah akan mencari semula batu sempadan lot yang telah ditanam oleh kerajaan dahulu. Jika kesemua batu sempadan lot tersebut telah hilang atau rosak, jurukur tanah akan mencari p**a batu sempadan lot bersebelahan untuk dijadikan asas bagi pengiraan untuk penandaan semula batu sempadan yang telah hilang tersebut.

Bagi kerja penandaan sempadan pecahan bahagian p**a sebelum kerja ukuran atas tanah dibuat, jurukur tanah perlu membuat pengiraan dan menyediakan satu pelan pecahan bahagian yang dipersetujui oleh pemilik tanah terlebih dahulu. Hanya selepas pelan pecahan bahagian itu siap dilukis barulah jurukur tanah boleh pergi ke lokasi membuat kerja ukuran penandaan dengan rujukan kepada pelan tersebut. Asas kerja tetap sama seperti kerja ukur demarkasi penandaan semula sempadan lot, kerja ukur dimulakan dengan membuat carian batu sempadan lot yang terlibat.

Secara realitinya jurukur tanah juga seorang manusia biasa yang tak lari daripada kesalahan. Akan tetapi jika persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan kerja ukuran, membuat kerja secara betul ikut peraturan dan membuat semakan ketepatan sebelum menyiapkan kerja, dengan bantuan peralatan yang serba canggih pada waktu sekarang, melakukan kesalahan adalah sangat minima dan amat jarang terjadi.

Apa yang sering berlaku adalah pemilik tanah atau jiran sebelah yang tak berpuashati dengan kedudukan tanda sempadan bagi lot atau pecahan bahagian yang telah ditandakan, tidak berpuashati hanya melalui pandangan mata sahaja. Mintalah 10 jurukur tanah datang tandakan, selagi tanda tersebut tak terletak di lokasi yang dia mahukan selagi itulah dia tetap tidak akan berpuashati. Inilah yang menjadi punca kepada perselisihan dan persengketaan sesama pemilik tanah yang mempunyai isu garisan sempadan yang bertindih. Dan yang selalu menjadi mangsa keadaan adalah jurukur tanah yang membuat kerja ukuran tersebut.

CARA PENYELESAIAN YANG BOLEH TAPI TAK PATUT DIBUAT

Sekadar pemberitahuan kepada pihak yang tak berpuashati.

a.) Jikalau anda memilih untuk membuat laporan ke pejabat tanah daerah, pihak pejabat tanah daerah akan memanggil kedua-dua pemilik tanah memberikan butiran. Pada akhirnya pejabat tanah daerah akan menyuruh kedua-dua pemilik tanah melantik Jurukur Tanah berkelayakan untuk membuat ukuran pengesahan.

b.) Jikalau anda memilih untuk membuat laporan polis, pihak polis pun tidak tahu dimana kedudukan garisan sempadan yang betul. Pada akhirnya pihak polis juga akan meminta kedua-dua pemilik tanah melantik Jurukur Tanah berkelayakan untuk membuat ukuran pengesahan.

c.) Jikalau anda memilih untuk membuat kes tuntutan undang-undang melalui peguam ke mahkamah. Pada akhirnya pihak mahkamah sendiri akan menyuruh kedua-dua pemilik tanah melantik Jurukur Tanah berkelayakan untuk membuat ukuran pengesahan.

Ketiga-tiga pilihan di atas memang boleh dibuat tetapi tidak patut dibuat sebab pada akhirnya selain daripada faktor memakan masa panjang, kos yang tinggi juga perlu dikeluarkan oleh pemilik tanah untuk mengupah peguam, membayar kos perbicaraan mahkamah dan membayar juga kepada pihak Jurukur Tanah yang akan membuat ukuran pengesahan. Dan secara tidak langsung walaupun selepas isu garisan sempadan bertindih ini dapat diselesaikan, persengketaan sesama pemilik tanah tetap akan berlanjutan.

CARA PENYELESAIAN YANG BETUL DAN AMAN

Jikalau selepas seorang pemilik tanah mengupah jurukur tanah (1) untuk membuat tandaan sempadan tanah hakmiliknya. Jika ada mana-mana pemilik tanah lain atau jiran sebelah yang tidak berpuashati dengan kedudukan tanda yang telah dibuat, apa yang boleh dan sepatutnya dibuat adalah.

