17/12/2018
KENAPA ANAK ANDA MENGHADAPI MASALAH MATEMATIK?
Masalah matematik anak-anak hari ini adalah kelemahan KEFAHAMAN dan KONSEP ASAS matematik. Anak-anak diajar menghafal teori tanpa dimantapkan kefahaman di balik teori dan metodologi penyelesaian matematik. Kefahaman ini sangat penting kerana ia merupakan asas untuk memahami matematik dan menyelesaikan permasalahan matematik. Tanpa kefahaman asas yang kukuh, anak-anak akan hilang minat untuk belajar pelajaran matematik dan akan merasakan matematik adalah pelajaran yang s**ar difahami. Keadaan akan bertambah parah apabila anak-anak perlu mempelajari matematik yang lebih 'advanced' di peringkat sekolah Menengah dan Universiti.
KENAPA ANAK ANDA PERLU HADIR KURSUS INTENSIF DUA HARI INI?
Di dalam kursus intensif ini, fokus akan diberikan untuk memahami konsep asas sesuatu pelajaran matematik secara 'step by step' dan fasa demi fasa. Kaedah asosiasi digunakan untuk memantapkan kefahaman. Kaedah asosiasi menggunakan contoh-contoh dalam kehidupan sebenar seharian pelajar yang akan membuatkan pelajar faham asas matematik, faham bagaimana menggunakan ilmu matematik dalam kehidupan harian dan meminati matematik. Sekiranya pelajar faham asas matematik dalam apa saja pelajaran yang terdapat di dalam buku teks pelajar, pelajar akan dapat menyelesaikan apa saja permasalahan matematik dengan syarat pelajar mesti berterusan melatih diri untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik.
Bagi menggunakan kefahaman yang telah diperolehi dari kursus ini untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan atau menyelesaikan permasalahan matematik, pelajar akan dilatih secara latih tubi untuk menjalankan latihan-latihan matematik dalam suasana yang menyeronokkan.
Di dalam kursus ini juga akan didedahkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pelajar di dalam menjawab soalan matematik.
METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kaedah pengajaran adalah seperti berikut:
1. Penceritaan yang simple tapi berkesan dan menarik
2. Kaedah 'association' digunakan yang berkait rapat dengan kehidupan harian pelajar agar pelajaran mudah difahami dan dingati
3. Penggunakan alat bantuan mengajar yang berkesan
4. Latih tubi latihan-latihan matematik (hands-on) secara menyeronokkan
TENAGA PENGAJAR
Kursus intensif 2 hari ini akan dikelolakan oleh Puan Nor Aliza Abdul Latif berkelulusan Sarjana Muda Matematik dari University Of Houston, USA dan berkelulusan Sarjana di dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari UPM. Mempunyai lebih 20 tahun pengalaman mengendalikan berbagai sesi latihan dan motivasi untuk pelajar sekolah dan dewasa.
TEMPAT KURSUS
Kursus ini akan diadakan di
Dewan Seminar iRaudah
No. 258A, Jalan Bandar 12
Pusat Bandar Melawati
Taman Melawati
(Sebaris Bank Islam Taman Melawati dan atas Kedai Mentari Hijau Tingkat 1)
Dewan Seminar iRaudah berhawa dingin dan selesa untuk pelajar memahami apa yang diajarkan.
SASARAN PELAJAR
Kursus ini dibuka untuk pelajar di Darjah 4, 5 dan 6 di Sekolah Rendah. Pelajar-pelajar yang akan memasuki Darjah 4 pada tahun 2019 juga digalakkan menyertainya.
YURAN KURSUS
Yuran kursus adalah RM130 termasuk:-
1. Kursus selama 2 hari (9 pagi hingga 4 petang)
2. Makan Tengahari
3. Buku Latih-tubi
CARA MENDAFTAR
Untuk mendaftar;
1. Klik link Untuk daftar klik https://goo.gl/forms/naYVLq5Fo8BNYDVU2 dan daftar online
2. Bank in Yuran Kursus ke akaun maybank 5622 0962 8295 atas nama Raudhatul Ehsan
3. Hantar imej bukti pembayaran +60196241965 (Pn Nora) atau +60125832235 (En Faaiz)
4. Pihak kami akan sahkan pendaftaran
Daftar segera sebelum tempat penuh. Boleh juga terus hubungi no di bawah:
WA 0196241965 / 0125832235 hari ini.
Kursus adalah anjuran Naung Hikmah Global dengan kerjasama Raudhatul Ehsan
19 - 20 DIS 2018 (RABU DAN KHAMIS) DEWAN iRAUDAH, NO 258A JALAN BANDAR 12 PUSAT BANDAR MELAWATI