Bioprofe - Bioprocess & Food Engineering

Bioprofe - Bioprocess & Food Engineering BioProfe Resources is a Malaysian company who provides consultancy services in Bioprocess & Food Eng Bioprocess & Food Engineering Consultant

Alhamdulillah akhirnya berjaya pasang mesin retort di premis pelanggan di Kota Kinabalu, Sabah.Mesin retort auto ni suda...
30/08/2024

Alhamdulillah akhirnya berjaya pasang mesin retort di premis pelanggan di Kota Kinabalu, Sabah.
Mesin retort auto ni sudah ada design approval dari Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Jadi In Shaa Allah tiada isu untuk daftar loji dengan JKKP.

Usahawan ni berjaya dapatkan pembiayaan dari MARA untuk membeli mesin retort ni dan lain2 mesin di bawah program PUTEK (Program Pembangunan Usahawan Teknikal).

Nak dapatkan sebutharga, contact kami di talian 0163714840




PENGUMUMAN HARGA BARUBerkuatkuasa 1/8/2024, kesemua harga mesin retort terpaksa dinaikkan.Mesin auto ini telah banyak di...
24/07/2024

PENGUMUMAN HARGA BARU

Berkuatkuasa 1/8/2024, kesemua harga mesin retort terpaksa dinaikkan.

Mesin auto ini telah banyak dibekalkan di agensi kerajaan dan kilang2 makanan.

Antara faktor utama Kenapa meลŸin ini menjadi pilihan?
Mudah dikendalikan
Tempoh operasฤฑ yang singkat
Kaedah water immersion yang lebih menyeluruh proses retort.
Tidak memerlukan ruang besar
Berdaftar dengan JKKP
Boleh dipantau dan dikawal menggunakan handphone ๐Ÿ˜Š
Ada 3 bahasa

Paling best, ada sistem sewaan


10/04/2024
Heating element kita kasi tukar. Dok belasah siang malam dekat setahun setengah. Efficiency dah drop ke 50% saja. Proses...
03/01/2024

Heating element kita kasi tukar. Dok belasah siang malam dekat setahun setengah. Efficiency dah drop ke 50% saja. Proses pemanasan ambik masa 2 kali ganda dari biasa. Tak boleh jadi, sebab ada banyak Pouch customer nak diretortkan segera.

Selepas dah tukar, processing time for heating & Sterilization dah optimum balik.
Kena ambil tahu juga dan macam den selalu inform lain mesin lain tahap kecekapannya. Walaupun sama brand/model.

Orang apply suhu 121c masa 15 minit tak sama dengan orang lain apply suhu dan masa yg sama disebabkan tahap kecekapan tak sama. Bukan kata Temperature saja, pressure pun main peranan but of course 2 parameters ni related antara satu sama lain (Hukum Ideal Gas).

Berbalik masalah heater, akan lambat capai suhu yang kita nak (contohnya 121c) , mesin orang lain boleh achieve within 30 minit, tapi heater problem, kita amik masa 55 minit baru cecah suhu 121c. Jadi akan buatkan produk kita over retort juga sebab dalam masa nak capai 121c, suhu 118c, 119c, 120c pun duk maintain pada jangka masa yg lama. Sedangkan ni pun suhu retort juga.

Terjadilah over retorted dan penyelesaian sementara nak repair , terpaksalah kita adjust timing dari 15 minit ke 8 minit. Tapi ini bukan amalan yg kita recommend, kena repair/tukar spare parts cepat2 juga boss
๐Ÿ˜Š




Ya Allah Ya Fatah Ya RazzaqAlhamdulillah dapat PO dari Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia untuk supply dan Instal...
29/12/2023

Ya Allah Ya Fatah Ya Razzaq
Alhamdulillah dapat PO dari Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia untuk supply dan Install mesin retort.

Penutup yang baik bagi 2023 ni. Semoga kami terus diberi kepercayaan.



Seminggu Ada 3-4 Kali customer ni hantar untuk retort. Produk mereka ni inti roti john (ayam & daging).Tak perlu susah2 ...
21/12/2023

Seminggu Ada 3-4 Kali customer ni hantar untuk retort.
Produk mereka ni inti roti john (ayam & daging).
Tak perlu susah2 nak buat roti john. Curahkan je inti ni kat roti. Tambah telur. Geng2 yang nak berniaga bulan Ramadan nanti pun dah boleh try ๐Ÿ˜Š

RM10 je (500g)
Mereka belum jual secara online lagi. Boleh terus ke kedai kat Pandan, KL

Asalnya ni peserta kursus retort yang kami train di GiatMARA dulu. Sebelum ni mereka jual secara frozen.



MATS Pengganti Retort????Seperti yang kita tahu, dan den selalu inform dalam kursus, teknologi retort ni dah lama diapli...
09/10/2023

MATS Pengganti Retort????

