12/10/2026
𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗜𝗖𝗨𝗥𝗘 & 𝗣𝗘𝗗𝗜𝗖𝗨𝗥𝗘 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗨𝗔𝗥𝗔𝗡
📅 11 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Navita Multipurpose Hall, Tamparuli Point
𝗣𝗮𝗿𝘁 𝟭
Alhamdulillah, Kursus Kemahiran Manicure & Pedicure anjuran Persatuan Wanita Tuaran (PWT) dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) telah berlangsung dengan jayanya. Kursus ini telah dirasmikan oleh Kaunselor Persatuan Wanita Tuaran, Cikgu Lily Johnny @ Sofiah Hj. Johari dan Presiden Persatuan Wanita Tuaran, Puan Liliana Tangkis.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang penjagaan kuku, di samping membuka peluang untuk menambah ilmu, membina keyakinan diri dan menjana pendapatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada Persatuan Wanita Tuaran untuk menganjurkan program ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada tenaga pengajar Iaitu Miss Orlynn Jane Oscar bersama dua orang pembantu iaitu Kylie Dominic dan Puan Viara Michael atas komitmen, tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada para peserta sepanjang kursus berlangsung.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi langkah ke arah memperkasa wanita, meningkatkan keyakinan diri dan membuka peluang ekonomi yang lebih baik.
Wanita Berkemahiran, Wanita Berdaya Saing!