Anaris Food

Anaris Food Anaris Food Sdn. Bhd. (1367398-K) adalah kilang pengeluar bahan kisar masakan pertama di Malaysia

Kilang kami adalah memproses bahan kisar & bawang kopek untuk restoran,catering,kedai makan & pasaraya..Jika anda ingin membuat produk bahan kisar (OEM) boleh hubungi Kami.

Dah nak masuk Ramadhan kan….
28/01/2026

Dah nak masuk Ramadhan kan….

Khas untuk anda yang berbelanja di Econsave Jangan lupa dapatkan bahan kisar Anaris Food di semua outlet Pasaraya Econsa...
10/10/2025

Khas untuk anda yang berbelanja di Econsave

Jangan lupa dapatkan bahan kisar Anaris Food di semua outlet Pasaraya Econsave di seluruh semenanjung Malaysia..

BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA PRODUK BAHAN KISAR ANARIS‼Syukur Alhamdulilah akhirnya produk bahan kisar Anaris akan berada ...
04/08/2025

BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA PRODUK BAHAN KISAR ANARIS‼

Syukur Alhamdulilah akhirnya produk bahan kisar Anaris akan berada di 21 outlet Mydin di Seluruh semenanjung Malaysia bermula september 2025

Kalau awak, saudara mara, kawan-kawan atau orang kampung awak yang berbelanja di Mydin jangan lupa dapatkan bahan kisar Anaris tau..Bagi tahu dan tag kawan-kawan awak supaya mereka dapat memudahkan masak di rumah

Selamat memasak dan berbelanja dengan bijak😘

PRODUK BAHAN KISAR ANARIS AKAN BERADA DI SEMUA OUTLET PASARAYA MEGABermula ogos 2025 produk bahan kisar Anaris akan bera...
19/07/2025

PRODUK BAHAN KISAR ANARIS AKAN BERADA DI SEMUA OUTLET PASARAYA MEGA

Bermula ogos 2025 produk bahan kisar Anaris akan berada di 22 outlet Pasaraya Mega di sekitar Muar, Segamat, Batu pahat, Melaka dan Gemencheh N9.. Pada penduduk sekitar daerah ini boleh share pada kawan-kawan, orang kampung supaya mereka dapat masak lebih mudah dan cepat..

Sebarang maklumat tentang produk Anaris anda boleh layari laman sesawang kami www.anarisfood.com.. Kami akan update dari masa ke semasa untuk anda semua lebih mudah untuk dapatkan bahan kisar Anaris.. Terima kasih kerana sentiasa support kami dari dulu hingga kini

"Aidiladha adalah masa untuk kita merenung kembali pengorbanan yang telah dilakukan. Semoga Allah menerima segala amal k...
06/06/2025

"Aidiladha adalah masa untuk kita merenung kembali pengorbanan yang telah dilakukan. Semoga Allah menerima segala amal kita dan memberi kekuatan untuk terus bertahan dalam setiap ujian hidup."

Cili kering kisar adalah bahan yang sering digunakan dalam masakan untuk memberikan rasa pedas dan warna merah yang cant...
30/05/2025

Cili kering kisar adalah bahan yang sering digunakan dalam masakan untuk memberikan rasa pedas dan warna merah yang cantik. Berikut adalah beberapa jenis masakan yang sesuai menggunakan cili kering kisar:

1. Sambal (Sambal Tumis)

Sambal tumis adalah salah satu hidangan paling popular yang menggunakan cili kering kisar. Anda boleh buat sambal tumis dengan bahan seperti bawang merah, bawang putih, serai, belacan, dan gula merah untuk memberikan rasa manis dan pedas yang seimbang.

2. Ayam Masak Merah

Dalam ayam masak merah, cili kering kisar digunakan untuk menghasilkan kuah merah yang pedas dan beraroma. Ia dicampur bersama bahan seperti tomato puri, gula, dan garam untuk menghasilkan rasa yang kaya.

3. Nasi Goreng Sambal

Nasi goreng sambal adalah pilihan yang mudah. Cili kering kisar digunakan untuk menumis bersama bahan-bahan lain seperti bawang putih, ikan bilis, dan sayur untuk memberikan nasi goreng rasa pedas dan berempah.

4. Ikan Masak Asam Pedas

Untuk ikan masak asam pedas, cili kering kisar boleh digunakan untuk menghasilkan kuah yang pedas dan asam, sesuai dengan rasa ikan yang segar. Biasanya disertakan dengan bahan seperti serai, lengkuas, dan asam jawa.

5. Laksam

Laksam adalah hidangan berasaskan mi yang disajikan dengan kuah santan dan sambal. Sambal yang pedas boleh dibuat dengan cili kering kisar untuk menambah rasa pedas dan keasaman pada hidangan ini.

6. Daging Masak Black Pepper atau Daging Masak Merah

Cili kering kisar boleh ditambah dalam masakan daging, seperti daging masak black pepper atau daging masak merah, untuk memberikan sedikit rasa pedas dan seimbang dengan rempah yang digunakan.

7. Kerabu (Salad Pedas)

Beberapa jenis kerabu seperti kerabu mangga atau kerabu udang boleh menggunakan cili kering kisar dalam bahan sambal untuk memberikan rasa pedas yang menggigit.