Seperti yang kita tahu, dan den selalu inform dalam kursus, teknologi retort ni dah lama diaplikasi sejak zaman 1790an lagi. Dan dah masuk Malaysia around early 80s.

Retort ada beberapa kelemahannya (walaupun boleh ditackle isu ni). Den s**a citer bab kebaikan dan kelemahan dan tak nak bias.

Antara kelemahan retort ialah pendedahan terlalu lama pada suhu yang tinggi terlalu lama akan membuatkan produk makanan tu lari rasa, teksturnya hancur, kelikatan berubah. Ya, Ada penyelesaian untuk isu dan cabaran ni. Tapi tidaklah 100%.

Jadi seorang penyelidik, Dr Juming Tang dari Food Engineering Dept, Washington State University ada mencipta satu kaedah yang lebih baik iaitu Microwave Assisted Thermal Sterilization (MATS), sebagai alternatif untuk proses retort.

Retort biasanya mengambil masa dalam 1 jam purata tempoh dari mula operasi sehingga tamat cooling stage. Manakala MATS hanya mengambil masa purata 15 minit ke 20 minit sahaja. Kaedah MATS menggabungkan penggunaan tenaga microwave (915 MHz) dan juga air bersuhu panas jenis rendaman (water immersion).

MATS ni ada di pasaran sejak tahun 2017 dan dah banyak dipasang di kilang makanan tentera di US (asalnya memang developed untuk kegunaan tentera). Syarikat gergasi seperti Amazon, TATA pun dah mula guna.

As far as iโ€™m concerned, belum masuk Malaysia lagi sebab kosnya sangat mahal. Kalau ada jutawan yang banyak modal boleh look into this opportunity.

Retort masih relevan tapi bercakap isu teknologi ni, kita tak boleh elak pembaharuan yang datang. Tak perlu risau sangat ye pengusaha retort ๐Ÿ˜Š

Sebagai rumusan, 3 faktor utama MATS bakal jadi pilihan iaitu;
1) Shortened period (tempoh steril yang sangat pendek)
2) Rasa produk yang tidak lari (jika ada pun tersangat minimum impaknya)
3) Tekstur, warna dan kelikatan tidak terjejas

Mungkin dalam 3-5 tahun lagi, mesin MATS ni akan ada di Malaysia. Weโ€™ll seeโ€ฆ.




08/08/2023

Selesai deliver mesin retort autoclave dan training untuk staff Pejabat Pertanian Ayer Hitam hari ni

Alhamdulillah. Terus diberi kepercayaan

Universiti Malaya invite kami untuk collaboration sekali lagi untuk misi kemanusiaan ke Cambodia. In Shaa Allah will wor...
01/06/2023

Universiti Malaya invite kami untuk collaboration sekali lagi untuk misi kemanusiaan ke Cambodia.
In Shaa Allah will work something out

Skim Sewaan Mesin RetortRM850 sebulan atau RM28.33 sehari.Deposit setahun & upront 3 bulan.Tamat tempoh Kontrak dan tak ...
26/05/2023

Skim Sewaan Mesin Retort

RM850 sebulan atau RM28.33 sehari.
Deposit setahun & upront 3 bulan.

Tamat tempoh Kontrak dan tak mahu teruskan, deposit akan refund

Kepada usahawan yang belum bersedia beli mesin tapi nak sewa sahaja, boleh cuba sewa selama 2 tahun kontrak.

Mesin ni mudah dikendalikan semudah Handle mesin basuh sahaja kerana hampir semuanya sudah auto.
Jenis water immersion bentuk vertical. Bukan mesin jenis steam.

Tak makan ruang yang besar dan tak perlu tangki atau piping yang berselirat.

Syarat & Terma boleh hubungi den
Semenanjung Malaysia saja

Mesin letak di tempat anda. Maintenance cost semua ditanggung sepanjang kontrak.

23/05/2023

Boleh control mesin retort anda di mana jua anda berada!

Demi menyahut seruan kerajaan untuk IR 4.0,
Mesin retort kami dah boleh monitor dan control secara online sahaja tidak kira anda berada di mana asalkan ada line internet!

Mesin di kilang anda tapi anda yang set, control dan monitor dari jauh.
Staff pun tak boleh nak kelentong ya ๐Ÿ˜‚

Semua bos boleh monitor walaupun tengah outstation atau bercuti ๐Ÿ˜Š

08/05/2023

Alhamdulillah ada usahawan di Sarawak beli 3 unit mesin retort water immersion (auto) ni.
Production capacity target 50k ke 100k pouches sebulan.

Mudah dikendalikan. 99.9% auto.
DOSH registered. ๐Ÿ˜Š

Semoga terus maju




Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bioprofe - Bioprocess & Food Engineering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bioprofe - Bioprocess & Food Engineering:

Share