Nasihat Simpanan & Pengurusan Harta Pusaka

Nasihat Simpanan & Pengurusan Harta Pusaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nasihat Simpanan & Pengurusan Harta Pusaka, Consulting Agency, Suite 9. 03, 9th Floor, Tower 3, PJ 33, Jalan Semangat, Section 13, Kuala Lumpur.

  Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.Kepada semua cikgu-cikgu di luar sana, terima kasih atas dedikasi, kesabaran d...
16/05/2020

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.

Kepada semua cikgu-cikgu di luar sana, terima kasih atas dedikasi, kesabaran dan keikhlasan anda untuk memberikan ilmu sebagai panduan hidup kami semua 🥰🥰🥰

TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN - TZ
07/05/2020

TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN - TZ

TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN PERJANJIAN SEWA BELI (KONVENSIONAL DAN SHARIAH)

Merujuk kepada saranan Kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan Shariah), sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara ini.

Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut. Maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.

Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
6 Mei 2020

Pagi!!!! Hari ini tak payah   tau 😆 kot-kot la ada yang terlupa ataupun dah terbiasa dengan norma baharu bekerja dari ru...
01/05/2020

Pagi!!!! Hari ini tak payah tau 😆 kot-kot la ada yang terlupa ataupun dah terbiasa dengan norma baharu bekerja dari rumah. Luangkan masa untuk diri anda hari ini ok?! Selamat Hari Pekerja 😊

SIMPANAN KECEMASAN PENTING atau TIDAKMajoriti bila ditanya dah sediakan SIMPANAN KECEMASAN rata-rata mengatakan tiada la...
29/04/2020

SIMPANAN KECEMASAN PENTING atau TIDAK

Majoriti bila ditanya dah sediakan SIMPANAN KECEMASAN rata-rata mengatakan tiada lagi, kenapa pentingnya simpanan kecemasan ni yer?

Jom kita baca Artikel daripada Sinar Harian berkenaan SIMPANAN KECEMASAN ni..

Selain daripada simpanan, takaful juga salah satu instrument yang kita perlu titik beratkan.Antara KEPENTINGAN hibah tak...
27/04/2020

Selain daripada simpanan, takaful juga salah satu instrument yang kita perlu titik beratkan.

Antara KEPENTINGAN hibah takaful adalah seperti berikut:

08/08/2019

Selalu betul kita dengar, “Tak perlulah ambil Takaful ni. Allah kan ada. Dia-lah yang melindungi kita.”

Di sebuah kedai dobi berhampiran rumah saya, ada satu poster ayat Quran, surah Ali Imran ayat 173.

“...Cukuplah Allah menjadi Penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Ingatkan pasang ayat itu, tak perlukan lagi perlindungan. Rupanya ada 7 camera CCTV dipasang dan di mesin tukar duit, ada 1 camera yang menghala tepat ke muka.

Kedai dobi pun ada protection before berserah kepada Allah. Inikan p**a kita manusia biasa.

credit Hafizal SIXMA Group

Percaya atau tidak,Separuh daripada Pemandu Grab adalah ZOMBI!KES KEMATIAN MENGEJUT DI PETRONAS KLIADua hari lepas, Pema...
02/04/2019

Percaya atau tidak,
Separuh daripada Pemandu Grab adalah ZOMBI!
KES KEMATIAN MENGEJUT DI PETRONAS KLIA
Dua hari lepas, Pemandu Grab ditemui meninggal dunia di dalam kereta di stesen Petronas KLIA. Arwah ditemui oleh isterinya yang mencari suaminya setelah beliau tidak p**ang ke rumah seperti kebiasaannya.

Pun begitu, ianya tidak mendapat liputan media mahu pun perhatian daripada syarikat Grab, persatuan pemandu e-hailing dan juga kerajaan (Kementerian Pengangkutan) yang kini sedang rancak mewar-warkan penguatkuasaan pindaan Akta baharu e-hailing.

Punca kematian dikatakan akibat serangan jantung. Ini bukanlah kes pertama pemandu Grab meninggal dalam kenderaan akibat keracunan karbon monoksida dari kenderaan sendiri setelah keletihan memandu Grab.

Dan ini pastinya yang bukan yang terakhir..

Pemandu yang meninggal baru ini, masih muda. Arwah baru berumur 31 tahun, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang masih kecil.

Lebih dari separuh pemandu Grab di atas jalan raya adalah pemandu mengantuk tegar yang ibarat zombi bergerak memandu dalam keadaan separa sedar akibat keletihan dan mengantuk yang melampau.

*copy & paste dengan sedikit ubahsuai.

P/s: Hati-hati bawa grab. Semoga ada pengajaran.

Ni adalah lutut.. Perkongsian drpd Doktor sendiri***********************************  BERTARAF 1ST CLASS JANGAN HAPPY SA...
01/04/2019

Ni adalah lutut.. Perkongsian drpd Doktor sendiri

***********************************
BERTARAF 1ST CLASS JANGAN HAPPY SANGAT

Seorang doktor sedang laju berjalan kaki tetapi tangan dan mata khusyuk bermain handphone.
Tanpa disedari terpijak lubang yang tak sampai 5cm kedalamannya. Memanglah lubang tu kecil, tapi longkang disebelah dua meter dalamnya.

