Lantas T3 Management tampil bersama ke lapangan masyarakat untuk program pembangunan diri. T3 Management telah mula beroperasi pada Januari 2009 dengan mengambil inspirasi pendidikan Islam sebagai teras pembangunan modal insan. T3 Management bertekad untuk membantu mana-mana sekolah rendah Islam dan mana Sekolah Kebangsaan dan Menengah yang berminat untuk menyertai dan diberii latihan kepimpinan d
an pengetahuan, khusus kepada para pelajar dan guru sebagai inisiatif dalam membantu pihak sekolah mencapai objektif pendidikan negara. T3 Management juga menyediakan modul-modul yang sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa pendidikan. Program-program yang disediakan adalah bersifat mampu serta dengan makna setiap pelajar boleh menyertai program-program yang disediakan oleh T3 Management. Dengan ini pihak T3 Manangement sentiasa mengalu-alukan penyertaan, buah fikir dan komen bagi tujuan penambahbaikkan program-program yang disediakan. En. Mohd Rahmat B. Ahmad Bukhari a.k.a Ustaz Rahmat merupakan Pengarah Eksekutif T3 Management yang amat komited. Berkelulusan Diploma Pengajian Islam Syariah dan Perundangan (KUIS), dan Sekarang menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah (UK, Malaysia). Sekarang berkhidmat sebagai guru Sekolah Rendah Agama Bukit Unggul, Selangor dari 2011 hingga kini, dan pernah memegang jawatan Guru Hal Ehwal Pelajar selama 3 Tahun, dan Pernah memegang jawatan sebagai Guru Pengawas dan Pustakawan, selain pernah menerima anugerah Guru Cemerlang bagi Subjek PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) dan Bahasa Arab di Sekolah Rendah Islam Intergrasi Al-Faizeen Kota Damanasara. Di samping berkecimpung dalam dunia pendidikan, beliau juga aktif menyampaikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah, ceramah fardu 'ain di masjid di sekitar Sg. Buloh , Kota Damansara, Bukit Mutiara Damansara, Sg. Plong dan di sekitar Selangor serta mendapat tauliah mengajar daripada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Untuk mendapatkan nasihat dan sebarang persoalan, sila hubungi beliau di talian:
Tel. h/p : 011-18754630