17/08/2018
[ Tips Power Presentation ]
RAHSIA "SUPER POWER TOOLS MAMPU MILIK" UNTUK MEMUDAHKAN PRESENTATION ANDA
• Tahukah anda, ketika hari pembentangan anda, fokus 100% terhadap hari pembentangan sangat penting sebab itu akan memberi kesan kepada kualiti penyampaian maklumat yang ingin anda sampaikan.
• Perasan tak,
Sebenarnya kita sendiri yang jejaskan fokus kita.
• Masa bila ?
Masa kita tengah present tu, ada antara kita yang terpaksa duduk dekat dengan laptop untuk tekan butang "Next".
Jadi, tidakkah itu mengganggu fokus anda ?
• Apa penyelesaiannya ?
Anda perlu cari cara supaya anda mudah nak kawal slide anda.
• Bagaimana caranya ?
Gunakan "SUPER POWER TOOLS MAMPU MILIK" iaitu Mouse Wireless. Anda cuma perlu pegang Mouse Wireless anda ketika pembentangan, kemudian tekan "Left Click" untuk ke "Next slide". Mudah kan 😎
• Ini 4 langkah itu...
:: Step 1 : Pasang mouse wireless adaptor pada laptop/PC, on mouse wireless, dan buka slide presentation anda
:: Step 2 : Set slide kepada "Slide Show" (Shortcut = Tekan "F5")
:: Step 3 : Pegang mouse sambil melakukan pembentangan
:: Step 4 : Untuk ke Next slide, cuma perlu tekan "Left Click"
• Jadi, masa anda present nanti, anda boleh fokus 100% pembentangan dengan berada pada posisi yang selesa di tengah pentas pembentangan anda.
• Ya, ada yang akan guna Presenter Pointer Laser. Itu lebih baik. Harganya sekitar RM80-120. Jadi, kalau anda masih tak mampu nak milikinya, gunakanlah Mouse Wireless dahulu. Sebab mouse wireless boleh pinjam dengan kawan-kawan dulu. Oleh sebab itulah, SUPER POWER TOOLS ini mampu anda miliki.
Semoga berjaya 😎