23/04/2022
"..Saya belajar bahawasanya untuk menjadi berani tidak semestinya perlu sempurna. Berani, tidak perlu sempurna tapi boleh menyempurnakan apa yang terkurang..." - Ini adalah sebahagian kata-kata yang saya selitkan dalam buku travelog saya selama tempoh bekerja + kembara di tiga buah negara di Afrika sepanjang 2021.
Kerana itulah buku travelog tersebut saya buat keputusan memilih tajuknya, "270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik : Antara Cinta, Cita-Cita & Covid". ( Rujuk link dari Biblio press tentang buku saya : https://lnkd.in/gMQrB9gh )
Dan, kisah sambungan buku travelog mungkin dibuat lagi kerana pada April 2022 saya telah diterbangkan semula ke benua ini, di negara Uganda untuk berkhidmat dengan sebuah syarikat kejuruteraan disini sempena projek minyak dan gas mereka yang sedang dibangunkan.
Tahun 2021 di terbangkan di musim pandemik untuk urusan kerja.
Tahun 2022 di terbangkan di bulan Ramadan yang mulia untuk juga urusan kerja.
Semoga apa yang saya belajar tentang "Energy Received, Energy Return" sewaktu saya bekerja dengan Petronas pada tahun 2007-2015, sedikit sebanyak memberi sumbangan kecil atau besar dalam bidang yang saya telah bergelumang selama ni dimana sahaja keberadaan yang ditetapkan Tuhan.
Salam Ramadan, sedikit sebanyak rindukan menu di Malaysia.
Ikhlas,
Nora Jane Wahab
Menulis dari Kampala, Uganda, Timur Afrika
20th April 2022