09/11/2024
Affiliate marketing di TikTok boleh jadi powerful bagi usahawan yang nak tambah income tanpa merosakkan atau menjejaskan imej brand mereka. Tapi untuk buat ni dengan bijak, ada beberapa cara yang boleh usahawan ikut supaya strategi affiliate mereka selari dengan identiti dan value brand. Jom tengok beberapa tips ni:
1. Pilih Produk yang Berkaitan
Sebagai usahawan, pilih produk affiliate yang ada kena-mengena dengan brand atau niche perniagaan anda. Contohnya, kalau anda jual tudung, cari produk kecantikan atau fesyen yang relevan. Dengan cara ni, produk yang anda promosikan lebih serasi dengan followers anda dan tak rasa macam “terlalu jualan”.
2. Kawal Gaya Content
Pastikan gaya content affiliate yang anda buat kekal konsisten dengan identiti brand. Buat video yang nampak genuine dan berkait, bukannya terlampau “jual” atau iklan keras. Boleh juga gunakan teknik soft-selling—bincang pasal produk tu macam anda nak share sesuatu yang best dengan kawan, bukan semata-mata sebab nak jual.
3. Pilih Jenama Affiliate yang Selari dengan Value
Bila pilih affiliate, cari jenama yang selari dengan value dan standard brand anda. Kalau anda jual produk premium, tak sesuai nak promote barang murah yang tak berkualiti. Ingat, walaupun anda dapat komisen, kredibiliti anda dengan followers adalah lebih penting.
4. Jangan Paksa atau Terlampau Pushy
TikTok ni platform yang fun—orang datang nak tengok content yang santai. Kalau terlalu agresif mempromosikan produk affiliate, orang akan cepat muak. Cuma masukkan affiliate produk secara natural dalam video yang masih informatif atau entertaining.
5. Sediakan Disclosure
Ini cara yang pro dan kena buat untuk jaga transparency dan trust. Letak hashtag macam atau supaya followers tahu anda dapat komisen kalau mereka beli guna link anda. Ini bukan je ikut etika, tapi juga buat followers rasa lebih dihormati dan tak rasa ditipu.
6. Content Berfokus pada Nilai dan Penyelesaian
Instead of terus promote produk, fokus untuk tunjuk macam mana produk tu boleh bantu atau selesaikan masalah tertentu. Kalau produk affiliate tu memang boleh menyelesaikan masalah followers anda, mereka akan lebih tertarik untuk beli, dan ini menaikkan lagi kredibiliti brand anda.
7. Cuba Affiliate dalam Format Live
TikTok Live antara cara yang paling efektif. Semasa live, anda boleh buat sesi Q&A sambil promote produk affiliate. Format ni lebih casual dan interactive, so followers rasa lebih connect dengan anda, dan pada masa yang sama, mereka dapat tengok dan dengar faedah produk tu secara real-time.
Pendek kata, affiliate marketing dalam TikTok ni memang boleh buat usahawan generate extra income tanpa menjejaskan brand kalau dibuat dengan strategi yang tepat. Teruskan buat content yang genuine, berkualiti, dan tetap relevan dengan audiens, dan insyaAllah followers akan appreciate usaha anda!
TikTok Marketing Training di Hotel Sri Manja, Kuantan. Kita fokus kepada affiliate marketing.