8. Gulai atau Kari

Cili kering kisar juga boleh digunakan dalam gulai atau kari, sama ada kari ayam, daging, atau ikan, untuk memberikan rasa pedas dan warna merah yang menggugah selera.

Adakah ada masakan tertentu yang anda ingin cuba guna cili kering kisar? Mungkin saya boleh bantu dengan resepi lebih terperinci.

Dukacita pada semua yang pernah dapatkan produk Anaris di LuLu HypermarketKami di maklumkan bahawa pihak Lulu hypermarke...
07/05/2025

Dukacita pada semua yang pernah dapatkan produk Anaris di LuLu Hypermarket

Kami di maklumkan bahawa pihak Lulu hypermarket telah menghentikan penjualan produk kami dan akan berakhir pada 15.5.2025

Kami tidak pasti sebab apa..Tapi kami di pahamkan beberapa outlet Lulu Hypermarket di Malaysia telah pun di tutup dan yang terakhir di Jakel Mall Kuala Lumpur Ini masih tiada apa² informasi

Kami di pahamkan Lulu Hypermarket di indonesia sudah tutup sepenuhnya..Kita tunggu update dari pihak pengurusan Lulu Hypermarket

Sebarang maklumat tentang produk kami boleh WhatsApp kami 016-640 9600

30/04/2025

🍛 Resepi Nasi Beriyani Ayam (Untuk 4-6 orang)

Bahan-Bahan Nasi:
- 3 cawan beras basmati – rendam 30 minit dan toskan
- 4 cawan air (boleh kurangkan jika beras tak perlu banyak air)
- 2 sudu besar minyak sapi (atau minyak masak biasa)
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 biji bawang besar – hiris
- 2 ulas bawang putih – cincang
- 1 inci halia – cincang
- 1 helai daun bay
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 biji cengkih
- 1 kiub pati ayam
- Pewarna kuning/oren (pilihan)
- Kismis dan gajus (jika s**a)
- Daun ketumbar dan daun pudina (jika ada)

Bahan-Bahan Ayam Beriyani:
- 1 ekor ayam – potong 8 atau 12
- 1 cawan yogurt asli
- 1 biji bawang besar – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 inci halia – kisar
- 2 sudu besar rempah beriyani (boleh beli yang siap)
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu kecil serbuk cili (ikut tahap pedas)
- 1/2 cawan susu cair atau santan cair
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis

Cara-Cara Masak Ayam Beriyani:

1. Perap ayam dengan yogurt, bawang, bawang putih, halia, rempah beriyani, serbuk kari dan serbuk cili sekurang-kurangnya 1 jam.
2. Tumis bawang besar, daun bay, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang diperap, gaul rata. Masak hingga ayam separuh masak.
4. Masukkan susu cair, garam dan sedikit gula. Biarkan kuah pekat sedikit dan ayam masak sepenuhnya.

---

Cara-Cara Masak Nasi Beriyani:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan rempah seperti kayu manis, bunga lawang, pelaga, dan cengkih.
3. Masukkan beras basmati yang telah ditos. Gaul rata dan tambah air secukupnya.
4. Letak sedikit garam dan kiub pati ayam. Masak seperti biasa (dalam periuk atau rice cooker).
5. Bila nasi hampir masak, titiskan pewarna kuning di atas nasi (tidak perlu kacau untuk hasilkan warna bertompok).
6. Bila nasi masak sepenuhnya, boleh tabur kismis, gajus goreng, daun ketumbar dan pudina sebagai hiasan.

---

Cara Hidang:
Susun ayam beriyani di atas nasi, siram sedikit kuah di atas untuk tambah rasa. Hidangkan dengan acar timun, dalca, atau papadom.

BERITA BAIK UNTUK ORANG MELAKA‼Ada ke followers Anaris yang stay di Melaka? Kami ada berita baik untuk warga Melaka.. Pr...
24/04/2025

BERITA BAIK UNTUK ORANG MELAKA‼

Ada ke followers Anaris yang stay di Melaka? Kami ada berita baik untuk warga Melaka.. Produk bahan kisar Anaris akan berada di semua outlet Family Store Melaka bermula bulan Mei ini

Jika anda nak mudah masak mengunakan produk bahan kisar Anaris Food anda boleh hebahkan kepada semua rakyat Melaka..Jangan lupa share ye

22/04/2025

Ada orang Melaka tak followers Anaris, Cuba klik "LIKE" dan komen anda dari area mana contoh "Saya Dari Ayer Keroh"

Kepada Semua Pengguna Produk AnarisJika anda nak dapatkan info tentang produk Anaris, di mana hendak dapatkan di pasaray...
09/04/2025

Kepada Semua Pengguna Produk Anaris

Jika anda nak dapatkan info tentang produk Anaris, di mana hendak dapatkan di pasaraya, kedai runcit dan E-commerce boleh follow Channel whatsapp di bawah

‎Follow the Anaris Food Malaysia channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VaLvcn2JkK7Ildwso80N

fans

Address

16 Jalan Kedondong 1 Taman Suria
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60166409600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anaris Food posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Anaris Food:

Share

Category