11/10/2021
Malaysia Akan Mempunyai Matawang Kripto Yang Pertama Tahun 2022
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerima maklumbalas dari pihak institusi yang berminat untuk menjadi pengendali Penawaran Tukaran Permulaan (Initial Exchange Offering, IEO) sejak beberapa bulan yang lepas.
Pengendali IEO adalah pengendali pasaran yang menawarkan aktiviti pengumpulan dana bagi pasaran aset digital. Berikutan permintaan yang semakin meningkat bagi aset digital ini,Malaysia dijangka mempunya mata wang kriptonya yang pertama seawal tahun 2022.
Bulan Oktober tahun lalu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menyemak semula Garispanduan Bagi Aset Digital, yang mengawalselia IEO dan Digital Asset Custodians (DACs). Firma yang ingin menjadi pengendali IEO mesti mengemukakan permohonan mereka selewat-lewatnya pada 15 Februari 2021.
"Secara dasarnya, setelah mendapat persetujuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pengendali platform IEO dan DAC akan mempunyai masa sehingga 9 bulan bagi mematuhi sepenuhnya segala peraturan dan keperluan yang telah ditetapkan dan meletakkan langkah-langkah bagi melindungi para pelabur yang secukupnya sebelum dibenarkan memulakan operasi merekaβ menurut wakil Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam jawapan emel kepada The Malaysian Reserve (TMR) minggu lepas.
Pihak Penyelia akan mempertimbangkan faktor-faktor seperti tawaran nilai pemohon , kompetensi teknologi, serta kerangka pengurusan krisis dan komplians sebelum meluluskan sebarang permohonan.
Tidak akan ada tarikh akhir untuk permohonan Digital Asset Custodians (DAC).
Pada masa ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan lesen kepada 3 syarikat yang menjalankan platform pertukaran, iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, Sinegy Technologies (M) Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.
Sejak 3 tahun kebelakangan ini; setelah peningkatan harga mendadak Bitcoin yang pertama (bull run) pada Disember 2017, penggunaan dan pelaburan mata wang kripto semakin popular di M.alaysia.
Banyak perniagaan juga telah mula menerima mata wang kripto seperti Bitcoin sebagai terma syarat pembayaran sebagai pengganti wang fiat, sebelum Bank Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa wang digital bukanlah satu tender yang sah di Malaysia.
Nak tahu syarikat apa yang memohon IEO ni?
Bacaan lanjut di sini : https://mycryptoversity.com/mata-wang-kripto-pertama-malaysia-menjelang-tahun-depan/