1.) Pihak yang tidak berpuashati perlu melantik jurukur tanah (2) yang lain untuk membuat ukuran semakan bagi pihaknya

2.) Selepas ukuran semakan oleh jurukur tanah (2) dibuat, kedua-dua pemilik tanah boleh segera menyelesaikan isu garisan sempadan bertindih jika ukuran semakan tidak menemui apa-apa kesalahan pada tanda yang telah dibuat oleh jurukur tanah (1) sebelum itu

3.) Tetapi jikalau selepas ukuran semakan oleh jurukur tanah (2) dibuat didapati tanda sempadan berada pada lokasi yang tak sama dengan tanda oleh jurukur tanah (1). Kedua-dua pihak jurukur tanah boleh membuat ukuran bersama ( joint survey ) untuk membuat semakan semula ke atas dua-dua tanda yang berada di lokasi berlainan tersebut. Jikalau ukuran semakan kali ketiga berada sama lokasi dengan mana-mana satu daripada 2 tanda awal maka itulah yang mesti diterima dan digunapakai sebagai tanda sempadan yang betul bagi menyelesaikan isu garisan sempadan bertindih tersebut

4.) Dan sebagai opsyen pilihan, kedua-dua pemilik tanah boleh juga berkongsi kos dengan melantik jurukur tanah yang berkecuali ( 3rd party ) untuk membuat ukuran semula penandaan sempadan tanah yang dipertikaikan sebelum itu. Apa saja hasil daripada ukuran oleh jurukur tanah yang berkecuali ini mestilah diterima sebagai penyelesaian kepada isu yang menjadi punca pertikaian.

Penyelesaian secara begini bukan sahaja merupakan cara yang betul tetapi cara begini juga boleh mengelakkan isu berpanjangan dan tanpa perlu membabitkan mana-mana pihak berkuasa serta kos tambahan yang tinggi jika membabitkan tuntutan undang-undang. Selepas selesai isu, kedua-dua pemilik tanah juga boleh berdamai dan melupakan persengketaan yang pernah terjadi sebelum itu.

Tetapi ini hanyalah sekadar satu cadangan dari hasil pengalaman penulis sahaja. Apa saja keputusan dan tindakan yang akan dibuat oleh pihak yang tidak berpuashati, itu adalah hak anda. Tanah anda, duit anda, terp**anglah pada anda nak buat apa pun.

CUMA SATU SAHAJA YANG SAYA NAK NASIHATKAN, SEBELUM NAK BUAT APA-APA PEMBANGUNAN DI ATAS TAPAK TANAH, JIKALAU SEMPADAN TANAH ITU MASIH TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG TANDA YANG JELAS DAN TEPAT JANGANLAH TERLALU BERKIRA SANGAT. UPAH DAN LANTIKLAH MANA-MANA JURUKUR TANAH BUATKAN UKURAN SEMAKAN DAN PENANDAAN SEMPADAN TANAH ITU TERLEBIH DAHULU.

SATU LANGKAH YANG BIJAK DAN SEPATUTNYA DIBUAT. JANGAN SAMPAI BILA TERJADI ISU SEMPADAN DENGAN JIRAN BARU NAK CARI JURUKUR TANAH. ANDAI BETUL MEMANG SUDAH TERJADI PERLANGGARAN SEMPADAN SELEPAS KERJA PEMBINAAN DAH DIBUAT KERUGIAN YANG BAKAL DITANGGUNG AMATLAH BESAR DAN SANGAT-SANGAT MEMBEBANKAN.

PERCAYALAH....

( foto sekadar hiasan )

TANDA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN TANAH  Perlu anda tahu kerja atau tugas seorang juru ukur tanah hanyalah menca...
13/09/2026

TANDA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN TANAH

Perlu anda tahu kerja atau tugas seorang juru ukur tanah hanyalah mencari dan menandakan semula sempadan tanah.

1.) Metod kerja : setiap juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Akui’ ( PA ) keluaran JUPEM bagi mencari atau menandakan semula sempadan lot. Bagi kerja tanda sempadan bahagian p**a juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Pembahagian Tanah’ yang telah sedia ada atau yang akan disediakan terlebih dahulu jikalau masih belum ada lagi.

