Felda Sungai Mas Official

Felda Sungai Mas Official Menyampaikan maklumat terkini mengenai Felda dan berkaitan

28/04/2026
Ahad I 25 April 2026 Semalam berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Johor di perantauan(Generasi FELDA da...
28/04/2026

Ahad I 25 April 2026

Semalam berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Johor di perantauan(Generasi FELDA dan Mahasiswa) bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Selangor. Majlis ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

Komitmen turut dizahirkan melalui peruntukan signifikan sebanyak RM106.32 juta bagi pelaksanaan 18 inisiatif melibatkan mahasiswa serta Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), manakala sejumlah RM13.6 juta p**a diperuntukkan bagi pelaksanaan 10 inisiatif khusus untuk warga FELDA di Johor bagi tahun ini.

Turut hadir, YBhg Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Timbalan Menteri FELDA, YBhg. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Kepimpinan FELDA Wilayah Johor Bahru dan FELDA Wilayah Segamat.

Sambutan berjaya menghimpunkan lebih 6,000 rakyat Johor di luar negeri Johor yang secara tidak langsung memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat Bangsa Johor walau berada jauh dari tanah kelahiran.

Onn Hafiz Ghazi
Zahari Sarip.
Aznan Tamin
Fauziah Misri - Adun Penawar
Norliza Noh

FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
FELDA Wilayah Segamat - RASMI




📸  ANAK JOHOR DI PERANTAUAN MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA MENTERI BESAR JOHORMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitr...
28/04/2026

📸 ANAK JOHOR DI PERANTAUAN MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Johor di Perantauan berlangsung dalam suasana penuh meriah, diwarnai dengan keceriaan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga FELDA dan mahasiswa Anak Johor di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, majlis dimulai dengan sesi penerangan dan tayangan video Agenda Maju Johor diikuti gimik penyerahan cek cura sumbangan, jamuan makan tengah hari serta persembahan artis terkenal antaranya Mawi, Naqiu, Amira Othman dan Irfan Haris.

Turut hadir, YB Dato’ Zahari Sarip., Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor; YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah - HMS, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor serta YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.








Marhaban Raya Ketua Block GPW Day-1 ♥️
02/04/2026

Marhaban Raya Ketua Block GPW Day-1 ♥️

Pemyerahan set kelengkapan Program Selamat Datang Me Sekolah (SDKS) 2026 SK LKTP Sungai Mas.
02/04/2026

Pemyerahan set kelengkapan Program Selamat Datang Me Sekolah (SDKS) 2026 SK LKTP Sungai Mas.

02/04/2026

Tahniah dan syabas kepada 49,647 calon Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2025 di Negeri Johor atas usaha dan ketekunan sepanjang menempuh peperiksaan penting ini.

Syukur Alhamdulillah, Negeri Johor terus mencatatkan pencapaian membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN) SPM 2025 mencatatkan 4.28, meningkat sebanyak 0.08 mata berbanding 4.36 pada tahun 2024, sekali gus mengatasi Gred Purata Kebangsaan iaitu 4.42.

Selain itu, 95.00% calon layak menerima sijil, melibatkan seramai 40,121 calon, meningkat berbanding 94.50% pada tahun sebelumnya. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak Bangsa Johor terus diperkasa.

Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik serta para ibu bapa yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, bimbingan dan sokongan kepada para pelajar.

Saya menyeru para pelajar yang berjaya agar terus melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi serta memanfaatkan peluang pendidikan dan kemahiran yang ada, demi melahirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan berdaya saing untuk memacu pembangunan negeri Johor.

Kepada calon yang mungkin belum memperoleh keputusan seperti yang diharapkan, jangan berputus asa. Kejayaan tidak terhad kepada satu laluan sahaja, masih banyak ruang dan peluang untuk melangkah ke hadapan, mengikut potensi dan kekuatan masing-masing.

Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan, dan bagi yang belum berjaya, jadikan ia sebagai titik permulaan untuk bangkit dengan semangat baharu. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

Majlis Penyerahan Selamat Datang Ke Sekolah (SDKS) 2026 bagi SK FELDA Sungai Mas.Terima kasih diucapkan kepada guru-guru...
01/04/2026

Majlis Penyerahan Selamat Datang Ke Sekolah (SDKS) 2026 bagi SK FELDA Sungai Mas.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Dan ibu bapa yang berkerjasama memudahkan proses SDKS sehingga selesaindiserahkan kepada penerima yang layak.

Kami dari pihak oengurusan mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar Tahun 1 ke alam persekolahan dan semoga barangan yang diterima dapat memberikan manfaat kepada semua.

Mesyuarat GPW bil 02/2026 ♥️
01/04/2026

Mesyuarat GPW bil 02/2026 ♥️

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.K...
27/03/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.

Kepada anak-anak dan generasi FELDA Johor perantuan, terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Johor akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Generasi FELDA Johor Di Perantauan bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, sebagaimana ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
🕙 Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: The MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Sri Kembangan Selangor

👉 lPenyertaan adalah terhad, mohon tuan/puan SEGERA untuk membuat pendaftaran kehadiran melalui pautan berikut:
https://forms.gle/UdJAAKxLxwoKzoPf8

Yok seluruh anak dan generasi FELDA Johor di perantauan, kita sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dalam suasana penuh kemesraan, mengeratkan ukhuwah walau di mana jua kita berada. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi Cik Anis Hammani (Urusetia) di talian 017-7511531.

Semoga majlis ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan, memperluas jaringan dan menyatukan anak FELDA Johor di perantauan.

----

SEKRETARIAT MUAFAKAT FELDA NEGERI JOHOR




SALAM LEBARAN 1447H dari kami pengurusan FELDA & FPMSB SUNGAI MAS.Buat perantau yang p**ang ke kampung FELDA Sungai Mas ...
20/03/2026

SALAM LEBARAN 1447H dari kami pengurusan FELDA & FPMSB SUNGAI MAS.

Buat perantau yang p**ang ke kampung FELDA Sungai Mas di doakan agar perjalanan p**ang selamat Dan selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Semoga aidilfitri pada tahun ini mebawa seribu satu makna dan kesyukuran kepada kita semua.

Malam raya pasang pelita,
Rumah terang berseri-seri;
Maaf ku pinta andai terluka,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨🎆

MESYUARAT KAKITANGAN FELDA DAN MESYUARAT KAKITANGAN FELDA DAN FPM FELDA SUNGAI MAS05 Feb 26 - Dua mesyuarat yang melibat...
05/02/2026

MESYUARAT KAKITANGAN FELDA DAN MESYUARAT KAKITANGAN FELDA DAN FPM FELDA SUNGAI MAS

05 Feb 26 - Dua mesyuarat yang melibatkan kakitangan FELDA & FPM FELDA Sungai Mas bagi membincangankan dan perkongsian gerak kerja semasa serta maklumat baharu pada pagi ini.

Address

Kota Tinggi
81930

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Sungai Mas Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Felda Sungai Mas Official:

Share