28/11/2023
15 Strategi Marketing Untuk Kedai Makan dan Restoran 2023
Konflik yang berterusan antara Russia dan Ukraine telah menyebabkan harga komoditi di seluruh dunia melonjak di tengah-tengah kebimbangan dan reaksi mendadak terhadap kemungkinan kejatuhan dari segi bekalan.
Ini kerana, kedua-dua negara adalah pengeluar utama, antara lain, minyak bunga matahari, gandum dan jagung.
Di Malaysia p**a, kenaikan mendadak harga barang keperluan asas seperti beras import dan harga ayam meresahkan peniaga dan pengguna terutamanya apabila tiada langkah proaktif yang diambil kerajaan setakat ini bagi menangani isu tersebut.
Bagi mendepani masalah ini, para pengusaha kedai makan dan restoran perlulah kreatif dalam mempromosikan bisnes mereka dalam menarik pelanggan untuk datang ke premis mereka.
Dibawah ini disenaraikan antara langkah yang boleh diambil dalam menarik pelanggan ke premis anda.
1. Market Research
-Jalankan kajian untuk memahami pasaran F&B setempat, target audiens dan pesaing
-Kenal pasti key trends, hidangan pop**ar dan demografik pelanggan
2. Mengoptimumkan Laman Web
Sangat-sangat digalakan business owner untuk memiliki laman web dalam mmpromosikan bisnes mereka. Sekarang pun harga servis dah makin murah untuk mengupah designer membuatnya.
-Pastikan website itu user-friendly dan mobile responsive
-Optimunkan website itu untuk carian tempatan dengan memasukan keywords yang berkaitan, maklumat perniagaan dan call-to-action button yang jelas
3. Local SEO
-Claim dan optimunkan listing business anda di Google My Business dengan maklumat yang tepat, high quality images dan customer reviews
-Melaksanakan strategi local SEO ini akan meningkatkan kedudukan di enjin carian bagi kata kunci yang berkaitan
4. Penggunaan Social Media
-Wujudkan kehadiran yang kuat di social media seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok
-Kongsi kandungan yang menarik perhatian pelawat dengan memaparkan gambar yang berkualiti tinggi dan pelbagai video menu
- Melibatkan diri(engage) dengan pelanggan melalui aktiviti undian, peraduan dan user-generated content
5. Content Marketing
Sekarang zaman content. Ini kita perlu kita terima dan sesuaikan diri dengan peredaran zaman. Kena terima hakikat. Kalau tak buat, kita akan tertinggal
-Bina kalendar content yang mengandungi blog post, video dan infografik mengenai trend makanan
-Gunakan konsep storytelling untuk cipta hubungan emosi dengan audiens
6. Email Marketing
Tak ramai business owner akan gunakan konsep ini. Tapi tak salah mencuba. "A customer database is an asset in business."
-Bina email lists melalui website dan store sign up
-Hantar newsletter secara berkala mengenai menu terkini, promosi dan special events.
7. Influencer Marketing
-Bekerjasama dengan local influencers atau food bloggers untuk mencipta content atau review
-Leveragekan audience mereka untuk mencipta "brand visibility and credibility"
8. Periklanan atas talian (online advertising)
-Gunakan iklan berbayar untuk target local audience di sosial media platform dan enjin carian
-Jalankan iklan promosi dan diskaun melalui kempen iklan online
9. Loyalty programs
-Laksanakan digital atau kad loyalty program untuk repeat customers
-Promosikan loyalty programs melalui social media dan email marketing
10. Online Ordering & Delivery
-Pastikan sistem online ordering yang berfungsi dengan baik dan lancar melalui website atau platform pihak ketiga
-Promosikan exclusive online diskaun atau free delivery untuk tempahan atas talian
11. Komuniti Engagement
-Turut serta dalam acara lokal komuniti dan penajaan
-Bekerjasama dengan pengusaha bisnes setempat untuk cross-promotions
12. Analytics & Monitoring
-Gunakan analytics tool untuk track website trafik, social media engagement dan online conversions
-Monitor online review dan respond dengan kadar segera kepada maklum balas pelanggan
13. Customer Feedback and Referral Program
-Galakkan dan pamerkan ulasan pelanggan yang positif.
-Melaksanakan program referral untuk memberi insentif kepada pelanggan sedia ada dengan merujuk rakan dan ahli keluarga mereka.
14. Kempen Bermusim
-Buat digital kempen semasa cuti perayaan, cuti sekolah dan acara lokal semasa
-Tawarkan item menu masa terhad atau promosi yang berkaitan dengan kempen.
15. Latihan dan Internal Marketing
- Latih kakitangan untuk mempromosikan tawaran digital, seperti pesanan dalam talian atau program kesetiaan.
- Gunakan papan tanda dalam kedai untuk menggalakkan pelanggan berhubung secara digital.
Sentiasa menilai prestasi setiap strategi, menyesuaikan diri dengan trend yang berubah-ubah, dan kekal terlibat dengan komuniti setempat untuk membina hubungan yang berkekalan.
Strategi pemasaran digital yang menyeluruh dan adaptif akan membantu perniagaan F&B berkembang maju dalam pasaran tempatan