2.) Setiap juru ukur tanah tidak boleh pergi tandakan tanah anda dengan begitu sahaja tanpa membuat persediaan dan mendapatkan informasi yang diperlukan atau cuma mengikut cakap dan tunjuk daripada pemilik tanah sahaja dengan tanpa merujuk kepada pelan-pelan yang dinyatakan di atas.

3.) Dan tugas juru ukur tanah hanyalah sekadar menandakan sahaja dimanakah terletaknya kedudukan yang sebenar sempadan tanah anda berada.

4.) Tugas menjaga setiap tanda sempadan yang telah ditandakan bukanlah tanggungjawap juru ukur tanah tetapi itu adalah tanggungjawap pemilik tanah itu sendiri dalam memastikan setiap tanda itu selamat dan tidak hilang.

5.) Pihak Kerajaan melalui Pejabat Tanah Daerah hanya akan menandakan sempadan lot sahaja dengan batu sempadan tetapi sempadan bahagian tanah setiap pemilik yang berkongsi hakmilik dalam satu lot yang sama tidak akan ditandakan dengan apa-apa pun.

6.) Setiap pemilik tanah yang ada hakmilik perlu menandakan sendiri bahagian tanah masing-masing setelah kedudukan setiap bahagian dipersetujui oleh semua pemilik tanah terlebih dahulu dengan disediakan satu ‘Pelan Pembahagian Tanah’. Satu pelan yang sama perlulah digunakan oleh semua pemilik tanah daripada mula dikeluarkan sampailah bila-bila pun selagi tidak ada sebarang perubahan atau pindaan dibuat ke atas pelan yang telah disediakan itu. Tetapi sempadan bahagian tanah masing-masing tidaklah boleh ditandakan dengan batu sempadan yang sama seperti yang kerajaan telah tandakan bagi sempadan lot.

7.) Jenis penanda yang boleh digunakan adalah mengikut kesesuaian tempat tanda tersebut berada. Jika atas tanah boleh gunakan paip besi, paip pvc atau paku dengan kayu piket. Jika atas jalan tar, lantai simen atau tembok batu serta tanah berbatu yang keras gunakan paku besi anti karat, paku payung, paku dengan simen atau iron spike. Manakala kalau di dalam parit, sungai atau tanah paya yang dalam bergantung kepada keadaan mungkin tidak dapat ditandakan dengan apa-apa pun. Dan di dalam pelan sempadan itu akan ditandakan dengan ‘TT’.

8.) Dan yang terakhir yang perlu pemilik tanah fahami dan sedari adalah apabila telah siap dibuat kerja tandaan sempadan di atas tanah maka tugas juru ukur tanah itu sudah pun selesai sudah. Jikalau lain kali tanda-tanda itu tercabut, rosak atau hilang itu bukan lagi termasuk dalam tugas juru ukur tanah yang telah disiapkan dahulu. Jikalau pemilik tanah mahu juru ukur tanah pergi tandakan semula setiap tanda yang telah rosak, tercabut atau hilang maka itu perlulah dikira sebagai satu kerja yang baru dengan harga yang baru.

CADANGAN TIANG PAGAR BATU

CADANGAN TIANG KONKRIT PAIP PVC

( RUJUK KEPADA FOTO LAMPIRAN )

Jadi bagi memastikan setiap tanda itu tidak hilang atau untuk memudahkan pencarian kedudukan setiap tanda sempadan yang telah juru ukur tanah tandakan di atas tanah, s**a kami cadangkan pemilik tanah buatlah salah satu daripada contoh yang kami berikan di dalam foto lampiran mengikut kesesuaian lokasi. Tidaklah nanti tanda sempadan itu hilang dan pemilik tanah perlu upah juru ukur tanah datang tandakan sekali lagi. Tidaklah nanti jadi membazir duit sahaja perlu berkali kali tandakan tanda di tempat yang sama bila untuk tandakan sempadan tanah buat pertama kali pun pemilik tanah dah buat ‘anggapan’ bahawa kos untuk ukur tanah adalah mahal.