Seperti pokok yang tidak akan bergoncang jika tiada angin mahupun monyet, begitu juga doktor yang tidak akan jatuh jika tiada lubang.

Malang tidak berbau busuk seperti busuknya daki di dalam lipatan kulit celah leher doktor yang oncall 36 jam.Maka rebah lah doktor ke dalam longkang tersebut.

Mujur ada orang berdekatan ternampak kejadian tidak disangka-sangka itu.Malang sekali, lututnya kelihatan seperti kepala tanpa tempurung. Sudah lah berlekuk, tulang ketingnya juga patah riuk.

Masuklah beliau kedalam hospital di tempat kerjanya sendiri.

“Nasib baik aku kerja sini. Doktor nurse semua kenal aku. Dapat first class p**ak tu. Alhamdulillah.”

Bila tiba waktu, bersua muka dengan doktor pakar.

“Awak kena bayar dulu deposit sekurang-kurangnya RM10,000. Katil free tapi alatan luar tak free.”

Alamak. Simpanan pun tak pernah ada. Ingatkan di “Hospital Sendiri” semuanya percuma?

Akhirnya rawatan ditangguh. Diberi tarikh baru untuk pembedahan dengan syarat ”besi” sudah dibayar. Terpaksalah tunggu lagi berbulan-bulan.

Kerajaan dah banyak tolong, tapi jangan sampai diri sendiri sedikit pun tak mahu tanggung. Umpama dapat makan Wagyu Steak percuma, tapi masih mengharap orang ambilkan garpu dan suap ke mulut.

JPA akan bayar semula wang yang telah dikeluarkan. Tapi sanggup kah kita bayar dahulu dan settlekan prosedur yang merumitkan?

Ada yang tunggu hampir setahun. Ada yang dah kena serangan jantung dua tiga kali baru dapat masuk belon RM24,000. Itupun nasib baik hidup.

Duit claim oncall RM200 lambat masuk sebulan pun doktor dah bising.☝️ Apatah lagi duit berpuluh ribu?

Kesimp**annya : mulakanlah dengan pengurusan profil kewangan yang mantap. Kalau makcik jual pisang goreng tepi jalan pun boleh, doktor tak rasa malu ke?

Bantu kami dengan share status ini untuk menyebarkan awareness kepada masyarakat khususnya staff kerajaan!

Kredit : DrKhalifTakaful

Ada org cakap rugi bayar income tax lebih baik bayar insurans je..**********************************Saya ada☑️Insurans h...
27/03/2019

Ada org cakap rugi bayar income tax lebih baik bayar insurans je..

**********************************
Saya ada
☑️Insurans hayat
☑️Insurans perubatan

Klu anda nak juga boleh DM saya atau wasap www.wasap.my/60122210448

Promotion!!!PruBSN WARISAN🎁🎁🎁 Pelan Hibah Takaful yang sangat menarik✔ Pilihan komitmen dari 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun...
23/03/2019

Promotion!!!

PruBSN WARISAN

🎁🎁🎁 Pelan Hibah Takaful yang sangat menarik

✔ Pilihan komitmen dari 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, atau regular monthly contribution sehingga berumur 80 tahun

✔ Jika memilih payment term 5 tahun, pada hujung tahun ke-5 (selepas 60 bulan caruman), nilai tunai anda boleh mencecah 80-100% dari jumlah caruman anda, dan partial withdrawal juga dibenarkan 😱😱

✔Tanpa perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk membuka akaun hibah sehingga RM1.5 juta (hanya perlu normal health declaration sahaja) 👍🏼👍🏼

✔Sekiranya memilih term contribution 5 tahun, tahun ke-6 sudah tiada komitmen contribution, tetapi nilai tunai tetap akan meningkat (unjuran p**angan 200% dari jumlah sumbangan yg telah dibuat) 🤑🤑

❤ Aset tunai yang terkecuali dari Akta Probet 1959
❤ Aset tunai yang paling mudah dicairkan
❤ Tanpa perlu urusan Mahkamah
❤ Tanpa perlu campurtangan Amanah Raya
❤ Tanpa perlu pembahagian Faraid (Hibah bermaksud Hadiah, dan apabila akad tersebut sebagai Hibah, ianya sudah tidak perlu dibahagikan melalui Faraid)
❤ Liquidation process akan selesai dalam tempoh 60 hari (maksimun time frame)
❤ Sangat sesuai untuk family emergency financial backup

Pm saya untuk dapatkan produk yang terbaik di pasaran ini seawal hari ini ya sahabat2 sekalian.



Address

Suite 9. 03, 9th Floor, Tower 3, PJ 33, Jalan Semangat, Section 13
Kuala Lumpur
66100

Telephone

+60122210448

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasihat Simpanan & Pengurusan Harta Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share