11/07/2023
๐ ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐๐ญ ๐๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐๐๐ง๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐
1๏ธโฃ Tentukan produk yang ingin dihasilkan
Produk yang bagus adalah produk yang menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna. atau merealisasikan sesuatu keinginan.
- Adakah produk kategori kehendak atau keperluan?
- Kadar persaingan?
- Kuasa beli pengguna?
- Trend produk terkini?
- Inovasi atau kelainan produk?
2๏ธโฃ Cari / Surrey kilang OEM
Selepas dah tahu nak buat produk apa, cari/surrey kilang yang boleh hasilkan produk tersebut. OEM Ventures sendiri pon kilang OEM juga. Tak perlu susah-susah nak cari. Kepakaran kami boleh menghasilkan produk kesihatan berasakan homeopathy, serbuk masakan ready to cook, serbuk minuman ready to use. Beritahu pada kilang OEM tersebut anda nak produk yang macam mana, kandungan dan manfaat produk. Kilang akan bantu hasilkan formulasi dan keluarkan untuk anda. Setiap kilang mempunyai kepakaran yang berbeza. Cuma anda perlu pilih kilang yang tepat untuk keluarkan produk anda.
3๏ธโฃ Set temujanji untuk berjumpa / berbincang
Hubungi nombor yang tertera pada facebook, instagram dan website kami atau kilang OEM. Jika sudah pastikan mereka boleh hasilkan produk anda, barulah anda set masa untuk berjumpa. Pastikan anda dapatkan nombor dari laman web rasmi kilang tersebut, jika salah boleh menimbulkan risiko anda berhadapan dengan scammer. Di dalam perbincangan, biasanya kita akan bincangkan mengenai formula, konsep, potensi pasaran, jenama, cadangan harga jualan, reka bentuk pembungkusan, sijil yang diinginkan dan anggran kos keseluruhan untuk menghasilkan produk tersebut.
4๏ธโฃ Sample
Selepas perbincangan dan anda yakin kilang OEM mampu menghasilkan produk anda, sample akan dihasilkan dan diberikan kepada anda untuk mencuba. Jika sample tersebut adalah custom-made, R&D perlu dijalankan untuk menghasilkan formula baru yang biasanya akan memakan masa sekitar 1-2 minggu. Jika perlu, sample akan dihasilkan secara berulang kali sehingga ianya mencapai rasa dan piawaian yang dikehendaki oleh pelanggan. Jika sample jenis ready-made, anda akan menggunakan sample dengan formulasi yang telah disediakan dan jika ada perubahan hanya dari segi rasa sahaja.
5๏ธโฃ Pengeluaran
Sebut harga akan dikeluarkan oleh pengilang. Setelah bersetuju dengan MOQ dan segala kos terlibat barulah proses pengeluaran akan mula dijalankan. Kos adalah sangat subjektif bergantung kepada jenis produk dan MOQ. Produk siap akan dihantar terus ke premis anda dan anda kini telah bersedia untuk bergelar PENGASAS PRODUK JENAMA SENDIRI dan memasarkan produk ke mana-mana sahaja yang anda mahukan.
Teringin nak buat produk jenama sendiri?
Apa tunggu lagi? Jom whatsapp laju laju :
Kat mana nak whatsapp? Tekan je link kat bawah ni.
๐ฝ๐ฝ๐ฝ๐ฝ๐ฝ
https://oemventureskk.wasap.my/
https://oemventureskk.wasap.my/
https://oemventureskk.wasap.my/