Bagi kami p**a setiap harga yang diberikan adalah termasuk sekali dengan semua keperluan untuk kerja dan kos pengeluaran yang perlu kami keluarkan bagi membuat persediaan, mencari dan membeli informasi yang diperlukan, barangan kerja serta pelan yang perlu disediakan, peralatan mengukur, kenderaan, kos minyak dan tol perjalanan pergi dan balik, makan minum serta gaji pekerja untuk satu pas**an ukur tanah yang perlu dihantar untuk membuat kerja tersebut.

Disebabkan itulah kami mempunyai satu harga paling minima bagi membuat satu kerja ukur tanah mengikut kawasan tertentu tak kiralah sama ada tanah yang nak di ukur tersebut hanya luas satu tapak rumah atau pun satu tapak parkir kereta sahaja. Bila luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada tambahan harga yang akan dikenakan. Begitu jugalah jika ada faktor halangan yang akan menyusahkan kami membuat kerja seperti tanah berbukit, hutan belukar berpokok, semak samun, tanah berpaya atau tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke lokasi tapak tanah yang perlu di ukur maka akan ada kos tambahan yang perlu ditambahkan ke dalam harga untuk kerja ukur tanah tersebut.

HARAP MAKLUM TERIMA KASIH

-----------------------------------------------------

Jurukur Tanah Klang @ 2026

Setiap juru ukur tanah mesti pernah ada pengalaman begini...Sewaktu kami baru sahaja tandakan sempadan tanah pemilik yan...
11/09/2026

Setiap juru ukur tanah mesti pernah ada pengalaman begini...

Sewaktu kami baru sahaja tandakan sempadan tanah pemilik yang upah kami, datang seorang jiran sebelah. Tanpa bagi salam dia kata "Aiiiikk.... kat sini p**a. Dulu kat tempat lain". Dia tambah lagi "Dah 5x ukur 5 tempat lain2. Semua tak sama tempat".

Kami pun menjawap "Oh iya ka tak sama tempat, boleh tak tunjuk kami yang dulu ukur ada kat mana dan boleh tak pinjamkan pelan dia untuk kami semak kenapa tak sama". Dengar pasal pelan terus dia diam tak cakap apa2 kemudian kami tambah lagi "Kalau dah 5x ukur heran juga kenapa 1 tanda yang lama 1 pun kami tak jumpa".

Dan ayat last yang terus buatkan dia angkat kaki jalan pergi jauh dari kami. "Kalaulah waktu kali pertama ukur tanda dulu tuan tanah jaga baik2 tanda sempadan tu jangan sampai hilang atau tercabut buang tak perlulah sampai 5x kena ukur semula. Membazir duit saja upah ukur sampai 5x duit upah tu dah boleh buat pasang pagar keliling tanah kot. Upah ukur tanah ni kan ramai orang kata mahal. Lepas ni jagalah baik2 tanda ni jangan nanti kena upah ukur kali ke 6 p**ak..." Jiran sebelah tu pun terus jalan pergi tanpa bagi salam juga macam mana dia datang tadi.... 🤣🤣🤣

Jadi kepada pemilik tanah s**a kami cadangkan jagalah tanda sempadan yang telah kami tandakan. Kerja kami hanyalah "tandakan sahaja" bukan kerja kami "jaga tanda" atau kalau hilang kami kena pergi tandakan semula kali ke 2 secara percuma. Tuan tanahlah yang kena jaga setiap tanda yang telah kami tandakan atas tanah.

Kalau boleh dan kalau sesuai dengan kawasan, buatlah salah satu daripada contoh cadangan kami seperti di dalam foto di bawah...

19/08/2026

Kerana hal yang macam inilah kami selalu nasihatkan pemilik tanah yang berurusan dengan kami kalau ada pencerobohan atau binaan haram atas tanah dia, 2 pihak saja yang patut dihubungi iaitu Pejabat Tanah Daerah atau peguam. Tak perlu libatkan polis sebab masalah tak akan selesai lebih2 lagi di daerah yang orang Melayu cuma minoriti seperti di Klang.

JUSTICE 4 💪💪💪

12/01/2026

Namanya BAP
Bantuan Awal Persekolahan
Dah buka sekolah pun tak dapat2 lagi
Tu belum sekolah tolak
yuran itu ini
Entah dapat atau kena tambah
Tak tau lagi ..🤔

Address

Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 12:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60123949064

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jurukur Tanah Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jurukur Tanah Klang:

Shortcuts

Share