22/05/2026
π»π¬πΉπ°π΄π¨ π²π¨πΊπ°π― π·π¬π«π°π²π΄π¨!
Bahagian Keselamatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Pendidikan Kekeluargaan dan Pembangunan Masyarakat (PEDIKMA) atas keprihatinan serta sumbangan barangan keperluan asas kepada warga Bahagian Keselamatan UPNM.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Prof. Datoβ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin selaku Pengerusi PEDIKMA sebagai tanda keprihatinan, kebersamaan dan semangat kebajikan terhadap staf keselamatan yang sentiasa komited menjalankan amanah serta tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan kampus sentiasa terpelihara.
Bahagian Keselamatan juga amat menghargai inisiatif murni ini yang jelas mencerminkan sokongan dan penghargaan terhadap peranan staf keselamatan sebagai barisan hadapan dalam perkhidmatan keselamatan kampus.
Semoga usaha seumpama ini dapat diteruskan dalam memperkukuh hubungan silaturahim, menyemai nilai kasih sayang serta mengeratkan semangat kebersamaan antara warga universiti dan komuniti luar.
Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada PEDIKMA atas segala sumbangan dan sokongan yang diberikan.