03/07/2023
TOLONG LARI JAUH - JAUH !!!
1. Bilamana dijanjikan keuntungan setiap bulan. "Ko ambillah pakej Gold RM2500, baru lah untung banyak sikit. Nanti ko akan dapat balik RM12,000." Guys, trust investment, ASB pon tak bagi macam ni ye.
2. Bila perlu kawan cari kawan. Dan kawan-kawan kena cari kawan. Ahh sudah jadi system piramid plak.
" Ko cari lah banyak orang sikit. Pujuk orang tu datang dengar
talk aku. Nanti dia masuk ko juga yang untung."
3. Bila dapat panggilan telefon dan di offer personal loan untuk kambus hutang-hutang, boleh buat untuk investment & lain-lain lagi.
"Helo, boleh saya bercakap dengan En ###. Saya dari syarikat pembiayaan under bank ###. Kami ada tawarkan kan personal loan sebanyak RM 200K. Kita boleh bantu En untuk memohon." - Yang ni bukan membantu dah, ni menjurus kita ke lembah, jurang hutang dah ni.
4. Bila tengok orang trade untung sampai ribu riban, juta jutaan. Tayang kereta mewah2, naik pesawat peribadi, show duit kepok-kepok atas riba. Guys, please aware ye benda2 macam ni. Sekarang banyak orang buat content untuk tarik leads & audiance untuk percaya dia je.
📌 Poknik nak pesan, apa2 yang you all nak buat, fikir dahulu. Penuhi ilmu di dada dan paham segala isi apa yang you belajar.
🔑 Kunci dia ialah ILMU. Nak buat investment ke, nak buat hartanah ke, nak buat Unit Trust ke, atau nak run bisnes ke. Kalau ilmu penuh di dada no hal lah. Jalan terus. Don't looking back, move forward to achieved your goal.