13/03/2022
Bila dah ada kesedaran masa tu menyesal sebab komitmen yang tinggi menyebabkan kelayakan menjadi kecil.
OH PENJAWAT AWAM!
1. Penjawat awam adalah orang yang paling mudah dapat pembiayaan bank.
2. Bank s**a tawarkan penjawat awam Pembiayaan Peribadi pada mereka, sebab mereka mesti bayar punya sebab potong terus gaji.
3. Penjawat awam paling mudah lulus Pinjaman Kenderaan, mula kerja dah boleh beli kereta.
4. Penjawat awam paling mudah dapat kad kredit sebab elaun dan cola sahaja mereka dah layak.
5. Penjawat awam paling mudah bank luluskan pinjaman perumahan jika mereka mohon. Sebab majikan mereka adalah kerajaan.
6. Manfaatkan kemudahan ini agar buat hutang baik dulu, bukan hutang jahat.
Apa hutang baik?
Pembiayaan Rumah Hutang Baik
Pembiayaan ASBi Hutang Baik
Hutang Pendidikan Hutang Baik.
7. Buat Pembiayaan Peribadi adalah hutang tidak baik, apatah lagi guna untuk bercuti dan simpan dalam ASB dan TH.
8. Mohon semua agensi kerajaan buat kursus kewangan dan Persaraan waktu mula kerja bukan bila nak bersara.
Abah Qilah