15/05/2025
BEZA ANTARA BUSKING, RESTO GIG DAN FUNCTION
Tidak semua persembahan muzik itu sama.
Ada orang tanya,
"Kenapa perform di majlis mahal, padahal band sama juga main di restoran atau tepi jalan?"
Sebenarnya, beza dia bukan setakat lagu yang dimainkan.
Ia terletak pada komitmen, persediaan, lokasi dan tanggungjawab yang sangat berbeza.
1. BUSKING (Persembahan Terbuka)
Busking ialah seni persembahan yang dibuat di tempat awam seperti kaki lima, pasar malam, taman atau dataran.
Tiada kontrak. Tiada bayaran tetap.
Penonton bagi tip secara sukarela.
Tujuannya ialah untuk hiburan terbuka, ekspresi seni bebas dan ruang cari rezeki atau exposure.
Contoh busking termasuk penyanyi jalanan, pemain alat muzik, penari, human statue, magician, pelukis potret, beatboxer dan banyak lagi.
Busking ada dua jenis bayaran:
Tip-Based (tradisional):
Tiada bayaran tetap. Hanya bergantung kepada tip orang ramai.
Pendapatan boleh jadi kosong atau ratusan sehari, ikut tempat dan rezeki.
Slot-Based (paid busking):
Jemputan ke mall, café, food court atau tapak karnival.
Persembahan diberi slot waktu dan dibayar antara RM500 hingga RM1000 (atau lebih)
Setup masih ringkas dan suasana masih terbuka.
2. RESTO GIG (Persembahan di Restoran atau Kafe)
Resto gig ialah persembahan muzik live dalam restoran, café atau lounge.
Dijemput oleh pengurus tempat untuk hiburkan pelanggan.
Tujuannya bukan untuk show utama.
Lebih kepada suasana santai semasa orang makan dan lepak.
Biasanya guna band dua atau tiga orang.
Setup simple seperti gitar, cajon dan satu dua mikrofon.
Persembahan dua hingga tiga jam.
Tiada rundown atau momen penting.
Pakaian bebas.
Bayaran sekitar RM500 hingga RM1000 (atau lebih.)
Kadang-kadang termasuk makan atau minuman.
Resto gig juga penting sebagai ruang latihan dan platform untuk pemuzik bina stamina dan exposure.
3. FUNCTION (Majlis Rasmi)
Function ialah persembahan muzik untuk majlis rasmi.
Contohnya wedding, dinner gala, birthday khas, engagement, launching produk dan sebagainya.
Persembahan ini perlu lebih teratur dan berkualiti.
Ada rundown majlis.
Perlu datang awal untuk setup dan soundcheck.
Guna PA system lengkap.
Kadang-kadang melibatkan kru teknikal dan sound engineer.
Persembahan kena ikut masa dan suasana.
Dresscode formal.
Kualiti audio dan persembahan mesti dijaga dengan rapi.
Function ada risiko tinggi.
Kalau salah timing atau salah lagu, boleh rosakkan suasana majlis.
Bayaran bermula sekitar RM3000 ke atas bergantung kepada jumlah kru, alat, lokasi dan durasi event.
Macam mana p**a kalau birthday atau majlis kecil?
Kalau ada jemputan, momen penting dan harapan dari penganjur, itu tetap dikira function.
Setup boleh akustik.
Band dua atau tiga orang.
PA kecil.
Bayaran antara RM1000 hingga RM2500.
Tetapi tetap bukan kategori busking.
RINGKASAN
Busking
Tempat awam
Bayaran tips (tabung)
Setup ringan
Sesi terbuka.
Resto gig
Café atau restoran
Bayaran RM500 atau lebih
Setup akustik kecil
Suasana santai.
Function/Event
Majlis rasmi
Bayaran RM3000 ke atas
Setup lengkap
Persembahan profesional dan terancang.
KESIMPULAN
Setiap jenis persembahan ada nilai dan peranannya.
Jangan samakan harga busker dengan band yang perform untuk majlis.
Apa yang dibayar bukan hanya lagu, tapi juga masa, tanggungjawab, kualiti dan keseluruhan proses kerja di belakangnya.Sebelum,Semasa dan Selepas.
Hormat seni. Faham proses. Bayar ikut keperluan.