26/08/2026
πππππππ ππππππππ & πππππππππππ πππππππππππ ππππππππ ππ ππππππ πππ πππππππππ ππππ ππππππππ | ππππ ππππ ππππ
Alhamdulillah, saya bersama En. Solehan daripada Pasukan Amal Prihatin Sabah telah berkesempatan hadir bersama YBhg. Datuk Dr. Mingu, Ahli Majlis Tertinggi USIA, bagi mengadakan satu sesi lawatan dan tinjauan ke Masjid SDA Bandaraya Kota Kinabalu.
Lawatan ini merupakan langkah awal dalam melihat potensi masjid ini untuk diperkasakan bukan sahaja sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai pusat pembangunan komuniti, keusahawanan, kemahiran dan aktiviti ekonomi masyarakat setempat.
Antara perancangan yang sedang ditinjau ialah:
1. Program Pemerkasaan Komuniti
Beberapa program berkaitan keusahawanan dan pembangunan kemahiran akan dirancang bagi membantu meningkatkan keupayaan ahli komuniti masjid serta membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan dan memperkukuhkan ekonomi keluarga. Program ini akan diselaraskan oleh Pasukan Amal Prihatin Sabah.
2. Penaiktarafan & Penyelenggaraan Masjid
Beberapa bahagian masjid turut akan dikenal pasti untuk tujuan penyelenggaraan dan penaiktarafan menerusi kapasiti USIA, dengan harapan dapat mewujudkan suasana yang lebih selesa, kemas, teratur dan kondusif untuk para jemaah serta komuniti.
3. Pasar / Tamu Mini Masjid
Antara idea yang turut diketengahkan adalah mewujudkan kawasan khas untuk pasar atau tamu mini di persekitaran masjid. Inisiatif ini diharapkan dapat membuka ruang kepada ahli komuniti yang ingin berniaga, bermula secara kecil-kecilan sebelum berpeluang mengembangkan perniagaan mereka.
4. Pusat Informasi & Kiosk Komuniti
Selain itu, terdapat cadangan untuk mewujudkan Pusat Informasi serta kiosk-kiosk khas bagi menghidupkan lagi kawasan masjid dan membuka ruang kepada aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang kepada pendapatan masjid.
Lebih jauh daripada itu, kita melihat potensi masjid ini untuk turut diketengahkan sebagai salah satu lokasi kunjungan komuniti dan pelancongan Islam di Kota Kinabalu, khususnya dengan adanya pusat informasi yang boleh memperkenalkan sejarah, aktiviti komuniti dan nilai-nilai Islam kepada para pengunjung, termasuk pelancong dari luar negara.
InsyaAllah, jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik, usaha ini bukan sahaja dapat mengimarahkan masjid, tetapi pada masa yang sama mampu menjadikan masjid sebagai sebuah pusat komuniti yang aktif, berdaya ekonomi dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Masjid bukan sekadar tempat untuk kita datang beribadah, tetapi juga boleh menjadi pusat penyatuan, pendidikan, pembangunan kemahiran, keusahawanan dan pemerkasaan ekonomi komuniti.
Semoga segala perancangan ini dipermudahkan dan dapat direalisasikan secara berperingkat dengan kerjasama semua pihak.
Memakmurkan masjid, memperkasakan komuniti, membina ekonomi ummah.
Ramzih Ruzin